Skip to main content

Ilmu tuli kaum jawa

Habis bersukan, kudin dan kawan-kawan duduk meydhang di Restoran Al-Aqsa, tempat kebiasaan Kudin dan kawan-kawan melepas lelah selepas berpeluh-peluh memukul bola hijau terang ke sana ke  mari. Masing-masing memesan makanan mengikut rasa tekak masing-masing. Selang beberapa minit, minuman dan makanan terhidang. Seperti biasa, macam-macam perkara jadi bahan bual bicara.

Sedang asyik bersembang, mengunyah dan menonton WWE di kaca televisyen, suasana aman tadi terganggu oleh bunyi deruman enjin yang memekakkan telinga. Deruman enjin dari tak kurang 4 biji kereta buatan malaysia yang sudah dimodifikasi sana sini mencemar keheningan malam yang sudah hampir jam 12. 

Masing-masing memandang arah bunyi tersebut. Pelbagai warna kereta, dengan lowered nya tahap tinggi seekor tikus merangkak je. Bunyi deraman masih mengganggu orang-orang yang bersantai di kedai makan. Aku lihat meja sebelah yang anak nya tidur, terjaga dengan bunyi jahanam jentera modifikasi tadi.

"sial la..bunyi bukan main kuat. Dh la nak cari parking je pun dah lama. Bajet sedap telinga dia je", keluh salah sorang rakan kudin

"moto ke kereta?", celah seorang lagi rakan yang tidak ambil peduli untuk memandang deretan kereta tadi.

"kereta...memekak siot", tambah rakan kudin tadi.

Anak kecil yang terjaga tadi mula menangis. Kudin berang. Dirapatkan ibu jari kanannya dengan jari telunjuk dengan kedua2 jari separa bengkok. Dihalakan ke arah deretan kereta tadi. Mulutnya terkumat kamit. Halim, salah seorang rakan Kudin sahaja yang sedar perbuatan Kudin tadi. Habis kumat kamit, tiba-tiba suasana sekeliling terus menjadi senyap. 

Orang di dalam kedai terpinga-pinga tapi dalam masa yang sama rasa selesa kembali. Anak kecil tadi pun rasa selesa dengan keadaan senyap tadi dan berhenti menangis. Tapi yang lebih terpinga-pinga adalah pemilik kereta2 tadi. 

"eh..apasal tiba-tiba tak bunyi kereta aku? Mati ke?", sorang dari pemandu kereta tadi bersuara panil

"AKu punya pun...", seorang lagi panik sambil menekan-nekan pedal minyak untuk cuba hasilkan bunyi lebih kuat.

Kawan-kawan kudin mula hairan. "Apasal tiba-tiba senyap weh?". Rakan-rakan Kudin menoleh sesama sendiri dan pada ketika itu barulah masing-masing perasan perilaku aneh Kudin yang sedang mengarahkan tangan kanan nya ke arah deretan kereta tadi sambil jari telunjuk dan ibujari yang dirapatkan.

"Kerja kau ke Kudin?", tanya rakan kudin yang perasan kumat kamit Kudin sebelum peristiwa pelik ini berlaku.

Kudin cuma tersenyum. "sakit ati aku dengar ha..bukan telinga je sakit. Budak kecik tu sampai menangis-nangis dengar bunyi kereta tu". Rakan-rakan Kudin terpinga-pinga. Geng kereta tadi masih panik. Mana taknya, kereta masih boleh bergerak seperti biasa. Tapi tidak berbunyi. Mereka kecoh secara senyap dan tidak buat bising yang lain pulak. Barangkali malu kalau yang lain melihat kereta yang berbunyi gah tadi rosak tidak berbunyi.

"apa kau dah buat Kudin?", tanya rakan Kudin lagi bila lihat Kudin masih dengan tangan yang diacu ke arah kereta-kereta tadi.

"Kalau korang nak tau..kita kat sini je tak dengar bunyi kereta tu. Kereta-kereta tu masih memekak. Aku dah tulikan semua yang ada disini dari mendengar bunyi jahanam kereta2 tu. Kalau korang nak pulih macam biasa, tarik cuping kanan korang ke bawah sambil baca surah Ikhlas 3x"

Rakan-rakan Kudin yang sudah sedia maklum tetang Kudin terus buat seperti yang disuruh.

"yelah..baru dengar balik bingit enjin tu!!!", rakan-rakan Kudin yang lain mengangguk sahaja. 

Geng-geng kereta tadi masih terkulat-kulat. Setelah semua kereta dapat parking, dan matikan enjin, barulah Kudin menurunkan tangan yang diacukan tadi. Sekarang yang kedengaran cuma suara geng kereta bercakap di telefon mengeluh di talian tentang kerosakan kereta mereka. 

"Ilmu tuli tu aku lepaskan kat orang lain selain diorang tu. Diorang punya akan berakhir sendirinya bila semua yang ada di sini tinggalkan tempat ni"

Selang sejam pelanggan-pelanggan yang berada di restoran mamak tersebut ketika Ilmu Tuli ini dilepaskan semuanya sudah pun beredar dari kedai mamak tersebut. Kudin dan rakan-rakannya beredar dari tempat tersebut. Geng-geng kereta tadi masih lagi menekan2 pedal minyak sekuat hati. Berderum-derum enjin tapi mereka tidak dapat mendengar deruman tersebut dan masih merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan enjin kereta mereka..


--dipetik dari siri bercakap dengan Jard--


Comments

wakgelas said…
wak pon jd tuli gak ni sbb X dengar langsung bunyi deruman kete datang tadi tuuu.. ehHHEe
HEMY said…
haa...ilmu tak kenal kaum..jawa sdri pun kena gak.hahaha
Kniedaz said…
dahsyat kan ilmu jawa ni...hehehe...akak yang jawa ni pun tak pernah dengar ilmu tuli ni..tapi ilmu2 lain tu penah la dengar mak2 n atuk2 cerita

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga