Baru 3 ogos weh. Dek kerana gaji aku masuk 23hb kompeni baru ni..memang sengkek dh haaa~~ Mana tak nya..masuk puasa or nak raya je road tax dua2 kereta mati, dengan moto skali gak. D.E.M!! Dapat gaji zas zas online sana sini skang tinggal 11 keping note 50 je nk cukupkn smpi ujung bulan. Baju raya je yg dh beli. Persiapan lain takdak.
Tu belum balik kampung kak belikan mak kuih, baju raya sume tu..adeh..ada tak ni duit ni. Niat hati allocate RM250 utk duit raya.. Ate kome rase cukop kee 11 keping tuu?? Huhuhu!!! Kuih raya mungkin kena beli gak untuk umah sendiri. Kot cikgu2 kawan bini aku nak mai. Cembam kata taknak jemput pun anak murid dia datang raya. Hahahahha!!
Aku dh plan nk raya ke semua rumah yg sederet dengan aku nanti. Ini lah masa terbaik nk kenal jiran kan. Huhuhu!! Bila lagi..Aku namakan Ops Redah dan Kenal. Mujur la kami ni jarang sangat ke bazar bli makanan. Kecuali mmg nk kuar ke apa. Cembam masak tiap hari..kalau tak, lagi kelaut la bajet nak raya ni.
Semalam aku kebetulan dok tepi HR. aku tanya la gaji bulan 8 rasa nye sblum raya ke. Dia pndg aku "nape nk tau"? aku jawab nak bajet raya tu senang. Nak bajet allocation duit raya pun senang. Then dia jawab depa akan run utk masuk 17. Hmmm..ok gak tu. Tau la dh akan masuk. Tp tak semestinya leh enjoy. sbb ko kena sedar gaji bulan 8 tu utk bajet lebih dr sebulan gaji berikutnya. Nak ke Bali pulak tu....
Ate bila nk menyimpan nye ni saitannn???
Comments
aku yang baru 2 3 hari lepas gaji pun dah pening nak menyusun bajet rayaT_T
terasa macam tak nak jer gaji masuk awal utk raya.
pasal kang bulan depan jenuh la nak kena sep sep takut sangkut.
gaji masuk 23 hb amatlah besh,
pasal kamu buleh shopping kat tesko tanpa perlu kacau ngan orang kilang lain :D
(Tp kena gaduh ngan orang kerajaan lah kan )
poket, gaji 23 itu rasanya lagi awal dr gomen..hahahaha