Main sorok-sorok Hemy's Style!!

>> Friday, March 22, 2013

Salam jumaat semua. Ari ni nak citer pasal waktu kanak2 dulu. Dengan dibantu grafik tak berapa nak lawa hasil pertama wacom aku. KEKEKEKE. Colouring masih out..malas pun ye, nak siap cepat sebab nak main game pun ye. Haaa..So layan je la ek.

Masa aku skolah rendah, antara benda paling best main ialah main sorok2. Yelah, kami takde IPAD, gameboy apakejadah sume tu. So selain baling selipar, layan main sorok2 lah. Selalu kira dalam 40 and ada lingkungan kawasan yang dah ditetapkan. Contohnya tempat biasa kami, dalam kawasan pagar balai raya.So pandai2 la nak sorok bawah kolong balai raya tu, atas pokok jambu, belakang jamban..asalkan dalam balai raya.



Tapi main sorok2 versi aku ni mencabar sikit. Bukan setakat boleh sorok je dan mengharap tak detemui. Tapi yang menyorok pun boleh bertindak aktif. Rule sorok2 aku dulu, boleh SEEEPPP!!! Maksudnya sebelum si tukang cari yang terjumpa ko sempat sebut nama ko, ko touch dia dulu sambil jerit SEEEPPPP!!! HAAAHAHAHA



Tapi ada lagi rule. Kalau tukang cari tak sebut lagi nama pertama, kalau korang SEEPP dia, korang la kena jadi tukang carik. Haaa..Kalau dia dah sebut nama pertama je, baru la SEEPP tu akan buat dia kena kira balik 40. Jadi tukang kira balik.

Haaa..sama tak ngn rule korang. Kira kalau tukang cari kena cari 4 orang, dah elok jumpa 3 orang..sekali orang last SEEEPPP dia. Kena la jadi tukang cari lagi. Huhuhu!!



So kadang ada situasi mcm katun atas ni. Sorang tu saja je sorok tempat tak masuk akal yang mudah dicari. Tapi yg lain dh sedia nk ambush..sebut je nama dia, zassss kena SEPPPP!!!! HAHAHAHA

Tapi tukang cari boleh main akal gak. Dia boleh cari orang..dah jumpa, tapi tak sebut nama...Dia toleh2 dulu. Kadang toleh2 dah ada orang belakang dia. Tapi orang tu takleh SEPP lagi sebab tukang cari tak sebut nama. So tukang cari akan larikan diri dulu baru sebut nama

APIS DALAM JAMBAN, ANIP (yg tengah berlari kejar nak SEPP). HAHAHAHA!!

Tapi dulu budak2 naif kan...tukang cari dh jumpa 3 orang tak sebut gak nama. So tiga2 orang ni folo je dia pergi mana2...jadi bila tukang cari dh jumpa semua, dia kena lari sambil sebut nama 4 orang yg tengah kejar dia tu. HAHAHA. Kadang folo2, nampak tukang cari tengah leka lari balik menyorok. Ko takleh sebut nama yg dh lari menyorok balik tu kalau ko tak nampak dia (dh kabur dari penglihatan) 

Jadi tukang cari kena sentiasa alert, kalau 3 tengah folo sebab tak sebut nama sapa2 lagi..sorang lari..dia kena cepat2 sebut nama orang tu sambil larikan diri daripada 2 orang lagi tu. Kadang benda ni pun jadi plan. Sapa yang kena lari, sapa yg kena cuba SEPPPP.

Haaa..mencabar kan. Bukan biasa2 punya main sorok2...Xiyad rasa main sorok2 tak pasni? Hmmm..main sorokkan barang bawah sofa ada leeee....K, nak gi semayang jumaat. Chiao!!

p/s : aku akan cuba mahirkan lagi guna digital pen tu. yg nombor dua tu aku dah malas nak inking balik, aku amek gambar n kaler je. huhu

3 comments:

syalinda johari March 22, 2013 at 4:03 PM  

ni dah boleh buat komik dah ni..kekekeke..bakat terpendam neh..

kueh bakar March 23, 2013 at 5:50 PM  

versi lain ni...ahaks.

yg baju ungu tu biasanya dipanggil 'anok wek'. dia boleh sep tapi tak akan jd tukang cari...

HEMY March 24, 2013 at 2:52 AM  

syalinda..tgh prektis lagi ni

kueh bakar..kalau dh boleh sep kompem la tak akan jadi tukang cari kueh

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP