30-day doodle challenge - #3 : My recent dream

>> Monday, January 7, 2013

Penat kenduri adik pompuan aku kawin semalam masih ada sisa 20%. Pagi ni datang lambat lagi sebab tunggu Xiyad bangun. Bangun plak bagi habiskan susu sebotol, baru kita anto. Takpe la..manfaatkan flexi hour yang ada utk kemudahan anak bini kan..

Xiyad kat kampung taknak tido. Dia ralit tengok orang ramai kat luar, dia pun nak keluar. Tapi dia tak reti jalan lagi, so dia mintak mak ayah dia dukung. Aku mmg dengan kamera aku, so wawa la yang dok dukung seharian. Berpeluh2 Xiyad. Ruam kat leher n bahu dia makin banyak. Takpelah asalkan ruam tu tak menyakitkan dia. Pasni kita buh ubat. 

So sebab gambar pun takde satu yg aku bawak ke opis. Aku teruskan dengan cabaran 30 hari doodle aku yang ketiga dengan tajuk my recent dream. Ate sebenarnya malas gak nak buat. Tapi gi kedai buku tadi inspired plak and lepas layan artwork2 memuah gile kat Devianart tu..timbul semangat.

So my recent dream baru2 ni sebenarnya pasal 2 tempat. Satu ni hotel yang satu malam RM250. Aku macam ada event kat situ, bawak cembam n xiyad. Tempat nya agak cozy and aku nk stay 1 malam je but Cembam sudah book utk 3 malam. Hamboiii kauuu.. Nak buat anak kappeee?? 2nd dream pun pasal satu tempat utk team building gitu. Aku ingat2 gitu je tempat tu camne. And aku akan ingat sampai satu masa aku lawat tempat tu in real life and I know aku dh ke situ dlm mimpi macam yg aku rasa masa masuk colmar tropicale ari tu. Huhu..

So recent dream yg aku doodle kan ni pasal tiba2 aku dapati diri aku dalam kolam belakang umah lama aku yg dh dirobohkan tu. Kolam tu mmg lah swimming pool aku dan adik beradik lain. masa aku bergayut dlm kolam tu kat tangga, aku dah tau aku ni mimpi sebab mana ada dah kolam ni. Dialog ni aku sebut dalam mimpi tu. Tapi layan je la nostalgia berenang kat situ kan.


Sekali aku nampak Xiyad kat tepi kolam. And tiba2 dia gi lompat masuk. DEMMM!! Aku dh cuak. Dalam mimpi tu Cembam tak terjun nak selamatkan. Ni real life pun kompem dia tak buat sebab dia tak reti berenang. Aku plak berenang nk selamatkan diri pun 50-50. Cuak la aku tgok Xiyad dalam kolam.


Sekali tengah cuak2 tu aku tengok Xiyad mula terapung kat permukaan air and terus berenang sendiri. Wah!!! Terrer. NI petanda nak suh bawak Xiyad masuk kolam renang mcm Dato Muzaffar kappe?? Iyolah tu. Xiyad xready lagi. Nak mandi air sejuk pun takut2. Kat Bukit Merah ari tu pun takut2 dia direndamkan dalam air. Tapi tangan meraba2 seronok gak. HEHEHEHE

 

2 comments:

Kniedaz January 8, 2013 at 7:58 AM  

orang kata mimpi air tu mimpi baik..try le bawa xiyad berenang..ke dia ajak g bercuti kat kolam hahaha

HEMY January 8, 2013 at 9:37 AM  

dah bawak dah hari tu kat waterpark.hehe

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP