Aku sedang mandi di bilik air luar mahu solat bersiap sedia untuk solat subuh. Bilik air tu tak berdinding. Kira macam mandi bawah air paip luar rumah. Sedang aku mandi, dari jauh ada satu kelibat berjalan perlahan ke arah aku. Mulanya tidak dapat dikenalpasti siapa gerangannya, tapi semakin hampir, tubuh kecil rendah tadi semakin jelas empunya nya.
"Atok!!!!"
Arwah atok aku berjalan perlahan dengan senyuman tua lemahnya yang ku rindu. Dengan baju kemeja lengan pendek kotak2 kuning hijau berseluar khakis, atok hanya tersenyum tanpa menjawab.
"oh takpe la atok nak lawat saya". ketika ni aku sudah pn membaca al-fatihah utk disampaikan pada arwahnya. Aku sedar atok sebenarnya sudah tiada. Tapi di kesempatan itu, walau dalam mimpi..aku masih mahu berbual dengannya.
Aku tak dapat menahan diri dari bertanya. Walau agak sebak aku tetap tanya kan pada atok.
"Tok, bila kita mati..macam mana cara tuhan terima kita?". Soal ku berkias mahu bertanya andai atok ditempatkan di kalangan mereka yang menerima rahmat atau tidak.
Akan tetapi tiba2 atok tiada lagi di sebelah aku, tapi bertukar menjadi kakak aku.
"Kak Wa mulanya sembahyang macam biasa, berdoa macam biasa sampai satu masa ni kak wa dapat rasa kan kasih sebenar dan rasa cinta sebenar pada ilahi"
"Pada petang 1 Ramadhan akan muncul satu portal waktu berbentuk bulat"
Ketika ini aku dapat lihat portal tersebut mula muncul perlahan-lahan. Ia bergerak perlahan turun dan bulatan itu seakan2 men'circle' satu bahagian dahan sebatang pokok. Bahagian dahan tadi seakan di cut n paste oleh bulatan portal waktu tadi dan jatuh di hadapan aku.
"Untuk siapa dahan ni?", tanya aku.
"Untuk dibuat hantaran...dari tuhan yang maha ESA". Aku tergamam tak tau nak buat apa. Tiba-tiba abah berlalu kuar dari masjid. Aku berada di laman masjid rupanya. Abah bertanya apa aku buat di situ dan tidak masuk sembahyang bersama. Kak Wa sudah menghilang di saat ini. Abah terus berjalan pulang.
Tetapi bila abah sampai di rumah dan menguak pintu untuk masuk ke dalam, aku sudah pn berteleku di dalam. Abah terpinga-pinga melihat aku ang tiba-tiba sudah berada di rumah. Mak muncul dari bilik. Abah terus mendapatkan mak.
"Aku tak nampak dia dalam masjid, mana dia pergi..dia merokok barangkali"
Tapi aku buat tak tau je..aku cuma bgtu ahli keluarga aku yang Kak Wa kirim salam.
Aku decided nak share mimpi2 yang aku dapat. Kawan aku tgok dokumentari, ada certain orang yang boleh ramal future dari mimpi dan orang tu jot down setiap satu mimpi nye sedetail mungkin. Manalah tahu kan...=]
Comments
yang dok sembang rabung macam masa idup tu mungkin 'tak betul'
beb!! sila sediakan buku nota dan alan menulis disebelah bantal :D
untuk menulis mimpi mimpi sedetail mungkin :D
masy, heee...