Aku bersama rakyat, atau penduduk lain sedang bekerja seperti biasa. Pergerakan kami seakan diawasi oleh sepasang mata yang tidak bisa dilihat, hanya perasaan dikawal setiap tindak tanduk itu sememangnya sangat kuat. Persekitaran di situ sangat familiar dengan aku. Aku belek2 persekitaran aku tadi dan tersedar bahawa aku berada di sekitar balai raya batu 1 sepintas, balai raya yang terletak berhadapan dengan rumah lama tempat aku membesar suatu ketika dulu.
Tiada kelainan pada balai raya tersebut kecuali ia sudah bertukar rupa menjadi seakan istana kediaman raja kami. Raja yang begitu zalim terhadap rakyatnya. Kezaliman itu hanya mampu dirasai. Untuk menerangkan dan memperinci setiap kezaliman tu, tak mampu utk aku buat. 'Rasa' yang bermacam ini adalah satu2 nya petunjuk yang membuat aku alert dengan apa yang berlaku di sekitar aku.
Tiba2 sedang aku termangu, raja yang berkumis tebal, seakan berjambang yang aku kira ada mirip watak Maharaja Zhou dalam komik Alam Perwira karya Tony Wong itu berdiri di belakang aku. Tersengih sinis seraya mengingatkan aku tugasan aku utk membanteras perusuh2 yang berusaha utk menggulingkan pemerintahan sang raja ini.
Aku mengangguk akur dan berdiri sambil melemparkan pandangan aku ke belakang. Aku lihat medan pertempuran itu dibanjiri dengan ribuan manusia dengan senjata masing2. Tapi, aku paling semula pada Sang Raja tadi dengan senyuman sinis aku pula...
ZASSSSSS!!!!
Aku menyerang Sang Raja tadi dengan dua bilah pedang pendek yang secara tiba2 sudah berada di dalam genggaman aku. Panik sang raja bila dilukai dan terus memaki hamun aku dengan perkataan pembelot, jahanam dan sebagainya. Aku menjerit kuat dan mengherdik Sang Raja tadi;
Fuhh..macam citer P.Ramlee dah. Apabila Sang Raja sudah aku lukai, segerombolan manusia yang masih memihak pada Sang Raja tadi mula menyerang aku. Pertempuran bermula. Di hadapan aku 5-6 orang manusia dengan senjata di tangan masing2 menyerang aku. Pada masa tu dalam hati aku, "damn...ramainya. Ni kalau kena tetak sakit ni...demmm". Tapi aku cuba bertahan dengan pedang-pedang aku dan satu persatu seteru itu dapat aku atasi.
Kemudian aku bunuh Sang Raja zalim tadi dan meloncat ke atas satu tembok yang paling tinggi di Balai raya tadi. Dari atas itu aku boleh saksikan betapa ramai manusia sedang masih berjuang dan bertempur. Aku acukan sebelah tangn aku ke udara dan berteriak sekuat hati
Pada waktu itu terhenti pertempuran yang sedang galak berlangsung. Semua mata tertumpu pada aku. Ada suara2 yang berkata "bapak kuat takbir". Tiba2 bendera2 yang aku sendiri tidak ingat rupa bentuk dan lakarannya berkibar menandakan pemerintahan Sang Raja zalim sudah berakhir, segenap pelusuk mengangkat tangan ke atas dan bertakbir bersama2 aku.
Kami sudah menang...!!!

Raja Zalim Raja Disanggah!!! Raja Adil raja disembah!!!!

Allahu Akbar!!!!!!
Pada waktu itu terhenti pertempuran yang sedang galak berlangsung. Semua mata tertumpu pada aku. Ada suara2 yang berkata "bapak kuat takbir". Tiba2 bendera2 yang aku sendiri tidak ingat rupa bentuk dan lakarannya berkibar menandakan pemerintahan Sang Raja zalim sudah berakhir, segenap pelusuk mengangkat tangan ke atas dan bertakbir bersama2 aku.
Kami sudah menang...!!!
Comments
karangan metaphor?
camanaaa la ko buleh sampai kat raja terus beb? takkan dia tak der knight ker.. pawn ker.. bishop ker.. dulu untuk ko nak kalahkan:D
terus checkmate!
pergh! memang hebat :D
tp wa mmg org kanan raja yg kejam...wa tikam depan terus..ahahahaha