Skip to main content

satu ayat tak memberi makna yang tepat

Salam semua...

Baru balik dari dapatkan imunisasi kedua Xiyad Asytar ni. Alhamdulillah dia nangis kejap masa orang dok pegang kaki dia. Nurse cakap kuat kaki dia. Ate dok berayun sokmo..darah keturunan raja libas le katakan..tu blum tangan tu..darah taekwondo tu. Tiap pagi dok training karate sisi bath tub tu dang dang...ahahahaha!!!

Ari ni nak citer pasal reference...rujukan...yeeee

Sebagai orang islam kita perlu sentiasa berbalik pada al-quran dan hadis sebagai reference bila kita nak pastikan sesuatu. Then rujuk ulama', rujuk ustaz, berguru...maknanya kalau google kat tenet tu pastikan google dua tiga sumber sebab kita takleh nak  main petik dari satu sumber je. Ate kat tenet tu kalau yg pandai main keyword CSO ke apa jadah. Yang takde ilmu pn leh dpt top carian google utk entri dia berkaitan apa yang kita cari.

Aku ternampak satu blog yg lemparkan fitnah pada Ustaz Azhar Idrus yang kian popular malah remaja dan golongan muda pn mula pergi ke majlis ilmu dia. Sampai lebih 70 ribu yang datang latest ceramah dia kat dataran shah alam tempoh hari. And biasalah orang2 macam ni memang akan kena fitnah. Ate Rasulullah yg semulia2 umat pn kena kaw2 kan...lagi la Ustaz AI ni haaa...

Blog tu letak gambar orang yahudi main gitar dlm majlis ilmu depa..ada yg keliling dengar kan. Then dia kata Ustaz AI sebar dakyah sebab kata main gitar tak haram. Setahu aku mmg takde nas atau dalil sah pasal gitar haram. Then blogger tu kata "takkan la nk copy paste hadis kat sini". Apa ke bebal. Kalau nk tunjuk or prove something kena la ada bukti...haishhhh

Ustaz Azhar Idrus punya hujah, kat syurga ada nyanyian dan muzik utk penghuninya. Jadi muzik dan nyanyian tu tak salah. Yang salah yang dengar dan buat muzik tu sendiri. Ko pergi google nmpk ada yahudi main gitar kat majlis ilmu depa ke ntah ye ntah idak majlis ilmu. Ntah2 jambori pengakap yahudi. Pastu kata Ustaz tu sebar dakyah. Apa ke bangang!!!

Abih kalau ada gambar yahudi sembelih ayam..aku paste kat sini...sembelih tu cara yahudi. BOLEH??? Haish pala banar bernanah betul orang2 camni. Mana boleh ngok. Benda ni sama ngan cara amek petikan ayat qur'an utk buktikan sesuatu. Mana boleh main aci amek satu potong ayat yg ada maksud mirip atau sama dengan apa yang kita nk buktikan dan kata "haa..ni ayat qur'an ada tulis camni" Mana boleh ngok!!

Tak semua ayat qur'an maksudnya jelas hanya dengan sepotong ayat je. Setiap ayat turun untuk peristiwa2 tertentu. Ada yang 4-5 baris utk jelaskan hanya 1 benda je. Sebagai contoh macam ada satu hadis ni kata Saidatina Aisyah meratap-ratap waktu baginda Rasulullah SAW wafat. Lepas tu terus jadi sumber utk menyokong umat islam boleh meratap2 atas kematian walaupun kita semua tau islam tak benarkan kita meratapi kematian (tak benar kan or tak galakkan tolong betulkan ye kalau salah).

Aku hampir percaya. Tapi bila kawan aku tanyakan ustaz, dia dpt jawapan. Korang bayangkan la RASULULLAH SAW...segala jenis PE* ni wafat tinggalkan umatnya. Pembimbing, Penyebar, Petunjuk dan lain2...bayangkan impak sedihnya pada sahabat2 dan keluarga baginda pada masa tu. Memang betul saidatina Aishah meratap2 sambil menampar2 muka beliau waktu menerima berita kematian tu. Saidina Umar (kalau tak silap aku) plak smpikan nak disembelih semua yg ada depan mata dia punya tak boleh terima berita tu.

Tapi lepas ditenangkan, Saidatina Aishah akhirnya sedar dan berhenti meratap. Saidina Umar pn bertenang dan duduk menangis. Nampak tak. Kalau tak pakai kesuluruhan hadis/peristiwa..ko petik yang awal je..kuar la pandangan "kita boleh bunuh orang...lagi baik orang kafir bila ulama yang kita hormati dan kasihi meninggal dunia sebab sahabat rasulullah pn buat macam tu". Atau "kita boleh meratap2 tampar pipi, hantuk kepala kat dinding bila kehilangan orang yang tersayang sebab Saidatina Aishah sendiri pn berbuat begitu"....

Der...Jangan blaja sekerat orang kata....

Aku nk share yang ni jelah hari ni..aku pn bukan byk ilmu di dada. Mana yg aku dengar dan boleh share aku share. Tak boleh beb nak main petik sepotong ayat quran utk membenarkan tindakan kita. Memang betul ada dalam qur'an ayat "darah dibalas darah"..maybe ni sebab pengebom berani mati rasa apa yg mereka buat tu betul..wallahua'lam..aku takde ilmu nak ulas..


Akhir kata, elok nk baca dan fahamkan tafsir alquran tu. tapi jangan main paham sendiri je ayat2 dia. Ada byk yg tersurat ayat2 al qur'an ni. Rasa was2 tanya la ustaz. Dan jangan terjemah n fahami hanya dari segi linguistik aje plak ye...bahaya...

Comments

Syah Shah said…
mana button LIKE??
zella y said…
btul kata kau tu...
aku pon ada bc psl ustaz AI ni...

mmg xde nas yg sah psl gitar haram...psl alat music haram...

br aku dgr kat tylah ustaz hrtu...ustaz tu ckp zaman rasul2 dulu yg xbg di main adalah alat music biola yg besar tu...tu pon bkn sbb alat music tu tp ss org yg main alat music tu selalunya pondan...
Masy said…
aku hanya mampu menggeleng kepala. masing2 bukan jahil, tapi buta hati.
HEMY said…
Syahshah, like kt fb :)

Zella y, kalu sume pkai akal elok2, aman dunia

Masy, ragam manusia
Unknown said…
Salam bro,

Blog yang kau maksudkan tu aku pun ada baca. Memang keterlaluan. Dan ada lagi beberapa blog yang dok ngutuk UAI ni.

Masalah yang kutuk ni bagi aku mungkin diorang panas tinge kot dengar ceramah UAI ni, nak-nak bila kena tang batang idung diorang.

Bagi aku, aku suka ustaz UAI. Bukan sebab lawak dia je. Tapi cara penerangan nya yang direct to the point wat kita senang tangkap dan paham.
HEMY said…
dia sendiri pn cakap dia approach cara berkelakar tu utk mendekati dan menarik org2 muda

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...

Pantai Seberang Takir. Pengalaman Pukat Tarik

Pantai Seberang Takir is just one infamous beach that has been 'tambak' to prevent big flood and the safety of the houses along it. My Atok in-law's house is one of those many houses. Everytime I paid a visit to my in-laws, Atok's house is a must. Sometimes we didn't really do anything particular and just sitting by the beach enjoying the breeze and the salty taste of the air. Nurin and her sisters and Haikal dipping in the water. (Can you guys feel the mood of this picture. What do you guys feel when you look at this photo. Plz help me by giving feedback as I want to step a level higher in photography by taking photos that inspire people..thanks) Right after the Yebbit with Nurin and plucking the mangoes, we went to the beach. I brought the kain pelekat, my short and my towel as I intended to have a dip. But at the end I just take photos and ate the keropok lekor. Berlari ke laut (running towards the sea). But that evening was a bit special. I had a nice fi...