Macam2 jalan nak ke Sabak Bernam skang

>> Monday, August 15, 2011

Fuh...baru sampai dari kampung. Tangan aku rasa kebas2 skit dek aircond keta. Yelah, aircond tu betul2 kat bhgian tangan dia nye position. Yang belah kanan aku off, tp yang tengah tu takleh off. Aku arahkan ke Cembam je. Tp angin sejuk dia masih rasa kat tangan. Tu yg kali ni balik kampung aku pakai glove noks!! Macam berlumba la plak. Padahal keta standard tanpa aksesori secolet pn. Tp ok la. Hasil dia aku tak rasa frostbite kat jari2 tangan ni.

Ada bermacam2 option laluan dh skang ni nak balik Sabak Bernam. Macam2 highway ko boleh lalu. Plus boleh, Federal boleh, North-South boleh, MRR2 boleh and paling terkni, LATAR. Tadi aku balik lalu Ijok setelah 3 kali berturut2 balik kampung aku lalu S.Alam-Meru-Kapar lalu Setia Alam. Memang dekat lalu sini. Tapi sebab aku dari Bangi, perjalanan dari Bangi ke S.Alam tu pn dh around 20 minutes (trafik lancar). Kalau lalau SKVE tol berlambak2 plak. Jadi tinggal nk bayar tol, atau nak gamble harap jalan biasa lancar. Gitu le.

Tapi malam ni try lalu Ijok balik. Kat simpang nk masuk Assam Jawa tu aku tgok berderet keta masuk. Dalam hati dah nk maki dah. "Apahal plak time aku nk lalu sini la banyak keta". Rasa nak patah balik lalu Kapar je bila tgok tadi tak banyak keta straight ke sana. Tapi teruskan gak lalu Ijok sbb nawaitu mmg nk lalu situ usha jalan gak tgok apa perubahan yg ada.

Dan jawapannya, LATAR. Banyak keta masuk situ sebab diorg leh masuk Highway LATAR dari situ. Hmmm..patutlah. Aku terasa nak masuk gak tadi. Tapi sebab aku dah lalu kiri (masuk highway ada queue belah kanan), maka aku teruskan jugalah. And I found out ada 2 susur masuk LATAR jalan K.Selangor-Sungai Buloh tu skang. Hmmm..Option yang menarik kalau jem pasni.

Dulu mmg suka lalu Ijok lagi sebab ada satu jalan lurus ni walaupun satu lane, tapi leh speed. Dari Kapar mmg la 2-lane, satu sebab nak masuk Federal pn dah satu hal jem dan tol, and lagi satu sebab aku jarang lalu situ dulu ialah Speed Trap. Malam ok la nak lalu..Tapi jalan Klang-T.Intan tu dh makin teruk. Beralun2, rekah2. Aku ni dh la bawak mak buyung...memang la nak kena hati2..tapi dalam masa yang sama nk cepat sampai gak sebab Cembam tak selesa sangat dh dalam keta. Dia plak jenis tak lena tidur dalam keta tu. Jadi antara dilema la antara speeding dan hati2. Bukan la makna speeding tu reckless. Tapi malam kan, jadi jalan tu berlekok apa sume tu lambat skit nampak. Jadi memang once in a while menunggang kuda gak la.

Ni tadi lalu MRR2 pn sakit hati gak. MRR2 ni terkenal ngn pemandu yg lahanat suka drive lane plg kanan tp slow. Memang normal pemandangan. Tapi lagi kerap kalau ko lalu MRR2. Lane ketiga n paling kiri tu kadang kosong sebab masing2 bajet nak laju amek lane tengah n paling kanan. Tadi je aku rasa 3-4 kali aku amek kiri skali n boleh speed 140. Memang kat MRR2 ni kena cilok2 tukar lane kerap skit sebab natang2 gampang lane paling kanan ni.

Aku dok tgok Cembam mata pejam tak pejam rengek2 tepi tu dh tau la tak selesa sangat. Nak speed lebih2 pn kena gila2 nye careful sebab Cembam tak selesa nk pakai seatbelt. Kot apa2 emergency aku dlm kepala mmg dh set tekan brek kaw2, tangan kanan maneuver, tangan kiri hold dia sebagai ganti seat-belt. Huhu...Kena pk awal, so tak panik.

Lepas abeh mencelah, jem kat Tg Karang dan Sekinchan, aku smpi la Bangi ni after 2jam 40 minit. Huhuhu...Tengah terang mata sebab minum nescafe 2 tin dalam keta.


6 comments:

Erina Asmawani August 15, 2011 at 12:35 PM  

aku penah g tanjung karang guna LATAR, amat sekejap n x banyak kete..pelik nape ramai x lalu LATAR nih..padahal senang

hamzah ian August 15, 2011 at 11:46 PM  

tak pernah g sabak bernam lg.. hehe

Pocket August 16, 2011 at 2:04 PM  

sabak bernam tu pun pocket tak tahu kat maner heheheh,
tapi memandu tu berhati hati beb,
kata orang 'Speed Kills'

Anonymous,  May 25, 2012 at 11:51 AM  

Dr KL, jalan mane kalo nak guna latar?? let say from Jalan Raja Laut... Thanks

Anonymous,  October 23, 2013 at 1:35 PM  

slm bro/sis sume...
kwn nk ke ILDAS sabak dari bangi wiken ni...
dari bangi ikut hgway mana yg senang dan pantas...
mohon juga detail route... tq sume...

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP