Skip to main content

Terima kasih

Aku ada post status kat FB pasal katering kenduri kawin adik aku wiken lepas. Aku post tu sekadar nak lepaskan rasa resah bila dapat tau, adik aku dah lari bajet untuk katering. Bukan sikit larinya, tapi hampir 5ribu. Aku memang takde duit simpanan nak tolong dan bila aku fikirkan kalau aku lah kat tempat adik aku, buntu aku nak cari duit banyak tu tiba2. Jadi aku post la status kat FB. Biasalah lumrah manusia, orang IT macam aku post kat FB lah. Takde niat nak burukkan imej ke apa sebab semua ni bukan salah siapa-siapa, tapi salah komunikasi. Salah faham. Dan aku cuma harap dapat selesaikan cara terbaik lah.

Ada la komen dari kawan-kawan. Tapi banyak2 tu cuma satu je yang kata nak "mark-up duit". Yang lain semua faham status tu aku tulis sebab tengah terkejut. Tapi aku lupa ada orang kampung aku jugak kat FB tu. Dan FB sekarang setting dia kalau kau bukan kawan aku pun, tapi kawan pada kawan aku..kau boleh baca. Bila ada orang kampung start nampak status tu, aku padam lah. Bukan takut sebab aku cakap buruk sebab aku memang tak burukkan sapa2. Tapi takut orang yang tak faham, salah faham, lepas tu tersebar jadi benda lain pulak. And the worst did happen. Macam dah sampai ke telinga pihak katerer tu. 

Ceritanya, adik aku order katering makan untuk 800 + 200 orang. 200 tu takut teramai pulak, jadi lebihkan la biar cukup 1000. Kami memang bajet tak ramai datang sebab dah kenduri ke 3 dah. Lagipun ada 4 kenduri lagi kampung tu di hari yang sama.  Pendekkan cerita, bila nak bayar..rupanya kiraan dia 800x2. Sebab katerer dapat confirmation 800 KAD. Dan kiraan diorang selalu buat katering memang darab 2. 

Aku sangat faham benda ni normal bagi pihak katering. Cumanya kami terkilan. Sekali lagi, just terkilan..bukan nak salahkan katerer, kata tipu ke apa. Tak terniat pun. Apatah lagi katerer bukan orang luar. Jadi kami still fikir dari pihak diorang. Mana boleh nak kansel sebab kenduri dah habis, benda pun dah masak banyak tu. Nak tak nak kena setel kan.

Aku tak pertikaikan pun harga sekepala. Malah aku berterima kasih bagi pihak keluarga aku sebab harga RM6 sekepala tu paling rendah kat tempat aku dengan lauk yang sedap disediakan. Lebihan lauk daging tu bawak ke opis dapat pujian. Memang sedap. Sebab tu aku cakap, aku tak marah pada benda lain atau katerer, cuma terkejut sebab memang tak pernah tau kiraan KAD dengan ORANG tu lain. And duit lari bajet tu besar. Memang bukan dalam bajet kami.

Memang sepatutnya katerer kena komfem betol2..tu je. Pihak katerer kata dah konfemkan dengan mak "800 kad kan?" walaupun mak sendiri tulis dalam buku 800 orang. Tapi mungkin terlupa nak sebut 800 kad tu maknanya 1600 orang. Sebab kami mana la tau kiraan kad dan orang tu tak sama. Bagi kami sama je. Kat sini je kesilapan dia. 

Tapi bila katerer kata patut berterima kasih kat dia sebab kalau buat 800 orang memang tak cukup hari tu. Jatuh air muka keluarga kalau yang datang melopong tak makan. Bila aku fikir-fikir. Betul lah tu. Makanan malam nikah dan kenduri tu mungkin lebih dari anggaran 1000 orang tu. Jadi aku ambil inisiatif utk redha la benda dah jadi. Ada hikmah. Jadi aku tulis la status yg masih ada kat wall FB aku tu, yang aku memang berterima kasih secara ikhlas pada katerer. Kalau tak disebabkan salah faham darab dua tu, mungkin tak cukup makan tetamu kami. Aku ucap terima kasih juga bagi kami tumpang halaman rumah untuk parking. 

Tapi tak tahu lah kalau disalah ertikan status tu. Sebab tadi mak bagitau, pakcik kirim salam bagitau dia tak pernah makan duit aku. Jadi aku rasa macam dia dengar dari orang benda yang dah disalah ertikan lah tu. Hmm..salah aku la letak kat FB. Tapi sebab dah tersilap letak kat situ, aku kena sudahi dan selesaikan dengan cara sama. Jadi saya letak link ke entri ni supaya harapnya Pihak Katerer tak bersalah sangka. Saya tak pernah nak salahkan pihak katerer bulat2, kata tipu ke apa. Cuma terkilan sebab kami memang tak tau pasal kiraan darab dua.

Kalau pihak katerer letak diri mereka kat tempat kami, diharap boleh faham keadaan kami. Sepatutnya bila mak saya tersilap faham 800 orang tu dengn 800 kad, kena bagitau "kalau 800 kad maknanya 1600 orang. Awak nak 800 orang ke 800 kad?". Ni je yang terlupa dibagitau masa bincang. Bayangkan kalau kami tahu yang ni, mesti kami fikir-fikir jadikan 1400 ke macam tu ikut kemampuan kami. Mungkin satukan je nikah dgn kenduri hari sama untuk kurangkan bajet. Dan duit pun boleh sedia betol2. Tu je saya mintak faham. Tak boleh la kita ingat semua orang patut tau kad tu kira dabel. Mesti bagitau supaya tak terkejut dan salah faham.

Tapi lagi sekali saya cakap, terima kasih sangat-sangat sebab salah faham ni lah yang buat makanan cukup. Masa tau pasal salah faham ni, saya sentiasa ingatkan adik..bincang elok-elok. Sekurang-kurangnya bagitau lah kita terkilan tak tau. Sebab benda dah jadi. Katerer pun bukan orang lain. Kena jaga hubungan. 

Jadi saya mintak maaf lah kalau tersinggung, terkecil hati. Takde niat nak bermusuh sebab masing-masing ada sebab dan penjelasan sendiri kenapa. Saya dah letak diri saya kat tempat pihak katerer. Sungguh-sungguh tolong masak, pastikan cukup..tiba-tiba ada rasa tak puas hati. Jadi saya mintak pihak katerer pulak faham rasa terkejut kami yang betul-betul tak tau pasal kiraan tu. Jadi duit pun tak sedia. Itu sahaja.

Buat kali terakhir..saya mintak maaf kalau tersinggung hati. Sebab kita semua masing-masing tersinggung pastinya dengan kejadian ni. Tapi diharap lepas ni boleh dilupakan perkara ni. Saya nak telefon, tapi saya tahu tak boleh nak cerita betul-betul molek-molek macam saya tulis kat sini. Jadi saya buat keputusan untuk tulis sahaja. Kalau saya tulis kat FB tu boleh sampai, saya harap yang saya tulis kat sini pun boleh sampai untuk betulkan keadaan.


Comments

Masy said…
salah paham je.. encik katering jgnlah terasa pulak.. kita sama2 tempatkan diri kt tempat org, nanti bole la faham keadaan ni. gituuuu

ade belen lauk daging x? hehehe
HEMY said…
ada..banyak. aku dah bawak bekal 2 hari berturut tak habes lagi.
Kniedaz said…
ooo..gitu kisahnya..bincang elok-elok la..sure ada jalan penyelesaian..keluarga hemy pun bukan takmo bayar cuma terkejut...masalhnya sekarang bila dengar orang lain cerita..ada tokok tambah ada kurng sana sini..yang paling baik bersemuka.. ^_^
(buh gambar pengantin ek)
Aima Othman said…
biasalah...tak nama kenduri kalau tak da salah faham...maafkanlah yer en.katering...:) cuma..aku harap x da lah org yang menambah2 cerita kasik bikin panas lagi.
zonaku said…
harap x ada y berkecil hati yang berpanjangan...

ini sekadar salah faham y blh berlaku dan berulang2.... amik iktibar untuk masa depan.

dan harapnya, x ada y mengangguk di air y keruh.... *eh, betulkan kata bidalan aku ni?*
HEMY said…
tulah..kalau dapat mereka letak diri mereka kat tempat kami mesti dapat faham rasa terkejut tu.
Anonymous said…
keneng piro nol?...paman penang
HEMY said…
takyah citer dah la kena berapa man. biar tamat di sini..huhu

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...

Pantai Seberang Takir. Pengalaman Pukat Tarik

Pantai Seberang Takir is just one infamous beach that has been 'tambak' to prevent big flood and the safety of the houses along it. My Atok in-law's house is one of those many houses. Everytime I paid a visit to my in-laws, Atok's house is a must. Sometimes we didn't really do anything particular and just sitting by the beach enjoying the breeze and the salty taste of the air. Nurin and her sisters and Haikal dipping in the water. (Can you guys feel the mood of this picture. What do you guys feel when you look at this photo. Plz help me by giving feedback as I want to step a level higher in photography by taking photos that inspire people..thanks) Right after the Yebbit with Nurin and plucking the mangoes, we went to the beach. I brought the kain pelekat, my short and my towel as I intended to have a dip. But at the end I just take photos and ate the keropok lekor. Berlari ke laut (running towards the sea). But that evening was a bit special. I had a nice fi...