Umur Saidatina Aishah R.A ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW

>> Monday, February 13, 2012

Salam..

Banyak kali aku lihat dalam internet kalau ada video atau apa sahaja isu yang membabitkan Islam dan bilamana komen-komen mula ditulis dari segenap pihak, akan ada anasir musuh islam yang cuba memburukkan Islam. Tapi yang jelas, tak banyak atau boleh kata tiada hujah bernas yang dapat memperlihatkan Islam itu batil. Satu sahaja hujah yang popular digunakan (sebab takde hujah lain dh) adalah perihal Rasulullah mengahwini Aishah ketika umurnya 6 tahun dan menggauli beliau ketika umur beliau 9 tahun.

Oh, aku ada juga kadangkala terbabit dengan 'perbalahan online' dengan mereply comment2 jahanam ni. Jadi dari sini membuatkan aku sering juga mencari kebenaran dengan sumber-sumber yang ada. Bengkek dan menyirap bila ada yang kata Rasulullah Pedophile. Cilake korang!!!

Jadi aku share dulu logik apa yang aku leh fikirkan tentang isu ni;

Bagi aku kalau betul pn kawin umur 6 tahun, ini adalah disebabkan budaya atau keadaan di waktu itu. Mak bapak kita kawin umur 14, 15 tahun suatu masa dulu. Jadi tak mustahil zaman Aishah dulu, 9 tahun adalah waktu yg normal utk perempuan berkahwin. 9 tahun adalah umur kebiasaan baligh ketika itu dan ini disokong oleh riwayat Aishah yg berkata "Apabila seorang perempuan berumur 9 tahun maka dia telah pun menjadi seorang wanita"

Bila aku cek sumber memang ramai yang sependapat dengan aku ini. Ada yang tambah itu adalah ketetapan Allah yang mana disebabkan Aishah sangat muda, beliau selalunya akan direct tanya apa yang Rasulullah sampaikan pada umatnya. Dari sini, Aishah sentiasa dapat direct word dari Rasulullah dan sebab ini jugak Aishah menjadi antara perawi hadis yang terunggul/terbanyak.

Okay. Ni sebelum aku wat bacaan dan ulangkaji. Lepas dok belek2 sumber, aku jumpa hujah2 kat bawah ni untuk isu ni;

1. Bertentangan Dengan Fitrah Manusia
2. Bertentangan Dengan Akal Yang Waras
3. Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas
4. Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah s.a.w.
5. Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru     
6. Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini
7. Aishah r.a. Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan
8. Aishah r.a. Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar r.a. Ke Habshah
9. Aishah r.a. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid r.a. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya
10. Ummul Mu’minin r.a. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar   
11. Aishah r.a. Menyertai Perang Uhud yg mana umur 15 sahaja yg Rasulullah benarkan untuk turut serta
12. Aishah r.a. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma`, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma r.a. Berumur 27 Atau 28 Tahun
13. Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah r.a. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)
14. Aishah r.a. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam
15. Abu Bakar r.a. Bercadang Mengahwinkan Aishah r.a. Sebelum Berhijrah Ke Habshah
16. Aishah r.a. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah
17. Rasullulah Tidak Tinggal Bersama Aishah r.a. Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda
18. Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur
19. Kebolehan Luarbiasa Aishah R.A Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau r.a. Lahir Di Zaman Jahiliyah
20. Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam
21. Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur
22. Aishah r.a. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar r.a. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud
23. Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?
24. Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan

Hujah paling mudah untuk digunakan adalah hujah ke 12 iaitu perbezaan umur Aishah dengan kakaknya adalah 10 tahun. Sebab yang ni pun aku still teringat ada belajar masa sekolah rendah agama. Aishah berkahwin dengan Rasulullah setahun sebelum Hijrah. Jadi 27/28 tolak 10 - 1 = 16 atau 17 tahun.

Jadi lepas ni aku dah yakin nak jawab apa bila orang tanya. Lepas dari bacaan hari ni, ada juga pendapat yang Syiah adalah antara yang mewar-warkan tentang umur Aishah dan Saidatina Khadijah agar ia diterima oleh orang lain. Senang citer ada anasir yang cuba untuk mengelirukan generasi akan datang atas sebab tersendiri.

Wallahualam

6 comments:

Masy February 14, 2012 at 9:25 AM  

aku pon sbnrnya tertanya2 pasal mende ni tapi tak rajin nk godeh2. mekasih anul, dpt pahala arinie bg ilmu kat org :)

HEMY February 14, 2012 at 11:40 AM  

tp kalau mmg 9 bulan menggauli pn kita ada hujah sendiri dah kan..benda tu maybe common ketika tu...

Anonymous,  November 9, 2012 at 7:39 PM  

Konspirasi yang dinyatakan adalah syiah yang mengatakan bahawa Aisyah berumur 7-9 tahun ketika mengahwini Rasulullah s.a.w.
--> http://www.darulkautsar.net/562-Umur_Aisyah_r.a._Semasa_Berkahwin_Dengan_Rasulullah.html

Selain itu, penyampaian sirah adalah oleh Hisyam ibn Urwah. Riwayat ini disampaikan oleh beliau ketika berada di Iraq. Dan beliau berhijrah ke irah setelah berumur 70 tahun. Maka, ulama hadis/fiqh menyatakan bahawa kemungkinan Hisyam tertukar diantara 9 dan 19 tahun. Na'udzubillah.

Siti Sarah Abadan January 10, 2013 at 4:12 PM  

huhu saya pon terjebak jugak dengan reply2 comment kat internet ni sebab geram. sesuke hati je cakap rasul kite bukan2. kalau baginda kawin dgn Aishah r.a masa Aishah umor 9 tahun pon ape masalahnye. Aishah dikatakan dah matured dah masa tu.

Sibau Bandar May 26, 2014 at 9:22 PM  

Imam Bukhari lahir 184 tahun selepas rasululllah meninggal iaitu 13 Syawal 194 hijrah. Mereka orang yang hampir dengan zaman nabi. Datuk mereka sahaja sudah sezaman dengan Nabi. Semua sahabat mengakui pada zaman tersebut. Tetapi selepas 1400 tahun berlaku masalah. Ini perlu difikirkan adakah orang yang lahir 2 abad dengan Nabi ataupun 14 abad dengan Nabi yang lebih betul. Tiada sesiapa yang menyangkal pada zaman tersebut akan umur pernikahan nabi. Sebab semua orang yang hidup pada zaman tersebut tahu memang 6 tahun Aisyah berkahwin. walaupun tidak melihat buku hadis karangan Bukhari dan Muslim. Ini kerana mereka mendapat ilmu turun temurun dari datuk nenek mereka yang sempat hidup dan berjuang bersama nabi. Instighfar sebelum menyebarkan sesuatu teori yang tidak pasti.

Anonymous,  November 28, 2014 at 10:47 AM  

Rasulullah mula tinggal serumah dgn Aisyah ketika Aisyah berumur 19-20 tahun. Wallahualam.


http://www.ustazamin.com/2010/03/sekilas-34-benarkah-umur-aisyah-ra.html

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP