Skip to main content

Kereta vs Motosikal : Dari org yg bawak dua2

KL ni pergi mana2 pun banyak keta kan. Moto kapcai pn sangat banyak kat Malaysia ni. Waktu lawatan aku ke Perth beberapa tahun nan lalu, aku tak nampak sebijik kapcai pn kat tempat tu. Rupanya memang takde kapcai kat atas jalan negara tu. Tak jem plak tu.

Jalan2 kat Klang Valley ni plak tak banyak yang sediakan laluan motosikal. Yang ada kalu macam lebuhraya persekutuan, Kesas gitu. Yang lain tu aci redah la sume share. Sebab tu la malaysia ramai leh bawak moto cilok power. Hahahahaha!!!

Kerap la aku dengar rungutan sang tukang bawak keta dan tak kurang jugak sang penunggang motosikal. Masing2 salahkan masing2. Ada keta yg sengaja tukar lane bila nampak moto celah lane dia dh dekat. Perghh. Dengan alasan menyemak kat lane paling kanan.

So aku nk share la points2 dari pandangan aku sebagai penunggang motosikal dan juga driver kalau drive kat Klang Valley. Ada point tertinggal leh tambah kat ruang komen ye.

 Driver Kereta
1) Kat KL ni kena paham situasi byk keta, moto n takde jalan khas utk moto. Jadi sume driver patut tahu kalau nk tukar lane ke apa, cek la betul2 cermin sisi tu.

2) Nak tukar lane kalau boleh bg signal 3 saat la awal at least. Sebenarnya rempit hati kering je bawak laju gile tak ingat dunia celah2 tu. Penunggang biasa akan sentiasa alert. Kalau bagi signal tu, wa boleh jamin moto blkg akan secara tak langsung brek skit n tunggu ur action.

3) Ada yg kata dh bagi signal pn depa jalan je tak bagi can. Besa la tu. Lumrah manusia, dia nk cepat n jalan dulu. Ni bukan sebab moto. Keta pun gitu.

4) Sll nya kalau aku nk tukar lane bukan bila aku nmpk kosong sebelah..tp bila aku nmpk belakang keta yg akan pintas aku tu kosong. So aku siap2 bagi signal, ate bontot keta sebelah tu dh ujung2 keta aku, aku terus masuk. Jadi moto dh nmpk aku signal n aku pn tak delay nk tukar lane. Kadang moto terus gak sebab delay tukar lane ni.

5) Lagi mudah bila dh bg signal, rapat ke line putus2 lane tu slow2. Moto mmg kena slow sbb nk cilok susah dh n tunggu kita tukar lane.

6) Kenapa moto suka cilok lane plg laju? Sebab kat KL ni byk moto. Yg nak cepat kalu, lalu tepi tu susah skit. Byk moto. N lagi satu byk susur kuar. Asek kena himpit. Tu yang ada yg prefer lagi lane paling kanan nk cilok sebab keta lane kanan mentaliti rasa dia dh kt lane plg laju n very minimum reason nk tukar lane.

7) Kalau time sesak jalan senggut2..tkyah la nk tukar lane sangat. Tak ke mana pn ko tukar lane. Kadang ada moto bebal time camni pn nak laju. Ko tukar lane tetiba mcm tu mmg la eksiden. Kadang korang poyo tukar lane pn..10 meter dh sangkut blkg keta org gak. What the Fart bebeh??

8) Yang jenis suka masuk lane emergency tu. Aku jenis paham la kita semua nk cepat. Tp kalu rasa drive kat emergency lane terhegeh2 smpi moto plak dh tkleh nk lalu. Bangkai sungguh hangpa. Yg nek moto ni dh la kena panas ujan..ko slow dlm keta brader~~

9) Last paling penting mmg kadang the moment korang nk tukar lane nmpk moto blkg korang masuk balik. Tak jadi n korang rasa masih OK. Tp sebenarnya still bahaya utk moto. Moto tu nmpk je ko mcm nk masuk, dh brek. Bila brek..dh mula skiding. Moto blkg dia pn kena brek. Ada aku nmpk kes cmtu, pompuan nek moto terkejut dh brek terus jatuh. Tangan kena langgar ngn keta blkg. Korang mmg kata "aku dh masuk balik lane beb". Tp yg dh brek tu kena pk gak.

Penunggang Motosikal
1) Korang kalau jenis tak kompiden, tkyah la mengada2 dok cilok lane paling kanan..semak tau tak. Moto lain kat blkg korang plak kena cilok sana sini. Secara tak langsung ko la punca moto2 lain cilok meliar

2) Kalau rasa moto tu tak laju..bawak slow 80 je, dok tepi jugak la..ni nak dok lane tengah..sampai keta pn nak pintas ko susah sebab ko makan ruang. Kalau slow dok betul2 kat garisan putus2 pn takpe. Aku bila drive memang sakit ati moto camni. Ko laju takpe brader..ni slow kat depan aku. Nak pintas kena masuk lane sebelah siap..Haishhhh. Bawak2 la ke tepi

3) Kalau keta tu dh bagi signal nk tukar lane, brek n bagi 2-3 saat keta tu try masuk. Kalau dh tak masuk2 korang pandai2 la cilok balik. Consider sket beb.

4) Yang rasa rempit hebat..wa memang salute lah. Bawak awek lagi leh rempit laju gile. Tapi yang jenis cilok2 sana sini..mengharap keta brek utk dia. Cilok tu kalau zasss laju je lalu depan aku masuk lane lain takpe. Ni terhegeh, aku plak nk kena brek utk ko..Mak kau pn boleh cilok camtu brader org lain tukang brek.


Cam dah takdak point. Aku jujur kata aku bawak moto laju, keta laju. Tapi so far aku try bawak laju time selamat. Maknanya kalu nek moto aku laju tgh lane plg kanan kalau keta dua2 belah aku pn laju. Takde reason nk brek2 or tukar lane. Kalau yg jenis senggut2, tak berani aku.

Prinsip aku bawak keta "sume yg ada tepi2 depan2 aku ni benak!!!" aku kena careful gila kalau ada la yg tetiba2 tukar lane lah, masuk simpang tak bagi signal la. Jadi ni sekurg2ya wat aku alert la. Kalau keta tu aku tgok tetiba slow aku dh brek skit..sudahnya aku plak kena anticipate action org len. Tapi takpela, asalkan leh pnjgkan nyawa. Tapi kalau dh takdir aku mati kat jalan nak wat camne. Banyak eksiden bukan salah depa pn. Plg bangsat yang terlepas simpang gostan la. Nk gostan slow n alert la. Aku paham ko pn pestime masuk bandar xtau nk pusing mana dh kalau terlepas simpang. Tapi pelan2. Tengok ada kenderaan blkg benti la. Ni aci undur je. Orang len mati

Ok la. Assumption dia..ko bawak keta ke moto ke..tolerate la. Senang citer

Comments

Masy said…
betoolllll.....
Unknown said…
tu ar,..takmbah lagi satu situasi hujan..asyik kne simbah jer ble bawak moto,..kesian la ktorang ni,..org yg bwk kete, dh sah2 tak kne hujan kan~
HEMY said…
neiaa..tulah..kadang time ujan pn nk tukar2 lane gak..nk kata laju, 3 meter je dh jem blik...bhyakan moto plak

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...

Pantai Seberang Takir. Pengalaman Pukat Tarik

Pantai Seberang Takir is just one infamous beach that has been 'tambak' to prevent big flood and the safety of the houses along it. My Atok in-law's house is one of those many houses. Everytime I paid a visit to my in-laws, Atok's house is a must. Sometimes we didn't really do anything particular and just sitting by the beach enjoying the breeze and the salty taste of the air. Nurin and her sisters and Haikal dipping in the water. (Can you guys feel the mood of this picture. What do you guys feel when you look at this photo. Plz help me by giving feedback as I want to step a level higher in photography by taking photos that inspire people..thanks) Right after the Yebbit with Nurin and plucking the mangoes, we went to the beach. I brought the kain pelekat, my short and my towel as I intended to have a dip. But at the end I just take photos and ate the keropok lekor. Berlari ke laut (running towards the sea). But that evening was a bit special. I had a nice fi...