Petang hari dengan Xiyad yang makin aktif

>> Tuesday, August 7, 2012

Rutin bulan puasa aku ni bila sampai je rumah, if Cembam tengah tido dia akan bangun lah solat and start masak. Kadang bila sampai umah dia start masak dah, kadang tunggu aku sampai umah dulu so ada orang tengokkan Xiyad. Bergantung pada mood dan ragam Xiyad.

So aku akan lepak kat ruang tamu selagi boleh layan si Xiyad. Nape aku tulis selagi boleh? Sebab budak kecit ni kompem akan mengesot ke dapur bila dengar bunyi macam2 kat dapur tu. Jadi aku kena bagi mainan lah, or selalunya biar dia naik panjat atas aku sambil2 aku try lelapkan mata skit. Huhu.


 Kalau dia tengah main sendiri and aku tak rasa nak tidur, aku layan la tepon aku kat ruang tamu tu. Main game ke tweet ke apa yang patut. Pantang aku lepa skit kompem dia sampai dapur dah. Hahaha!! Laju tu dia mengesot meniarap tu.

Lagi satu opsyen letak dia kat walker. Tapi yg ni memang kompem la ke dapur. Punya laju dia tolak walker tu. Semalam aku tgok dia dh berlari dlm walker tu. Tak tolak dah~~~. Abeh la nanti dengar mak dia jerit dari dapur "adooii", "xiyad..watpe tengok dekat sangat nk tumbuk cili ni". Hehehehe. Kena la aku gi amek dia


Kalau tengok bini aku masak dah macam nak siap, takde goreng pape, aku pun gi masuk bilik bukak PC lah. Time ni si Xiyad ni akan jenguk la dari walker dia tu. Nak masuk takleh sebab lantai lagi tinggi. Kadang tu dengar dia ngomel2 ntah apa dia ckap kat luar, aku bawak masuk. Dia pergi capai la mana yang boleh dicapai. Kadang dia tgok lampu PC aku kelip-kelip, dia tekan butang power..shut down..hahaha

Letak bawah kadang leh tahan lama..kadang tu merengek or gi rayap bawah kusi aku tu...hadehh..Tak senang nak main game..hahahahaa!!! So petang balik keja selalu aku surfing gitu2 la. Tak main game sebab kena tgok XIyad kejap2. Tapi kalau kadang tu rasa nk main sangat..main je. Dia dok ke hulu ke hilir kat luar kadang langgar kaki mak dia, kadang jenguk bilik.

Hehehehe. Skang dh memanjat sampai berdiri plak. Masalahnya tak reti duduk lagi. Budak lain bila dia berdiri camtu, dia akan jatuh terduduk once ilang keseimbangan. Xiyad ni mmg idak le..GEDUKKK!! Kepla land dulu kalau dh tak stabil tu. Kena la jadi keeper yang cekap setiap masa.


*mode melukis kembali bila layan blog2 katun ni..inspired!!*


7 comments:

Erina Asmawani August 7, 2012 at 3:57 PM  

comey je ko nye kartun. Aku rasa Xiyad kena pakai helmet ar untuk protect kepala dia..hohihohi

HEMY August 7, 2012 at 4:00 PM  

hahaha..kompem dia rimas..tp mmg sll terhantuk..smpi aku ckp "takpe la kepala keras xiyad ek...jgn keras kepala"

inche hlovate August 7, 2012 at 4:31 PM  

comel je dengr ragam si Xiyad..

sri noraima othman August 7, 2012 at 8:34 PM  

sbb tu kat umah aku bukak kolam renang...letak aiman dalam kolam renang dan alas toto.tak lah dia merayap ntah ke mana2 :p

HEMY August 7, 2012 at 10:50 PM  

hahahaa...aku takde kolam renang aima oii

inche hlovate, ayah dia lagi comel tauu..hahahahaha

Lyaa Suriany August 8, 2012 at 1:41 PM  

xiyaaad.

smart eh name diee

HEMY August 9, 2012 at 10:42 AM  

mekasih..main ngn huruf je

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP