Xiyad's growth

>> Monday, March 19, 2012

Habis dah cuti seminggu aku. Esok pagi aku kena lapor diri kat Team Leader baru aku utk new project assignment. SAP software testing. Lama tak buat testing. Tapi sebab dah takde projek in the pipeline, functional guy macam aku pun diserap la ke projek2 testing ni. OK la gak..dari tak wat pape. Aku pn dah rehat sebulan. Hehehehe...


Lama tak citer pasal Xiyad Asytar..hehehe. Xiyad dah nak masuk 5 bulan. So far jadi ayah tgok Xiyad membesar memang best. Tgok stiap benda baru yg dia blajar, dari sekecik-kecik benda seperti mencapai objek sampai la dia boleh pegang benda tu utk buat something yg dia nak...memang betul la orang kata tengok anak membesar ni satu anugerah yg tak terhingga bestnya. Memang besttt

Ingat tak aku pernah cakap Xiyad kalau tido malam bukan dlm buai memang sebelum ni mak dia je leh tidokan. Sebab dia nak dokong peluk tu...dengan aku, tak suka dia. Maybe tangan aku keras ke kan. Tapi aku tak putus asa. Sampai satu ari ni, aku saja try cara lain. Bawak masuk bilik, baringkan tepi aku then aku tepuk2 sambil selawat...memang la agak lama sket kena selawat..tapi akhirnya dia tidor. Yeahuuu!!! Berjaya!!

Jadi sejak ari tu aku akan try dulu la tidorkan dia. Kena gaya, tido petang pn dia leh tido atas tilam je tak masuk buai bila aku wat camtu. Tapi kena sabar la...memang kering tekak selawat..tp kang kadang2 tk smpi setengah jam dia lelap...hahahaha..sabar je la kan. Nak kasi dia lelap tu dia rengek2 la...nangis2 la..genyeh2 mata..tapi itu la tandanya dia ngantuk. But seriously rasa best n lega sebab aku still leh tidokan dia..I'm still in control!!!

Skang Xiyad tido lasak bebenor...tau2 jaga tiba2 muka dia betul2 depan batang idung aku. Aku cuma takut tersiku ke apa kan dalam keadaan tak sedar kitorang. Rumah baru insyaAllah ada rezeki nk belikan katil sendiri la kat dia..yg ada pagar..court ke apa org panggil tu. Risau gak kot tertindih ke time tido bila dia dah lasak camtu kan.

Xiyad mahal skit gelak..senyum tu murah. Ke kami yg tak pandai wat dia gelak. Mana kan idak. Bila kita geletek dia, dia mcm getap gusi tahan geli..hahahaha...memang dia taknak gelak gitu2 je. Then, tabiat aku letak dia kat car seat dari awal dh berbaloi. Hari tu dari gambang ke Ganu 3 jam perjalanan dia leh stay dalam tu smpi ke destinasi. Jadi mudah dan selamat. Sebelum ni atas tilam kalau brek emergency ke risau..skang ok la skit. And dia leh tido dalam tu..maknanya dia mmg selesa lah.

Kami dh start bagi dia makan skit2..sebab ada tanda2 dia memang lapar apart of susu tu. Kami bagi makan betik alhamdulillah wat dia lawas. Lama dah tak kena bangun tukar lampin sebab dia berak. Maybe pasni kena stat wat gitu balik la...Rutin susu mmg dh fix..sblum tido..then kul 1 or 2, then dalam kul 5 gitu..n pas bangun tido..makin kerap dia nyusu. Susu badan plak dah tak berapa ada..memang boleh kira putus susu dah la..nk wat camne kan. Nak bf selama mungkin tu easier said than done sebenarnya. Huhuhu...

4 comments:

Masy March 19, 2012 at 10:23 AM  

takpelah at least xiyad merasa gak bf, aku dulu rasanya langsung takdek. huhu

dah rupa anak buah aku sket si xiyad ni.. holoh holoh holoh., hehhee

HEMY March 19, 2012 at 11:25 AM  

apsal ko tak rasa bf? ko anak pungut yg ditinggalkan ke? bwahahahahahahahahahahaha

Erina Asmawani March 19, 2012 at 1:15 PM  

haha..bongok je hemy ni komen kat kak masy..

yup2..tgk anak membesar mmg anugerah yg tak terhingga..nanti bila dia dah besar mesti rindu saat2 dia baby..huuu

tomeyla xiyad.mata besau!

HEMY March 19, 2012 at 3:04 PM  

haah..sbb tu kalau ank lmbt bjlan ke bercakap ke meniarap ke rileks je..takpe la lambat sket...dr tiba2 dh besaar..hahahaha

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP