Year-end2012 Family Trip part 4

Sambung-sambung..bila nak abeh tak tau..hahahaha.

Ni gambar-gambar masa menunggu bot kat jeti. Ok la bot tu takde la lama sangat tunggu. Pulau Orang Utan tu kalau berenang pun sampai..sampai mati la...ahahahaha!! Tiket yang kami beli utk Eco-Park + WaterPark + Orang Utan Island is RM68. Aku high expectation sebenarnya orang utan island tu. Aku dh bayangkan banyak orang utan, best nak try tele zoom lense aku.

FamilyTrip2012

Xiyad lepas ngamuk tak kasi main air, campak spek Oakley aku. Akhirnya tido. Masa dia campak spek tu aku masukkan poket kanan suar. Sambil dlm hati ckp "nanti kena sangkut kolar ni..kang calar"

FamilyTrip2012

Gambar bawah kanan kat kolaj atas ni, chalet. Kalau mampu tido chalet ni mesti best. Haaaa..

FamilyTrip2012

Time ni la aku perasan spek Oakley aku tu ilang..adehhh...Cicir la tu. Nak kata suar poket cetek, selama ni aku pakai letak barang ok je. Maybe amik duit dari poket yang sama tu tercicir kot. Memang sedey je la kenang2. Tu last spek aku claim kt opis lama. Aku bayar half tau. Memang rasa jodoh plg lama smpi bila2 lah ngn spek tu. Skali ilang gak.


Sampai2 tu ada la tourist guide tolong guide sambil kenalkan nama2 Orang Utan kat situ. Tapi tak best la. Lorong pelawat dengan pagar yang amek gambar cukup tak syok lah. Tak banyak pun. Yang boleh nampak plak 2-3 ekor. Yang lain atas pokok. Tapi alang2 pergi kan. jadi bila orang tanya sekurang2nya dah lawat gitu. Ke Pulau Orang Utan kat Sepilok tu pun tak se gah mana?

Si Nahdan tu, bila letak je bawah..dia lari punya laju. Masa tu dah la kat jeti yang ada dawai je nak penghalang dari jatuh masuk air. Punya cuak masing2 kejar. Lepas dh pusing2 lorong yg 2 minit pn tak smpi leh setel tour..kami pun balik lah. Singgah Eco Park plak. Yang tu sambung lagiii..Gambar2 orang utan letak kat Efendism blog lah.
 

Comments

Kniedaz said…
Akak dah dua kali g..memang tak banyak yang nampak besar..semuanya gayut atas pokok...tapi okla..dari tak nampak haha
HEMY said…
boleh plak gi 2x ek kniedaz?aku mmg tak pi dh pulau tu.hahaha