Skip to main content

2 years has passed.May Allah blessed U grandpa

Kali terakhir aku lihat arwahnya ketika menjenguk menziarahi mbah lanang 2 tahun lepas. Ramai-ramai kami pakat balik. Arwah mbah lanang terbaring lesu dengan bunyi nafas nya terkepul2 di kala itu. Kulit arwah sudah berlipat-lipat di sana sini dan semakin gelap. Aku pegang tangan arwah, sejuk2 dan terasa tulang tangan, kasar kulit arwah. Bila aku tanya "Mbah, kenal tak sopo ki (kenal sapa ni?)", aku tertunggu-tunggu kebiasaan respon arwah yang akan tersenyum dan cuba berfikir-fikir siapa dan menjerit either nama aku atau nama adik laki aku. Tapi hari itu, aku hanya dapat dengar keluhan nafas arwah. 

DSC_0235

Dah 2 tahun berlalu. Pejam celik pejam celik. Setiap kali aku teringat kan arwah..ketika menunggang moto ke, tengok drama ke..aku hanya mampu sedekahkan al-fatihah. Dan satu lagi masa aku akan ingat arwahnya adalah ketika aku mengaji. Sebab aku biasanya akan niat pahala ngaji aku tu kalau ada untuk disedekahkan pada siapa sahaja yang aku kenal dan sudah tiada lagi di dunia ni. 
 

My beloved Grandfather

Aku masih ingat memori dengan mbah lanang hingga sekarang. Mana tak nya, zaman kecil aku dipenuhi dengan memori ini sebagai cucu sulung mbah. Membonceng basikal dengan mbah, kaki diikat keliling batang tempat duduk untuk mengelak kaki aku termasuk jari-jari.

Waktu malam, aku akan pegang atok kuat2 sebab takut gelap. Bila melalui sepohon pokok yang terang seperti ada lampu lip lap, aku akan tanya mbah "napa terang mbah?". "tu "kelip kelip". "Ooo..nanti mbah tangkap sekor mbah". Dan mbah tangkapkan seekor untuk aku simpan dalam botol. Tapi selalunya aku akan lepaskan semula keesokan harinya sebab sudah tidak bercahaya.
 



Mbah lanang

Aku belum sempat menziarahi kubur mbah buat kesekian kalinya lepas mbah dikebumikan waktu mbah menghembuskan nafas terakhirnya. Nak bawa mak sekali ke Felda Kecai pahang tu. Tengoklah kalau ada kesempatan cuti raya ni InsyaAllah.

Mbah~~~ Semoga mbah ditempatkan dikalangan orang yang menerima syafaat dari Rasulullah mbah ye..semoga ditempatkan di syurga ye mbah ye...Saya boleh doakan selagi mana saya mengingati mbah. Tapi ingatan saya ni pasti sering melupakan mbah. Saya minta maaf ye mbah...


Comments

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Eczema?? (==)

Ingat x ruam2 yg xiyad kena kat pipi aki citer the other day? aku post status fb tny kwan2 krim yg bole disyorkan n mmg kwn2 masing2 share krim yg depa penah pakai n berkesan utk anak diorg. Tp kalu lain punca dia, lain puka ubatnya. So aku try bedak ruam dulu. Pakai pas mandi n waktu mlm nk tydo. Alhamdulillah dia kurang skit. Xdela terus ilang tp kurang byk. Cumanya cuti ni bila last day kt ganu aku prasan ada naik ruam baru. Hmm.. Padahal sejuk kt ganu tu. Jadi probably ruam alergi n bukan pasal panas la kan? And the worst thing masa nk blik kl aku spot ada ruam baru yg mcm nanah sebijik dh hinggap pipi xiyad. Mmg stat risau la dh aku. Terus bgtu cembam smpi2 kl nk singgah az-zahrah utk dptkn nasihat krim plg seswai utk ruam xiyad ni. Tp sbb dh penat, tertangguh. Nk pegi pg sbtu sblum ke cameron pn xjd sbb ramai sgt. Kami ke klinik salam kt s.alam je. Dptla krim. Tp doktor advised jumpa pakar gak. By this time mkin byk naik kat muka. Kerak kepala xiyad pn makin teruk. Alahaiii n...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...