Skip to main content

rambut panjang influence Dragon Ball

Aku ni dari kecik dan sudah mula sedar erti nak-hensem-dan-cool, memag simpan niat nak berambut panjang. Memang rasa cool juga rambut panjang lurus. Antara karakter yg wat aku nk berambut panjang ni, AMAR. Hero dlm komik Bersama Selamanya lukisan Gayour dalam Ujang tu. Tak tau korang baca or masih ingat ke tak. Then Trunks, watak Super Saiya dalam Dragon Ball tu kan.. Haaa..aku bukan minat sbb idol, ikon or pelakon taww..bwahahahaha

Tapi nak simpan rambut ni memang la rimas weh sebelum nak panjang tu. So aku berangan je la macam besa. Masa aku kat sekolah menengah, aku berangan...bangun-bangun tido, badan aku dibasahi peluh dingin. Aku capai tuala utk lap peluh2 aku ni. Then tetiba aku terpegang sesuatu yang lembut mengurai...Rambut!!! Eh, apa dah jadi ngan rambut aku ni!!! Rambut aku jadi panjang lurus lembut mcm iklan pantene dalam masa satu malam. 


Aku kuar dari bilik. Mak ayah aku terkejut. Adik beradik aku lagi la terkejut siap tanya rambut palsu ke apa. Kami sekeluarga terpaksa bertenang utk terima fenomena ajaib ni. Abah dah mula bebel kata dah la tengah skolah lagi rambut panjang macam tu. Then abah terus capai gunting utk gunting rambut aku. Aku sedey la sebab mmg aku nk rambut panjang lepas bahu 2 inci camni. Tapi terpaksa akur.


Aku pn duduk atas krusi dengan abah dibelakang aku siap sikat dan gunting. Adik2 yang lain bersiap2 juga hendak ke sekolah walaupun terkejut dengan kejadian ni. Abah mula menggunting...TEK TEK TEK...rambut ku itu halus dan lembut, tetapi gunting tidak dapat memotongnya. Ia seperti memotong air yang kau boleh lihat helaiannya terkepit, tapi tidak terputus. Banyak kali abah cuba, tapi tidak boleh. Akhirnya abah give up.

"Nak pergi skolah tak ni?"

Aku jawab pergi. Jadi aku siap2 ke sekolah dengan rambut aku ikat ponytail gitu. Dalam perjalanan memang semua mata tertumpu pada aku. Gile apa budak sekolah rambut panjang macam tu. Dan seperti aku duga, masuk je ke perkarangan sekolah, cikgu pertama yang terserempak dengan aku terus memanggil aku dan cuba memotong rambut aku.

Tapi nyata rambut ku tidak putus. Berita rambut panjang aku tersebar satu sekolah. Cikgu disiplin pn dah cuba potong rambut aku tapi tak berjaya. Ada yang mencadangkan agar dibakar. Tapi bila ada ustaz yang menjawab "kalau dah tiba2 tumbuh macam tu, tak boleh potong..ada la sebab tuhan bagi dia macam tu. Biarkan lah"

Mulai hari tu, aku la jejaka rambut panjang selembut sutera...bwahahahahahahaha

Comments

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...

Naik ke tak ni?? Layan Jue Aziz lagi baik

Mesti banyak blog akan tulis pasal minyak naik rega...aku malas la nak join...wat aku naik minyak pula...kutuk la camne pun..bukan leh ubah. Cuma yang aku pelik sangat, masa tengok berita 'Yang Berkuasa' itu bukan main sarcasticnya masa ditemuramah yang harga gula takkan naik "saya kata tak naik rega.tak naik la..apasal tak caya?? Haaa..tengok la esok naik ke haraga gula. Beli la banyak2..beli" Yang aku tak paham..padahal seminggu sebelum kenyataan beliau lagi aku tengok kat Giant dah naik Rm1.65 sekiogram. Apa ke benda kenyataan "Yang Berkuasa" ni? BUkan ke tu pun dah naik 15 sen? Aku tak tengok sangat berita..tp aku beli memang rega macam tu. Ingatkn memang dah naik rega. Tp seminggu lepas tu dengar kenyataan "Yang Berkuasa" ni..haisshhh..tak paham aku. Tunggu je la kat akhirat nanti soal jawabnya. Eh, tercakap gak pasal naik rega. Baik aku layan gambar JueAziz...kalau aku leh tukar tempat kejap ngan Ako kan best..hehehe..D.E.M..hot mu Jue...