ABC, Ais batu campur atau zaman aku kecik lebih popular dipanggil ais kacang adalah sejenis err...aku pun tak tau nak kategori kan apa. Dessert la kot. Ye..sejenis dessert yang dibuat dengan ais kisar, sirap perasa, jagung, kacang-kacang dan cendol. At least ni la resepi zaman dulu2. Tapi sekarang ABC ni berevolusi jadi macam2. Kat KLCC ke atau tempat2 yg mewah pun ada jual. Cuma kekadang nama je dia tukar.
Kalau dulu ABC kegemaran aku adalah ABC 3posen (30 sen) dekat dengan sekolah rendah agama batu 2 sepintas tu..which aku selalu singgah sebelum masuk sekolah abeskan terus duit belanja 30sen tu (memori!!), skang ada ABC yg memang tahap istimewa Memuah muah muah yang korang leh beli di Shah Alam. Kat mana??
Seksyen 2 Shah Alam, Gerai no.14!!Medan selera belakang KFC yang dekat2 dengan roundabout tu haaa kalau tak tau gak. Banyak lah gajet teknologi leh guide korang ke sini haaa!!!
Fradoo? Pe Jardah nye Fradoo? Fradoo sebenarnya bermaksud pokok Sena dalam bahasa Thai. Mungkin simbol kenyamanan kalau lepak bawah pokok sena senyaman makan ABC Fradoo ni kan. Haa~~ Tu nampak atas tu gambar ABC Fradoo ni. Melimpah2 kau. Tu yang coklat tu mmg coklat cair ye bukan sarsi syrup.
Haaa..yang ni plak kalau korang nak tapau. Ditapaukan dengan bekas tahan mikrowave kot korang benak sangat sampai rumah pergi panaskan plak kata nk makan panas2 kan..haa..boleh boleh..boleh meninggal la korang!! Hahaha!!! oh kelaut sudah.
Bahan2 dalam ABC ni mmg macam2 lah..tapi aku takleh tulis detail sebab nanti ditiru plak ramuan2 dia kan. Ni dh dikira ramuan rahsia kesedapan ABC Fradoo ni haaa!!!
Tu nampak Wak AG pun pernah terjah sini ngn krew Le Tour De Gerai Hot FM!! Nak sangkal camne lagi kebestan dan kememuahan Abc Fradoo nih?? Muehehehehe!!
Hehehehe..so korang tunggu apa lagi? Tengah2 haus tak tau nak beli apa, ada area Shah Alam mai singgah gerai ni. Ingat!! Gerai no.14, Medan selera Prima 2, Seksyen 2 Shah Alam!!! Haaa..walau pun nama Fradoo bermaksud pokok sena, korang takyah nak buai laju2 nak sampai ke pokok sena ni derrrrr~~~ Bawak je slow2 sampai punya lah!!
Haa..harga dia? Semangkuk yg korang tgok melempah2 ruah smpi ke ladang gandum tu RM3 je. Kalau nk extra choc, kacang sume tu, Rm3.50. Tambah 50sen jeee~~~ Apa tunggu lagi!! Buai la laju-laju!! Eh..haa..terjah la!!
Oh ye...ABC Fradoo ni ada FB page dia sendiri..Sila la ke Facebook ABC Fradoo utk update2 terkini dari gerai ni!!!
Comments
Abc panas..manatau kot2 ibu ngandung nak makan abc panas kan.Hahaha
Btw, aku selaku tokey kecit Fradoo berpuashati tahap gembira muah muah muah ngann entry ni. Pasti ada hadiah terkejut untukmu nanti :D
Thank u very much!
bella, tu la kau ni..tau makan pree je..makna fradoo xtau..jgn blanje dia lagi!!hahahaha
kobe sneakers
golden goose
nike epic react
kobe basketball shoes
jordan shoes
jordan shoes
golden goose outlet
kobe 11
kd 12