Skip to main content

Perempuan Jawa memang gagah

Alhamdulillah..duduk dah rumah baru start Hari Sabtu hari tu. Walaupun pada awalnya adik2, ada offer nak tolong bila pindah, nak tolong basuh umah apa sume..tapi bila asyik tertunda tunda, kena hari sebenar, masing-masing ada hal. Takpe lah nak buat macam mana. Mak balik kampung wiken lepas. Aku pun rasa tak sedap nak mintak mak stay walaupun aku tau kalau mak ada lagi byk benda leh settle. Sebab dah 2 minggu mak tak balik kampung. Aku plak nak anta nak uruskan umah. Mujur adik aku offer amik mak dari Bangi tu. Mekasih Nurul and Fikri ye.

Jumaat lepas aku wfh and basuh umah mana yg boleh. Wiring sume dah setel masa tu. Elok2 pas abeh keja lori perabot sampai. 3 jam gak depa kat umah aku pasang sume perabot tu. Then kotor balik. Tapi sebab dh penat, kami balik seksyen 9 dulu malam tu so leh bawk barang mai. Malam tu plak pukul 4 pagi aku masuk bilik (tertido kat luar layan tenis) Xiyad leh plak tgh meniarap main bola..demmm~~~

"Xiyadd~~~ baru pukul 4 pagi la..main bola plak watpe ni...gi la tido~~~~"

Dia sengih2 je..Hahaha..terus terencat tido aku. Sabtu pagi cembam dok pulun basuh lap apa sume, aku masukkan barang2 sume dlm kotak n angkat masuk keta. Plan nak tido umah baru kan malam tu. Time mengemas mmg la boleh wat berdua, aku ngn Cembam. Tapi time angkat nak taknak aku sorang je lah. Huhu..Selalunya sebab Cembam tak larat nak angkat. Then tambah plak bila Xiyad meragam. Sabar je lah.

Kat umah setel dh kemas macam2 sekali mesin basuh tu takleh nak angkat sorang. Nak tolak dia macam gegar2..kang tak pasal2 lain plak jadi. Mintak la Cembam angkat..memang dia tak larat. Siap sakit pinggang. Tunda la yg tu. Konon tunggu tunang adik aku. Sekali tunang adik jadi pengapit. Adik aku je mai ahad pagi. Tapi tu pun dh membantu banyak. Penuh kereta wira dia tu letak barang. 

Then dh smpi umah, adik aku yang pompuan tu leh la angkat mesin basuh tu sama2. Hehehe. Memang beza la kudrat perempuan jawa ni nak banding ngan pompuan lain. Kikiki. Punya ralit punggah barang, tertinggal benda yang penting. Tong Gas!! Ate camne nak masak.

Tapi pagi tadi mak aku cakap "takpe, nanti mak ajak Wawa pergi umah mak bawakan tong tu". Aku ingat nak amek pagi ni, kereta plak takde. So memang option dia mak aku la gi amek. Hahaha!! Aku ada tanya tong kosong je ok kan man? Nanti time tukar tong berisi, orang kedai tu yg bawak masuk keta. Smpi umah tunggu saya. Mak aku jawab;

"Alah bang...mak bukan nak berlagak la...tapi setakat tong gas tuu..kosong plak tu...boleh sangat2"

Mekasih mak~~~Pompuan jawa memang gagah!! Teringat zaman aku kecik2 tengah bersungguh main karate2 ngn anak jiran yang lain. Jumpa cebisan atap simen, genting tu memang nak dikarate je. Ada satu hari tu, aku tunjuk depan mak yang aku leh karate patah dua atap simen 3/4 inci tu. Pastu aku cakap kat mak aku "mak leh karate tak?" sambil aku pegang cebisan atap yg wavy tu n sua kat mak.

Sekali mak aku karate dengan muka selamba je...hahahaha!! Prak!! Patah 2..terus terasa tak terrer time main ninja2 petang tu. Hahahahaha!!!

Comments

Masy said…
huahahahaahahha ade hati nk kerek dgn mak yee.. mujur tak dikarate tulang ko hahahha
HEMY said…
bwahahaha...sayang anak karate2 kan
HEMY said…
aduh...aku suspect anon ni org jawa la sbb dia kata very helpful post aku ni..hahahaha
Khadijaimi Imas said…
Eh..aku skang pun duk syeksen 9.. Sri mahligai condo..kawasan tu kawasan denggi ke?
zonaku said…
heehheheeee.....


mak ko mmg hebat!
wHoSeNa said…
aku sokong sgt post nih!!hikhik...=)
HEMY said…
sri mahligai?condo?mcm area seksyen aku tu, ada apartment aku je, then flat geng2 kilang..celah mana apartment Imas?Kat LHDN baru kan/

zonaku..hehehe..memang hebat

whosena..bagussss
Khadijaimi Imas said…
Yg betul2 belakang plaza massalam, dpn sekolah premier ke ape tu.. Dlm sri mahligai tu ada town house skali.. Ko sewa brp rm area tu?aku br je nk masuk ni..
HEMY said…
ler patut la..aku seksyen 9 Bandar Baru Bangi Imas..hahahaha

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga