Skip to main content

Aidilfitri 2012 - Part 2

Kat Terengganu ni memang jalan beraya dia best sebab almost every rumah ada sediakan makanan berat. Contohnya nasi minyak, nasi dagang, mee rebus, ketupat, rendang, nasi ujan panas dan macam-macam lagi lah. Jadinya memang kelebihan beraya di Ganu ni tang makan dia. Hehehehe.

Xiyad Asytar Aidilfitri

Xiyad dengan kasut dia. Hehehe.

Xiyad Asytar Aidilfitri

Sebelum nak beraya ke umah Atok kat pantai seberang Takir tu, kami bergambar family dulu lah. Tahun ni tak lengkap sebab Acik kat UK sambung blajar. Tahun depan kalau acik balik, sepupu Xiyad plak dah ada, mesti lagi memuah la lengkapnya gambar family. Hehehehe.

With Grandparents and my Pok Su

Warm up dulu dengan Tok Ki, Tok dan Pok Su ekal


My in-law family

Ni la shot family picture belah in-law aku. Ni shot yang ke 3 sebenarnya. Yang pertama aku tak masuk frame nicely. Terpotong kat bahu kiri. 2nd shot Xiyad plak buat kuak lentang. Ni 3rd shot yg terbaek la kira. Tapi Xiyad dok tgok henpon ateh plak. Ekal plak senyum cam ikan flower horn je hahhhh...hahahaha!!!

Then umah first kami gi umah Tok. Niat nak blasah tapai yg terhidang atas meja, sekali ramai plak serbu umah tok. So aku pn beralih dari meja makan tu untuk memberi ruang kat tetamu. Tak makan pa pun sudahnya. Duit raya belah sepupu2 Cembam memang Cembam lah bagi. 

Then gi beraya umah Mok Teh (kot). Diorang dok guna bahasa panggilan teh, su, long ni jadi lembab aku nak ingat. Kalau nama lagi senang. Tapi kita polo je lah. Haa..Hehehe. Then ada 2-3 umah yang takde tuan sebab kuar beraya. Dalam kul 2 gitu kami balik ke umah rehat. 

Turqoise team

Turqoise team

Aku bajet nk biar xiyad pakai baju melayu seharian. Tapi mak dia kata panas lah apa lah. Maka Xiyad pun tukar ke baju raya dia yg lain. Tshirg ngn suar pendek yg tak pendek dh kalu Xiyad pakai. Hahahaha. Disebabkan Ateh baju kaler lebih kurang aku suh la amek gambar ngn Xiyad. Hehehe. Leh la wat profile pic FB. kih kih

Petang tu  rasanya tak kuar beraya sebab ada yang menyinggah umah. Lewat petang baru ke umah jiran. Memang raya kali ni tiba2 Xiyad blajar capai benda orang sua kat dia which is sampul duit raya. Good boy!! Ahahahahahaha!! Mak dia plak lepas masuk keta je "mana duit tadi?". Hamboiii..takut benor aku rembat duit raya Xiyad. HAHAHAHAHA!! Memang komited btol jadi bendahari. Kadang tak menyempat aku dengan pegang xiyadnya, idup enjin, nak reverse keta dia leh mintak duit raya tu..hahahahaha!!

Yang aku perati kat ganu ni..errr kat kampung in-law aku ni. Biasanya akan pergi umah adik beradik, pakcik makcik. Yang selain tu tak tau macam mana diorg leh tahu umah mana ada wat open house. So memang pergi umah open house je la selain sedara2 dekat. Jadi memang kompem makan berat. Masalah lapar nasi takde time raya ganu. hahahahaha!!!

Yang buat open house plak selalunya yang niaga jual mknn. Jadi ko dapat rasa la nasi dagang sedap yg selama ni jual 4 inggit, jadi free..haa..air teh ais yg buat aku rasa nk amek botol susu xiyad isi utk bekalan, nasi minyak, nasi arab..perghh..sedap. Sate tu dh bukan jadi main attraction dah. Hehehehe.

Ada lagi gambar tp tak sempat uplod malam tadi sebab bz uruskan renewal passport online. Maybe full picture aku update kat blog efendism lah. heheheehe

Comments

Nieda said…
selamat hari raya.
HEMY said…
selamat hari raya juga...mekasih berkunjung
Pocket said…
heheheh,
ok lah tu,
ada bendahari nak make sure duit yang patut nya sampai kat xiyad ... memang sampai :D
bukak ASB weh!!
buleh gak simpan simpan :D
cikceriacorner said…
selamat hari raya,maaf zahir dan batin..:)
HEMY said…
hahaha..mmg komited bendahari xiyad pocket weh..hahahahaha

cikceriacorner, selamat hari raya yeeee
Erina Asmawani said…
Yeayy! Sokong Cembam sebab aku pun macam Cembam. Hehe. Simpankan duit anak tapi Amir dah tau, kalau duit raya Aqil ke dia, dia yg cepat2 bagi aku. Hehehee..

Memang meriah makan lah sana eh. Tapi Abg aku cakap dia beraya sana lapar ketupat rendang lemang segala,macam menu kita raya kat sini. Area pantai timur raya makan nasi dagang.

Mohla bukak akaun asnb tuk anak. Tak pun sspn..nanti dia dapat further study tak yah pakai PTPTN :D

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...

Pantai Seberang Takir. Pengalaman Pukat Tarik

Pantai Seberang Takir is just one infamous beach that has been 'tambak' to prevent big flood and the safety of the houses along it. My Atok in-law's house is one of those many houses. Everytime I paid a visit to my in-laws, Atok's house is a must. Sometimes we didn't really do anything particular and just sitting by the beach enjoying the breeze and the salty taste of the air. Nurin and her sisters and Haikal dipping in the water. (Can you guys feel the mood of this picture. What do you guys feel when you look at this photo. Plz help me by giving feedback as I want to step a level higher in photography by taking photos that inspire people..thanks) Right after the Yebbit with Nurin and plucking the mangoes, we went to the beach. I brought the kain pelekat, my short and my towel as I intended to have a dip. But at the end I just take photos and ate the keropok lekor. Berlari ke laut (running towards the sea). But that evening was a bit special. I had a nice fi...