Kerana Desakan hidup, Ibu separuh umur merempit

>> Monday, May 7, 2012

Kuala Lumpur, 7 Mei - Seorang ibu separuh umur meluahkan perasaan yang baru 2 minggu terbuku di dalam hati nya apabila terpaksa merempit kerana desakan hidup. Ibu tersebut yang mula menginap sementara di Kuala Lumpur untuk menjaga cucu beliau pada mulanya hidup seperti wanita biasa sahaje di Kota Metropolitan ini.

Tetapi sejak sebulan lepas, beliau terpaksa merempit atas desakan hidup anaknya yang tak berduit nak isi minyak ulang alik ke Shah Alam. Pada mulanya, beliau agak keberatan utk membonceng dan merempit bersama kerana suami beliau pernah berpesan "Jangan merempit dengan anak laki kau tu...". Tapi apa kan daya, kasih ibu..diturutkan jua.

"Masa mula2 makcik bonceng dan merempit lalu LDP smpi ke Shah Alam tu, memang makcik terkejang2 kat belakang tu...sejuk pun ada. Bila sampai tu kebas pipi makcik haaa...tapi ye lah..ni sume desakan idup kan..makcik nak buat macam mana..Dah la rasa gelong2 kat blkg tu bila sway sana sini mencilok..tp rupanya sebab moto makcik rempit tu monoshock..patut la..Makcik dh tau nak sebut monoshock skang"

Aktiviti merempit beliau selalunya bermula selepas isyak sehingga jam 9 malam. Joki akan mengambil ibu ini dari Shah Alam dan kemudian mereka akan merempit bersama utk pulang ke rumah makan malam.

"Sebab dh start merempit ni, makcik terus guna sweater pink yang anak makcik belikan tak lama dulu. Alhamdulillah lepas pakai sweater ni, time merempit makcik rasa lebih yakin. Jadi makcik hanya perlu berdoa selamat perjalanan. Skang kalau nk lap pun makcik ok je layan kona sebab makcik dh mula biasa dah ni"


Ibu tersebut yang tidak mahu namanya dikenali berpesan kepada ibu2 di luar sana agar mencubanya dahulu sebelum pengsan serta merta bila diajak merempit.

"Yelah..kita kena paham desakan idup. Boleh save banyak tu kalau rempit banding ngan drive. Laju pun memang laju lah..mau tak nye 120-140 sesaje saya rempit. Tinggal jangan rempit jalan yg sempit sudah..setakat ni saya rempit tu mmg jalan kosong n selamat. Harap Allah lindungilah aktiviti rempit secara bermusim saya ni"


-sumber Bernama-

6 comments:

zurainah May 7, 2012 at 12:17 PM  

poyo gilerrr post ko yg ni..hampeh..

jedi May 7, 2012 at 12:25 PM  

beriya aku baca....ingat papaer mana kau rujuk...huh

Hemy,  May 7, 2012 at 2:30 PM  

Zurainah..mana ada poyo.nk galakkan org kt luar tu save minyak haa nek moto

Hahaha...jedi,besa la caption kena menarik

Ayman,  May 7, 2012 at 3:53 PM  

Creatib!!!

zonaku May 7, 2012 at 11:10 PM  

hebat makcik tu...... kem salam kat dia

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP