Hari kedua di Bali bermula lebih lancar. Sebab hari kedua memang dh set utk ke tempat2 yg jauh, jadi aku dh suh supir kami datang 8:30 hotel kami. Dengan penuh yakin Xiyad ok hari ke-2. Alhamdulillah mmg dia ok. Pas mandikan dia awal tu..aku ngn Xiyad gi sarapan dulu sambil cembam plak bersiap.
Rezeki kami, hari kedua tu jatuh pada Hari Perayaan besar utk kaum Hindu Bali. Perayaan Galungan dan Kuningan. Memang raya besar depa la kira. Sepanjang2 jalan korang akan nampak penduduk Bali yg majoritinya dh memang Hindu, jadi macam seluruh Bali la pakai baju tradisional diorang. Yang laki putih pakai kain. Pompuan plak pakai baju kebaya warna kosong cerah, tapi bunga depa warna warni..niceee~~~~
Oleh kerana Bali banyak tugu, kat roundabout, kat simpang ada tugu2, tempat2 ni memang diorang semayang la. Ada bekas yg dibuat dari daun kelapa (kot) diorang letak dlm tu beras dan apa ntah lagi sebagai offering pada dewa mereka. Sepanjang2 jalan pagi tu korang akan nampak suasana kat atas ni lah. Ni dalam perjalanan ke Tegallalang rice field. Snap dari dalam kereta je lah.
Yang comey2 gadis bali berkebaya tu tak sempat pulak aku nk snap. Maklumlah takde tele lense ni payah skit. Tak dapek nak zoom. InsyaAllah tahun depan ada. Hehehehe. And tak lama pas tu smpi la kat Tegallalang. Bayaran masuk IDR5000. Macam 2 hengget gitu la. Tapi sebelum ni free je kata kawan pada kawan aku yg dah penah ke sana.
Haaa ni la ghupe padi huma (ye ek) nye view kat sini. Nice and nyaman. Aku rasa tuan punya tempat ni memang dh disuruh supaya tak tuai kot. Sebab dah jadi kawasan pelancongan kan. Kot kang kalau tiba2 orang datang tengah kering kontang tak best plak kan. Mesti ada dh plan tersendiri diorang nk keep it green.
Xiyad time ni tengah macam nak tido..Tapi tu propa je lebey tu. Takdenya nak tido. Huhuhu. Takde pa pun buat kat sini. Tengok padi je pun haaa. Jard beli poskad dari budak2 yg jual kat sini.
Memang yg korang nmpk kt gambar ni adalah spot paling ideal la nak amek gambar berlatar belakangkan padi ijau tu. So kena take turn. Tu Bellalang..ahaha terikut2 tegallalang plak tengah amek shot terbaik beliau tu.
Kalau takut makan belalang, jangan berumah di Tegallalang
Ni lah muka2 Memuah yang turut sama bersawah pagi itu. Dari kiri, Cembam, Montok, Mulus, Miyamor, Mmmmsedapnyekorekidung. M belake~~
Haa ni baru lengkap!! Tambah Manje dengan Iyan. Oh dalam gambar ni Bella muka cam Emelda Rosmila. Dalam gambar la. Kalau real life..pipi pun tak sama. Hahahahaha!!! Kat sini kami beli air, eskrem dan macam2 kat kedai tepi jalan tu. Yang kedai LOJI kat bawah skit ni mahai..apa daa jual mahal banyak padahal lompat skit nek atas ada kedai lain daaa..
Okeh..lepas dh puas tgok kehijauan kami pun bergerak ke destinasi seterusnya, Tampak Siring. Tapi gambar tak dapat nk siapkan upload malam tadi. Jadi aku skip ke destinasi lain dulu. Kintamani!!
Ops sebelum tu aku nak bagi teka teki berdasarkan gambar di atas. Ok teka teki dia ye;
Jard dan Bella beli poskad (mcm gambar tu) pastu balik bilik malamnya diorang lapa masak megi in cup tu. Ok. Soalan dia CUP APA Jard pakai? Okay~~~~ jawab ek.
Okeh, kat Kintamani ni just nak tgok view Batur Lake dan Batur Volcano ni je haa..tak berapa bernasib baik sebab masa mai tu cloudy skit, jadi puncak yg lagi satu tu tak nampak haaa...Walaupun tepi jalan je, tapi kena bayar IDR7.500. Aku turun2 je keta nampak buah salak. Kat krishna 60.000 sekilo. Sekali kat sini 17.500 je..apa lagi. Beli 2 kilo. Makan sambil tgok view gunung
Aku nye kamera canggih pun takde function yg ko leh sambungkan gambar macam certain point n shoot nye kamera tu. Jadi aku kena sambung sendiri lah. Gini lah rupa view dia.
Time ni pun agak panas juga. Xiyad kami stroll kan je dlm stroller tu. Tapi penjual sebenir kat sini memang hati kental. Dia dok mintak kita beli dari meter pertama smpi meter ke 200 haa..dari rega 30.000 smpi jadi 5.000..pun kami tak beli. Dah la sorang tu muka macam Khatijah Tan. Hahahahaha!!!
Laluan stroller ada kat sini..tapi curam gile. Pastu panas plak kan..Jadi aku tgglkan Xiyad kat atas amek gambar sat. Belakang tu volcano tau..nampak tak itam2 area dia hangus tu? Haaa..memang penah dimamah lava la tu. So kita amek gambar jugak la kat sini. hehehe.
Pastu takde wat pe pun..stroll, then patah balik. Niat nak beli jagung rebus terlupa. Last2 lapa kau dlm van punya lama perjalanan nak ke Tanah Lot. Huhuhu.
Ni ada terowong plak kat tepi2 jalan tu. Aku nak try masuk cam malas plak (padahal cuak) hahahahaha
Xiyad masa ni tgh mood mamai. Jadi kami memang tak turunkan or dukung dia la. Biar je dia khusyuk isap jari rock dia tu.
Ni antara deretan kedai2 jual baju apa sume. Ramai pakai moto je. Even kat sini pun leh nampak Balinese dengan baju tradisional diorang.
Haaa..itulah cerita dia kat Tegallalang dengan Kintamani dengan view Batur Volcano nye. OK..next..tungguu~~~~ Tinggal Tanah Lot and TampakSiring je lagi citer Bali. Oyeahhhh!!!
Comments
tang mana entah muka cam emelda rosmila tuhhh..tgk muka dia pakai tudung pun aku x leh imagine tang mana yg sama..
eh kan ade laluan stroller kat situ? tempat aku posing tu tempat laluan stroller la tu..
masy, eh haah ada..tp macam curam gile..hahahaha..then panas masa tu..aku tggl je atas
Cantik ar Taggalang!
jard, bwahahaha lawak siot kot.