Skip to main content

Ceritera Raya 2011 - bahagian 3

Hu..baru ada masa nk nyambung entri..weekend dok beraya umah kawan2 penat. Seharian..takde la byk pn umah..tp jauh2. Bukit Jelutong, Puncak Perdana, Kampung Jawa..haaa...sampai pening kepala sebab tahan ngantuk drive balik tu perut kenyang.

Wokeh la yg tu cerita kendian time boring kat opis. Malam camni kat umah kenalah entri bergambar. So aku sambung je lah ceritera raya2011 aku ni yeh.

Raya pertama tu lepas bersalaman kami ke rumah makcik, adik mak. Sebenarnya malam nye tu ada tahlil, tp mak suh gi gak pagi sebab takut nenek tknak stay lama2 and malam tu kot nenek dah takde. Ate kami follow je lah. Smpi umah makcik tu ada 4 org gak adik beradik mak dalam umah tu. Meriah..ramai sepupu2 kecik aku. Anak buah plak lagi. Memang meriah le..

Tahun ni punya duit raya mmg leh kata perabih le bagi sebab diorg sume ada sini. Tahun lepas tak ramai sangat dapat jumpa, so duit raya pn banyak balance. Tapi kali ni sume sepupu and anak buah ada, dapat le bersedekah dengan lebih berjaya.

IMG_8491

Ni la nenek belah mak aku. Heee..masa kecik dulu aku siap blaja isap rokok daun dari nenek. Bwahaahaahhaa.

Raya 2011

Us with nenek. Nak wat camne tanga lain amek gambar..blur pn takpe la..asalkan ada kenangan tu..ehehehe

raya2011

Top left - Yang menjadi perhatian tentulah anak kak wa si Nureen tu. Yelah, lama tak jumpa kakwa..anak omputih plak tu kan. Hehehehe.

Top right - My youngest sister ngan abang Osman. Hehehe. Dari datang, dia dok kat situ behave then makan apa yg org hidang..bagus abang Osman ni..hehehehe

Bottom left - kuarga adik aku..hehehe..Nahdan pn tak kurang hebat dapat perhatian..hehehe

Bottom right - Tgok abang ipar aku duduk..sopan je bersandar kat dinding sambil jamah kacang..hehehehe

IMG_8499

Kak Wa and nenek. Ada la tu keletah si Nureen tu yang buat diorang tersengeh tu

IMG_8522

Ni makcik paling bongsu. Dok kat Sabak Bernam gak. Umah tempat rally kali ni umah makcik ni le...


Paman Baidi dari Penang pn tak melepaskan peluang bergambar ngn baby celebrity
Lepas lepak2 lama gak kat sini kami pn teruskan plan beraya umah atok belah abah. Tapi dlm perjalanan adik aku call kata kena balik umah. Si Nahdan dh meragam. Nureen pn sama. Maka balik le kami. Tapi try cari buaian utk si Nureen tu dulu, tak jumpa. Upanya smpi je umah abah nye seketa tak smpi lagi. Sebab cari buaian gak. Lena Nureen tido dapat buaian. Siap nk beli bawak balik Ausie lepas ni.

Balik lepak baring2..then tido, then bangun kejap sebab ada orang datang beraya termasuk geng2 bujang kampung aku tu. Mak aku sediakan gelas kecik2 je raya kali ni. Kira macam yampui geng2 cina minum sekali teguk tu. Ekekeke. Tp mudah gak cawan camtu. Kalau org haus sangat je la leceh tuang banyak kali.

Dalam kul 6 baru la dapat gerak beraya plak disebabkan org datang dan menunggu dua anak buah aku ni ready..huu..camni le raya ada anak kecik kan. Kami singgah mana yang sempat sebab pas maghrib nak ke umah makcik plak tahlil. Skali terus pergi la. Aku ngn tak mandi je. Terpaksa la follow plan kan.

IMG_8526

Sambil menunggu anak2 buah tu siap dan ready utk beraya kami wat le pre-parents photography..ekekeke. Tp sebab perut cembam tak besar mana..tak feel sangat le gambar ni yeee

IMG_8528

IMG_8538

Nahdan with us. "Lu pehal usha pakcik gua yang kacak ni? Lu langsi lu mati!!! Mari la berapa orang pn..wa libas dengan walker wa lu orang kubur pergi!!!"

raya2011a

So tahlil dan semayang jemaah diimamkan oleh wak Sarwani, abang mak paling sulung. Lepas abeh tu makan besar. Memang lucu le bila pakcik2 aku yang tak sekolah ni cuba cakap english. Bwahahahaahha!!! Abang Osman ni plak jenis tk pandai menolak. Baru je abih pinggan dia, pakcik aku sorang dok letak ayam plak "eat...eat!!" pastu gelak kuat-kuat ramai2!! Gelakkan pakcik aku tu le speaking..bwahahahaha!!!

Tp abang Osman terasa hati skit. Dia ingat pakcik2 ni pedajai dia. "they were making fun of me" katanya kat kakak aku. Tapi kami pn cepat2 explain pasal gelak tu. "Osman, they were laughing at themselves. They sound ridiculous when they try to speak english. That's why they laugh so hard everytime they tried to talk to you!!". Then abang Osman faham le.

Tapi yang paling best skali bila pakcik2 aku ni dok tergagap2..dok tertanya sepupu aku pisau apa in english dan macam2 words lagi..tiba2 bapak aku mencelah "Osman...smoke?" sambil wat isyarat smoke. Sume terdiam....then aku bersuara lantang.."haaa..paman....tgok wa punya bapak terrer english maaa..ajak isap rokok maaa!!!". Bwhahahahahahaah!!!! memang lucu gileee

Ekekeke..gitu le cerita raya pertama yang tak banyak mana berjalan. Tapi syok sebab ramai2 ada kan. Heee

Comments

zonaku said…
cantik la baju cembam....


abg osman ko x blh BM ker? br senang dia nk gelak ketawa. x byk, sepatah dua mende simple cukup la...
wah...dasatnya pak hang, ajak menantu isap rokok...ke itu je perkataan english yg dia bleh sebut? :P ekekekeke comel plak..
HEMY said…
ada dia leh ckp simple2..tp ibarat ko leh ckp cina simple2 la..haa..gitule

fiza, hehehe..mak aku mmg dh lagi terrer dh speaking skang
Masy said…
TANGA pun bole ye

mmg perut cembam kecit je, klu x ckp dh 7 bln mmg le tatau eheeheh. takpelah kecit pun janji sehat ye tak.

sian abg semang dok pahang.. takpe lelama sok paham lettewwww.. hehehhehe
HEMY said…
tulah..kena slow2 la kuasai bm..heheh
k.e.r.i. said…
pesen belang-belang jugak korang tahun ni.

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga