Mimpi dalam Surau (ni betul2 punya)

Salaaammm..

Okeh aku cerita betei2 kisah mimpi aku masa tido kat surau time lunch. Masa tu aku tak berapa sihat. Rasa demam. So aku telan parasitomol sebijik and gi tido kat dalam surau lah. Surau gelap je..aku tak bukak lampu pun. Aku baring kat satu sudut, berbantalkan sejadah..and tido la aku dengan harapan bangun tu sihat sikit.

Tapi ntah camne aku bermimpi plak dalam surau tu. Mimpi tu sangat jelas. Sebab bila aku bangun tu aku blur apsal aku gelap2 ni, mana plak diorang bertiga..haa gitu.

Aku mimpi ada 2 mamat ni masuk gak surau. Siap tegur aku, "eh abang tido sori ek. Kami pun nak rehat2 dalam ni". Yang sorang ni je tegur aku. Lagi sorang terus amek port bersandar depan aku. Aku senyum je lah.

Pakaian diorg just jeans, t-shirt je. So memang aku bajet alam betul la. Kalau pakai jubah putih bagai..memang gua rasa bangun2 ada kat puncak KLCC ke apa la kot kena alih. HUU..tu dh kes horror dah tu. Tapi yang ni macam orang2 biasa je. Cumanya dia macam bukak satu tingkap dalam surau tu. SO terang skit cahaya dari luar masuk. Tu yang clear muka sorang mamat ni. Tingkap yang dia bukak tu realitinya dinding pemisah surau laki n pompuan je kat opis ni.

Aku tak tau diorang sembang apa..then tiba2 ada plak awek masuk surau tu. Terkejut la aku. Aku macam nak bangun tapi sebab ada lagi 2 orang mamat tu..aku tak jadi bangun. Teruskan je tido. And tingkap tadi dah takde. Dah jadi bersambung dengan surau pompuan bilik sebelah. No more wall. Dari cara depa bercakap, tiga2 ni memang kawan.

Lepas tu aku terbangun. Masa ni la aku blur..demm..apasal gelap ni. Lag 4 saat otak aku...baru aku grasp balik real situation yang aku tadi memang ada surau tido and 3 orang tadi tu mimpi je. Cumanya ia terlalu real. HUHUHU.

Mainan tido je..tapi tak tau la kan diorang pernah berada di situ..kena tangkap khalwat kappe...tu kalau nak bagi sedap lagi cerita lah. HAHAHAHA

Comments

Masy said…
klu bukak2 mata skali mmg ade tingkap, bole la nk seram kot hhihiihihi
zonaku said…
mana tau kot2 mamat berdua tu betul2 msk dlm surau tp ko mimpi yang lelain tu... kira cam mamai2 gitu....
HEMY said…
masy...bangun2 ada tingkap tau2 masuk paper bunuh diri jatuh tower..masalahnya aku tak bunuh diri!!!

zonaku...muka mamat tu bukan staff kami..mmg bukan.huhu
Kniedaz said…
misteri juga ni..tapi mungkin time tu Hemy pun tak sihat...dia nak mai teman kot huhu
syalinda johari said…
hahahaha..misteriii betoi mimpi ko ni..
HEMY said…
hahaha tu la kniedaz...ada peneman plak

syalinda..kot la mcm drama dia datang dlm mimpi mintak tolong cari mayat dia ke kan..horrrorrrrr