Skip to main content

Childhood Memory - Kelapa dan kehidupan

Waktu aku bersekolah rendah, pendapatan abah mainly datang dari kelapa. Biasanya kami jual kelapa sisik yang sudah dibuang kulit nya, direndam seharian. putihhh je. Tapi sebelum dapat dijual putih camtu proses nye berperingkat2.

Proses pertama pastinya kelapa perlu dikait. Aku masih ingat galah panjang yg abah guna disambung2 dengan getah tayar yg telah dipotong lebih nipis untuk dibuat tali pengikat yg kuat dan kukuh. Bahagian mata kait bentuk sabit tu pulak abah ikat kepada galah lebih kecil dengan menggunakan tali guni keras. Biasanya abah akan ikat ujung yang satu tu dekat tiang rumah atau pokok. Kemudian abah akan lilit dengan kejap dan kuat mata kait tu dengan teknik tarik dan gulung ke arah ujung yang ditambat ke tiang tadi.

Lepas tu aku kena pijak base galah yg panjang tadi jadi abah boleh naikkan kait yg melangit tu. Memang mendongak2 abah kait. Aku yang perhati pun sakit tengkuk dibuatnya. Kerja aku plak kutip kelapa2 yg abah kait tu dan longgok kan di suatu tempat. Kadang lebih 20 meter kelapa tu dari tmpt longgokan.

Abah ajar aku camne nk baling kelapa tu lebih jauh dengan guna parang. Haaa. Kalau parang pendek. Cucuk ujung parang tu ke dalam kelapa sedang molek. Biar tak telalu longgar dan tak terlalu ketat. Kalau ketat sangat kang tak tercabut time baling, dengan parang2 tu melayang. Longgar sangat plak nanti tak jauh. Sebab aku right-handed, tangan kiri plak tampung kelapa tu. Then baling macam dalam gambar bawah.


Ada jual alat proper utk himpun kelapa kat kedai besi. macam tombak. Tapi abah takdenya nak beli. Jimat pakai parang. Kalau parang panjang plak..tangan kiri kena pegang tengah parang instead of pegang kelapa. Haa..jadi memang boleh baling lebih dari 10 meter senang2 je.


Aku akan longgok tinggi2 kelapa2 tadi yg selalunya akan cecah 5-6 ratus biji. Alang2 kait, kena banyak terus. Kalau tak bazir tenaga buat skit2. Aku longgok tinggi2 sebab lepas selesai nanti aku dan adik2 aku, berserta anak jiran akan jadikan longgokan tu tempat mainan kami. Lawan2, macam kubu gitu. Memang syok gile lahh~~~

Lepas abes penat mengait, abah akan pacakkan batang cop (kami panggil dia cop) yg macam mata lembing tapi besar dan tebal tu kat tengah2 longgokan dan start kopek kelapa tu. (Masa dulu kopek tak pernah diassociate kan dengan boobs ye). Makin lama makin surut la kelapa yg mengelilingi abah. Kami adik beradik akan setia tunggu sebab setiap kali abah hentak buah kelapa yg dh dikopek tadi pada cop utk belah dua kelapa tu, mana yg ada kentos (nama jawa utk tombong (aku gugel dia tulis tombong) kelapa) dan terus cungkil dan makan..Emmm..rasanya macam epal!!

Then rehat lagi lepas dah setelkan 5-6 ratus biji kopek kelapa tadi. Alhamdulillah dengan pengalaman tu aku mmg reti kopek kelapa. Kadang bila abah rehat aku kopek la barang 3-4 biji. Tak larat oii..masa tu sekolah rendah. Lepas tu biasanya malam abah start mengapak kelapa. Haa.yang ni memang aku buat sampai abeh semampu aku. Aku ingat lagi masa masih kecik abah pakai cungkil je..Memang lagi susah and isi dia selalu akan terpecah2. Bila kapak kecil diperkenalkan, dia lebih mudah. Kita akan kapak tempurung kelapa tu bits by bits smpi tertanggal isi kelapa tu. Selalunya memang elok half round la isi dia kuar kami kapakkan.

Adik pompuan aku plak ditugaskan untuk menyisik kelapa. Orang jawa panggil "Patik Kelapa" yakni menanggalkan kulit isi kelapa tadi sampai jadi putih je. Haa..time ni plak kalau dapat yg kelapa agak muda...zasss zasss lembut je. Kulit dia pn kekuning2an. Hok yang tua, kulit isi dia hitam. Memang keras. Nak sisik tu kena kudrat skit..Grugg grugg bunyi diaa. Then isi putih tadi akan direndam.

Esok paginya kelapa2 yg direndam semalaman tadi akan abah masukkan dalam guni, abah kait dengan tali rapia utk tutup dengan ketak mulut guni tadi. Then aku dan abah akan naikkan atas moto atau basikal utk dijual di kedai ah seng yang mana skang kedai tu cuma umah biasa je. Dah tak beroperasi. Bila timbang guna yg penimbang kena letak besi2 pemberat tu, memang saat penentuan yg menyeronokkan sebab kita nk tau berapa berat dia. Haa..abah akan bagi la singgit gitu kat kami. Oii..singgit tu syukur gile tau dapat. Haaaa

Korang ada pengalaman ni? Pengalaman ni sangat bernilai. Xiyad tak mungkin dapt rasa dah. Alangkah beruntungnya anak zaman sekarang *pandang xiyad*

Comments

Masy said…
zaman xiyad tu nanti bole je nk ajau kopek kelapa, itu pon kalau ade lg laa pokok kelapa. isk.. takkan dh takde kot zaman tu kan. isskkkk
Kniedaz said…
ooohh...akak ingat juga...dulu masa kecik ada sorang atok ni p kait kelapa depan rumah kami (kebun dia seberang jalan&sungai dengan rumah kami. Kat belakang rumah kami pun ada pokok kelapa juag so bila mak nak guna santan, mak/abah guna cop tu untuk kopek kelapa...akak tak reti guna cop tu...hehehe..pastu bila belah jumpa tombong kami selalu berebut adik-beradik....tugas akak cuma parut kelapa guna pemarut manual tu...nostalgia sungguh kan!
DramaQueen said…
haihh... pastu xiyad pun pandang ko balik... sambil ucap thankyou father... for a great living that I have now.

hmmm pengalaman ko tu sgt bernilai.
HEMY said…
masy..tulah..makin sikit pokok kelapa kampung aku...inikan pula nk ajar kopek..yg banyak kopek tudung candid je skang..hahahahahaha

Kniedaz...wah parut manual tu saya penah guna tp bukan yg duduk tu.tp macam penyagat biasa tu

iza, aku sll pk camne nk kasi pengajaran yg sama kat anak2 aku
~mrs azmi~ said…
dulu kecik2 pernah gak ikut mak matik kat umah orang.. dapat sehari pat lima kupang mak bagi pun dah cukup banyak dah rasa... matik campai ibu jari tangan jadi cramp.. huhu
Erina Asmawani said…
500-600 biji??? Woahhhh!! Banyak tuuuuu..kagum2. Patut ar badan ko taf sekarang. Hhahaha

Sedap tu kentos kelapa..aku dulu selalu ngendeng2 atok kalo dia tgh belah kelapa..dgn harapan adalah tombong tu.
zonaku said…
aku x brp lalu tombong tu... n aku x pandai kupas kelapa.


kami guna golok je, adik aku lulus, aku x daya sampai sekarang

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga