Skip to main content

Xiyad disampuk Penunggu Pediasure


Ingat tak aku ada citer aku beli susu hok mahal Pediasure atas saranan doktor that claimed susu tu high calorie. Satu malam tu aku dok twit ngn Peah, dia kata Dutch Lady pn high calorie. And bila aku ke Sabasun Hypermarket masa dekat KT ari tu memang aku banding dua2 susu ni and memang lebih kurang je calorie dia setiap sajian. In fact, lebih kurang je ngn Anmum. 

Mula2 aku dh amek dah  susu Dutch Lady tu sebab lagi murah. Pastu macam kedek sangat nak tgok anak besar gebu skit kan. Jadi aku amek jugak la Pediasure tu. Harga RM74 utk 900gram. Xiyad memang tak memilih sangat bab minum so far and alhamdulillah bila kami bagi minum Pediasure tu dia nak.

Tapi rupanya masuk kali ketiga bagi, dia dah dapat beza. Bau Pediasure nye vanila agak kuat. Tak macam Anmum. Dia masuk je mulut, isap sekali terus buang botol tu. Sanggup dia nangis haus daripada minum susu tu. Dia akan minum kalau mamai2 tengah malam je..Tu pun skit. Hmmm..dh la mahal, anak taknak plak kan..bazir tu.

So tukar taktik, aku masukkan sesudu je Pediasure utk setiap susu dia minum. And ok la dia boleh minum sampai habis. Selesai masalah. Tapi, kami perasan Xiyad sejak kat Ganu asek meragam je. Dia punya meragam nangis tu dok dongak2 smpi terkuar urat2 leher dia. Kaki keras2 lurus camtu. Baring pn taknak, dokong pn taknak berpusing2. The worst cry we ever experienced from Xiyad. Even nangis masa kena air panas pun tak macam tu.

And nangis ni berlarutan smpi balik dari Ganu. Risau dah aku kot tersampuk ke, makhluk halus ke ikut. And hari ketujuh gitu pagi dia memang ngamok sakan, terkeras2 badan tapi kali ni sambil meneran. Rupanya kuar la tinja padat kau jahh~~ Kalau baling kat kat korang, mau pitam kena kepala bukan sebab bau..tp sebab tekstur dia. Sian dia..pastu dia leh la tidor dengan lena. And masa tido pas dia biyak tu, dia biyak lagi. Lagi banyak tapi cair..

Pastu aku pun pandang Cembam. Bukan kena sampuk ni. Masa tu sebenarnya memang dh smpi level nk bawak gi jumpa ustaz yg tgok kan anak buah aku hari tu. Haaa..bayangkan ngamok dia yg wat kami smpi rasa camtu. So aku ckp ngn cembam, try stop dulu Pediasure tgok camne. And alhamdulilllah memang btol la pasal susu tu. Maybe dia sakit perut tapi takleh berak. Lama2 lagi sakit, dia dok terkujat2 gitu, nangis kaw2 gitu. Hmmm~~~

Tapi susu tu camne? Aku nak try balik masukkan sesudu je. Sehari 3 sudu sudah la. Lama2 habes kan? Sebab nk tau dia tak lawas tu sebab sepenuhnya Pediasure kah? Kalau ye, dia boleh terima tak campur skit. Kalau pas campur ni dia back to that awful state, stop terus lah. 

Cembam pn kata "takyah la nk besar2 kan dia..dh kita mmg slim je gen nya. Besar ni pun lenguh dh nak dokong". Betul tu!! Tapi kena saiko ngn doc kan..nk wat camne.

Comments

~mrs azmi~ said…
betul kata cembam.... ada member tu macam tu juga.. anak kecik, dekat klinik kerajaan nurse dok bebel kata anak tak cukup zat.. tapi bila bawak swasta doktor cakap tengokla maknye beso mana... larat ke nak dokong kalau anak beso? janji dia sihat, active... okla tu
Erina Asmawani said…
Betulll!! Sokong cembam..dah gen nye kecit. Takpe lah Xiyad kecit asal dia sihat, aktif & comel!

Lainlah Aqil yg memangnya gen gebu2, taf2, montel2 gitu..hehehe

Alahaiii..kesiannya..rupanya biyak keras..Huhu.Melecet x montot dia pastu? Hmm..betul2, campurkan je susu Xiyad tu. Tapii..kalau still gak Xiyad biyak keras, ko suh cembam buat puding laici yang sedapp mebeles tu pakai susu tu. Kompemm aku sanggup datang umah semata2 puding tu. Hohohoho
zonaku said…
x bleh blah komen erina pasal puding tu.....


kalau ko rasa syg nk bazir, ko kasik je kat kengkawan y anak diorg mkn susu tu. senang citer.sedekah or jual je.

else, ko dptkan opinion pakar y lain, second opinion. tapi kalau xiyad tu shiat je perkembangan dia, ko biarkan pun, insyaallah ok je.

bila2 f/up ngn doc tu, cer ko tanya dia pasal ni. mmg sstgh baby x sesuai ngan certain susu
HEMY said…
mrs azmi, kami sblum ni mmg tak amek port..sebab walaupun dia kecik gitu, dia makan selera..tp saiko tu berganda2 bila skang dia dh taknak makan..huhu

erina..itulah..hahahaha...boleh ek puding guna pediasure..perisa vanilla tuuu...

zonaku...option2 sume tu ada fikir. nnt la tny nurseri xiyad sapa yg minum susu tu kalau tak habis2 gak
Kniedaz said…
setuju juga dengan cembam...kadang tak boleh ikut sangat kata misi..kena tengok masa lahir anak kita berat berapa..kalau tiap bulan dia naik ikut berat dia masa lahir tu kira dah ok dah..susah la kalau lahir 2.74 nak suruh naik 2 kali ganda...ikut badan dia lerr...kalau kat ofis ni, kami trade susu ngan member yg ada anak kecil...try tanya kot2 ada kawan yg anak dia minum pediasure, ble let go..

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga