Skip to main content

Kisah Labor Room

First of all, aku nak ucapkan terima kasih pada semua rakan2 with all your warm wishes pada kami bertiga, yang selama ni mendokan kesejahteraan kami. Kami sekeluarga sangat-sangat menghargainya.

Sehingga ke Hari Rabu lepas, Cembam takde mengadu rasa sakit perut nk beranak. Malah contraction tu rasa camne pn kami tak berapa pasti. Tapi kami ikut kata orang kalau perut tegang tu le contraction. Dan disebabkan Cembam rileks je, pagi Sabtu tu aku dok rengek2 nak main tenis kejap ngan kawan2. Bukan apa, selalunya kalau cuti pas subuh tidur smpi kul 9-10 gitu. Jadi takde beza sangat kalau aku gunakan masa tu bermain.

Cembam kata OK tapi kalau takde rasa sakit. Pagi tu Cembam kata ada kuar darah. Owhh..terus tak jadi main and pas tanya sana sini kami decided utk pergi hospital for check. Tapi pergi sarapan dulu apa sume. Bila daftar, misi wat CTG check and lepas 10 minit camtu kami diminta pergi tingkat bawah, labor room utk cek. Katanya sebab ikut degup jantung tu, ada contraction.

So kami pn ke labor room. Doktor panel kami bercuti, jadi kami tak diattend oleh beliau. Doktor yang bertugas hari tu Dr. Fazlina. Beliau masuk utk cek bukaan. Kena masuk dua jari lah kira. Aku tau Cembam jenis tak tahan sakit. And memang bila doktor nk masukkan jari tu, menggelejat la Cembam ni dok kata sakit. Doktor bagi encouragement;

"Saya masukkan satu jari ni je..dua jari...kepala baby besar ni (sambil tunjuk saiz purata kepala bayi). Cuba bayangkan. Tahan sikit. Sume orang boleh buat. Takde cara lain nak cek bukaan tu"

Tapi memang tak boleh tahan. Dr Fazlina akhirnya keluar dari labor room. Yelah, dia kena attend ramai pesakit, kerenah2 macam ni kompem la dia malas nak layan. Tinggal la bidan atau Misi senior amik alih. Namun masih susah. Cembam tak tahan sakit. Siap tolak2 tangan misi tu. Nak pegang macam susah sebab benda tu ko kemut je cukup. Kompem takleh wat pape. 

Rasa2nya nak cek kali pertama bukaan tu pun smpi 8 kali. Akhirnya bidan tu dapat gak masukkan jari and cek. Sebenarnya Cembam boleh je. Aku tengok dia tahan dan tarik nafas. Tapi mungkin dah set sakit. kan. 

"dah 4 cm ni...kena cek selalu nak tau perkembangan. Kalau macam ni punya tak tahan sakit, amek Epidural la Pn Najwa"

Kami berpandangan. Dalam hati aku..."takpelah..nak buat camne". Seriyes aku tgok 8 percubaan tu aku dah cuak. Mak aih..baru 2 jari dh camni..nak kuar baby camne. Jadi bila mereka suggest Epidural aku terus setuju. So Pakar bius pun dipanggil, saluran dia kat bhgn tulang blkg tu and lepas 15 minit macam tu Epidural tu pn mengalir masuk 8ml setiap sejam. Sambil doktor tu pasang aku tanya2 gak kesan sampingan. Orang kata Epidural efek sakit2 pinggang kan. Tp doktor tu kata research yg dibuat, tak epidural pn sama. Sakit pinggang tu bergantung pada kedudukan time meneran, otot yang tak sepatutnya dikeraskan dan lebih byk kebaikan dari keburukan. Hmmmm...

"Dia akan supply sampai waktu bersalin la ni ye. Dia akan rasa, tapi sakit tu tak sangat lah"

Memang berkesan la senang citer. Kaki kebas je Cembam rasa. Misi pun senang nak wat keje cek bukaan setiap setengah jam. So lepas la satu cubaan. Skang cubaan kedua dia...lepas 3 jam, start masuk 12.30 tengahari, sampai 3.30 ptg bukaan masih 4cm lepas 4 kali cek. Cecair yang merangsang contraction ditambah unit dari 3, ke 6, ke 12 utk rangsang bukaan dan contraction. Cembam disuruh baring mengiring kiri dan kanan.

Lepas pukul 4 tu doktor pecahkan air ketuban. Aku baru balik dari beli pisang goreng, karipap sume. Masuk2 tengah pecah ketuban terus ilang lapar, tak lalu nk makan. Padahal tak tengok sangat pun. Hahahaha!!! Bila dah pecah tu baru la dia buka sampai 7cm. Tp alhamdulillah disebabkan epidural tu, Cembam cool je. Leh balas meseg apa sume. 

Masa ni mak ayah, dan adik aku smpi. Time kami berdua je dlm labor room tu, aku dok baca surah yasin, mariam tu smpi 3 kali gak nk habiskan masa. Senggok sana senggok sini and kami sembang cam besa je. Tapi itulah orang kata, impak ibu tu kan. Mak aku masuk je peluk dan cium Cembam, aku tgok dah berlinang dah air mata. Kesat2 air mata Cembam terharu. Heeeee..

Mak temankan sekejap sebelum ke LCCT anta adik ipar aku. Masa ni bukaan dalam 8cm je. Memanglah lambat. Bidan dah bertukar sebab syif dah bertukar. Misi pn dah bertukar..yang masuk cek contraction dok kata 3 kali dlm 10 minit. Kira kerap dah. Ayat "nak bersalin dah" tu aku dengar byk kali. Sampai satu masa ni bidan cek dia kata skit lagi..9.5cm camtu. Tapi kepala masih tinggi. Tak turun lagi. Ate mengiring le sana sini Cembam nk kasi buka habis dan turun pale anak tu.

Masa ni dh tense skit sebab epidural dah nak abes. Tggl skit je. Bidan plak tiap sorang, tiap misi lain2 pandangan. Ada yang kata pasal air selusuh. Patutnya bila 9cm camtu baru minum. Aku plak pi buat and minum start week 36 lagi. Sebab depa kata selusuh ni buat kita rasa sakit atau nk cepat bersalin, tapi masalahnya bawah tak bukak. Cumanya Cembam memang tak pernah sakit pn sebelum ni.

Adik aku plak kata dia dulu start 6cm tu rasa sakit meraung2 sampai rasa nk kerobek muka laki dia. Jadi sebab Epidural ni mmg cool je la Cembam. Alhamdulillah. Aku amek keputusan tepat la utk pakai. Dalam pukul 5.30, epidural habes!!!!!! Muka Cembam dah cuak. Misi yang masuk kata bila call, doktor tu kata takyah bagi sebab effect kat baby plak kalau overdose. Jadi? 


Tunggu entri next la..aku ngantuk la nak tido..nak jaga Xiyad plak malam ni kan..Aku tak rasa dia akan nangis raung2..tapi kalau terjaga walau tak nangis aku nak suh Cembam susukan juga la. So far Xiyad mmg cool je. Bayi lain raung2, dia nangis skit2 then senyap..

Tggu next entri ek..panjang sangat pn kang tak terbaca kome.

Comments

Pocket said…
congrats!!
congrats!!
congrats!!

hehehe, sila taruk gambar baby xiyad yer lepas nih :)
Durrani Zamri said…
xsabar tunggu next entri..hehe..
xiyad jadi anak yg baik, xmau meraung2...hehe
Erina Asmawani said…
oo..cembam amik epidural eh..ade bace kalo ibu amik amik epidural mmg x rasa contraction n sakit segala, tau2 bukaan da besar..byk membantu jugak. aaaa..excited aku ni. cepat sambung!

baby xiyad comey2..
adie said…
detik-detik dlm labour room tu mmg detik yg mencemaskan.kena bersedia mental dan fizikal tuk buat keputusan serta merta.

syukurlah seme dah selamat. Tahniah buat korang berdua yer..
Masy said…
kompem klu aku beranak sok guna epidural ni. aku lg laa x tahan sakit. sakit manje2 je tahan, sakit over2 ni mintak maappp huhuh

sambung2
zonaku said…
walau aku byk kali dgr cerita dr pihak doktor, nurse n adik & kawan2 y bersalin........


aku tetap cuak nak baca... harus jugak aku book epidural awal2 nanti..



cepat la sambung entry.........
~mrs azmi~ said…
syukur semua dah selamat...

tahniah utk kamu berdua
zella y said…
alhamdulillah...congrats to both of u..... ;)

eh..cpt sambung cite...sj je tau bg aku tertunggu2... ;)
lyana said…
congrats weiiii

cembam pantang katne??

haruskahhhh cerita detail psal cek bukaan tu hahaha itu adlh lagi sakit dari meneran kuar baby okey noktah

*trauma*
HEMY said…
pocket..hang tak add aku fb, jadi kena tunggu next entri

Bit zamri..tu lah..dia nk jadi anak baik le tu

Erina, it's an option 4 u=]

penyu..tulah..kena wat keputusan yg terbaik harapnya utk baby and mummy

masy and zonaku..cuak ttp akan cuak walau pakai epidural..eheheheh

mrs azmi..thanks

zellay, hehehe..thanks n tungguuuu

lyana...citer utk share pglmn ngn readers and as my journal gak..hehehehe
lyana said…
haha betul2..anul, cembam pantang kt tganu ke sini?
Aima Othman said…
wuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..aku mcm dah rasa cemas juge ni.

congrats!!!!
tahniahhh...

perghh dah jadi bapak hang nowh...

kih3...

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...

Pantai Seberang Takir. Pengalaman Pukat Tarik

Pantai Seberang Takir is just one infamous beach that has been 'tambak' to prevent big flood and the safety of the houses along it. My Atok in-law's house is one of those many houses. Everytime I paid a visit to my in-laws, Atok's house is a must. Sometimes we didn't really do anything particular and just sitting by the beach enjoying the breeze and the salty taste of the air. Nurin and her sisters and Haikal dipping in the water. (Can you guys feel the mood of this picture. What do you guys feel when you look at this photo. Plz help me by giving feedback as I want to step a level higher in photography by taking photos that inspire people..thanks) Right after the Yebbit with Nurin and plucking the mangoes, we went to the beach. I brought the kain pelekat, my short and my towel as I intended to have a dip. But at the end I just take photos and ate the keropok lekor. Berlari ke laut (running towards the sea). But that evening was a bit special. I had a nice fi...