Aku dan Cembam, entah bagaimana ceritanya dan macam mana prosesnya..tau-tau kami tengah duduk atas kerusi masing-masing untuk menghadiri sessi pembelajaran kami. Ye, kami sambung belajar melalui sebuah tajaan kerajaan. Dan hari itu Datin Sri Rosmah datang menjenguk kelas kami.
Sedang asyik dok kat kelas tu tau-tau Datin Sri Rosmah ada tepi aku dan menegur aku;
"Tu gelang kaki tu apsal lelaki pn pakai? Gelang kaki sapa?"
Aku tengok kaki kanan aku ada gelang kaki. Dem!!! Ni gelang kaki bini aku ni. Camne aku leh pakai plak. What the heck~~~ Aku jeling Cembam yang duduk tak jauh dari aku.
"Errr...ni gelang kaki tipu je Datin Sri"
Aku bagi alasan kerana aku takut nak bagitau gelang kaki tu bini aku punye. Takut aku dikira langgar kontrak sebab kelas tajaan tu hanya untuk orang yang tak berkahwin lagi. Maka tu je ayat terbaik aku nk bagi reason.
"Ooo..jadi ni gelang palsu la ni", Datin Sri memegang gelang kaki aku tetiba.
"Saya putuskan je la ye", Datin Sri terus menyentap gelang kaki aku tu..putus sudah. Huuuuu~~~
Masa tu aku sedih dia putuskan gelang kaki tu. Cembam datang mendapatkan aku. "Eh..nape putus?". Cembam tanya bila tengok gelang kaki beliau putus.
"Ni gelang kaki awak ke?", tanya Datin Sri bila Cembam bertanyakan pasal gelang tu.
"Haah"
"Laaa..tadi dia ni kata gelang palsu je"
Masa tu baru aku berterus terang. "Saya takut nak ngaku tu gelang kaki wife saya, sebab takut digugurkan dari kelas ni".
"Takpelah camtu..saya betulkan balik. Berapa ni kalau nk betulkan balik? Dia leh sambung balik kan kalau anta kedai. Patri balik guna emas dia"
"Hmm..boleh kot, penah je sambung balik..kena dalam RM50"
"Tapi takpe..saya leh betulkan balik ni", Datin Sri terus amek tukul yang ntah dari mana muncul. Dia letak gelang tadi atas meja dan mula ketuk-ketuk untuk betulkan dan sambungkan balik gelang kaki tadi. Aku tgok kan je Datin Sri bertukang betulkan gelang kaki aku tu.
"Okeh dah siap", kata Datin Sri lepas beberapa ketika. Tp entah camne, awalnye betulkan gelang kaki..tp yang aku nampak lepas tu meja lekuk2 pecah je. Ntah mana pergi gelang kaki tu.
Then aku menggeliat dan bangun tido lepas Cembam kata "gi dulu" sambil cium pipi aku kiri kanan. Haish..satu lagi mimpi mainan tidur...=]. Bertanggungjawab Datin Sri ni. Sanggup betulkan sendiri. Tengs yee.
Comments
sebbek aku xtertipussss