Skip to main content

Perjuangan Bangkit dari Tidur. Antara Realiti dan Alam Mimpi

Korang pernah tak terasa satu tahap tidur yang mana akal korang sebenarnya nak bangun, ada benda penting nak buat, contohnya nak semayang, nak keluar atau apa sajalah. Tapi korang masih tidur dan cuba bangun utk buat benda yg sepatutnya korang buat tu. Pernah tak?

Aku banyak kali. Dalam entri Penang Memuah trip pn aku ada kongsi camne akal aku nak berenang swimming pool, tp roh tak masuk2 jasad dan tak bangkit2 dari tidur. Pagi tadi aku kena lagi.

Aku plan nak ke JPJ wangsa maju nak settlekan tukar nama moto Wardina aku tu dengan kawan aku. Bangun pas smyg aku lepak sofa terus. Kul 7 lebey kalu kuar awal sangat. Aku time henpon kul 7.30. Tp terlajak smpi 7.45. Kawan aku meseg kata dia masuk opis dulu. Aku balas OK n nak bersiap2 lah ni. Sekali tertido lagi smpi 8.30 camtu. And bila terjaga tengah ujan. Aku meseg member aku, sana mendung. Aku terpaksa batalkan niat. Keta adik ipar aku pakai, niat mmg nak nek moto. Tak terpk nk pakai keta adik ipar aku ke sana. Member aku kata OK la, kita gi esok.

So aku tido balik..ujan. Aku meseg kul 7 colleague aku kata half day yakni kul 2 masuk sbb nk uruskan tukar nama ni. Nk meseg balik tak jadi, tak dapek sebab ujan best sangat tido balik. Memang aku akan tunggu reda ujan baru gi opis. Nek keta parking jauh. Malas la aku. So tido balik.



Bila terjaga2 skit tgok jam 9.30 tu hati rasa nak gi keje, tapi ujan lagi..tido lagi. Bila terjaga skit kul 10, masih ujan..aku nye akal dan niat "ah..pakai la baju ujan gi keje". Alaa..aku bukan tknak pakai baju ujan..leceh. Kalau balik keja tkpe. Ni gi keje..malas rasa. Kena plak mode minimum effort ni kan. Huhu.

So bila dh 10 lebey nekad la nak bangun..tp di situ la bermulanya perjuangan aku. Aku bangun2, capai tuala..baru nak mandi ntah macamana kumpulan KECIL Raja Lawak ada dalam rumah aku. Aku blur kejap apahalnya korang kat sini. Then tau2 aku masih tidur rupanya. Tapi masih fasa terjaga tidur dalam mimpi.

Aku usaha lagi, aku bangun..pergi ke bilik mandi..mandi. Walaupun ada niat kalau terlambat tknak mandi sebab kononnya aku mandi lewat malam dah, aku terpaksa mandi sebab takut tertido. Dah tadi sekali dah kan mimpi bangun tido. AKu pn mandi la..sejuk..haishh..kompem dunia sebenar ni. Tapi bila aku kuar2, aik? Atas sofa lg..aku masih tido daaaa...DEM!!!!  2 kali dah ni.

Aku cuba lagi bangun..bangun-bangun rumah aku rupa lain je. Aku ke bilik mandi, pun lain macam je bilik mandi aku ni. ARGHHHHHH!!! Aku masih bermimpi rupanya. Tau2 atas sofa lagi!!! Aku cuba lagi...

Kali ni aku cuba sedaya upaya nak bukak kelopak mata aku. Aku baca ayat kursi nak kasi halau ini saitan2 duduk atas kelopak mata aku dengan bontot batu belah batu bertangkup lah. Aku baca2 tu tiba2 mak aku sound da...

"Abang..kamu nak baca ayat kursi bukan masa ni je..masa nk bangun tido. Kamu kena percaya pada Allah setiap masa..bukan time ni je"

DEM!!! Apahal mak aku sound aku camtu? Macam la aku tak caya tuhan. Eh? Jap..apahal mak aku ada sini? DEMMMMMMitttyalllll..aku mimpi lagi!!!!! Arghh!!! Aku cuba lagi..cuba lagi. Bila dh 3 kali mimpi dalam mimpi..aku cakap pada diri aku. 

"Ok..kali ni bangun je dari sofa ni, aku nak letak tangan atas kepala, jambak rambut aku skit..ni maknanya aku tak mimpi"

So sedaya upaya aku bangun...buka kelopak mata dan terus ingat guide yang aku niatkan tadi. AKu terus jambak rambut aku dengan tangan. "okeh..ni dunia nyata". Aku pn dok pegang rambut aku tu sambil pergi ke bilik air. Eh, bilik air aku lain plak. Apsal luassss je bilik air aku ni??? DEMMMMM!!!! Mimpi lagi rupanya..aku masih tido laaaaa!!! Argh tensennn!!!

Last2 aku terjaga bila bunyi meseg henpon aku Cembam reply meseg aku kata tak jadi gi ujan. Fuihhh~~~~ akhirnya setelah berhempas pulas..aku bangun dan kembali ke alam nyata. Aku gi mandi mmg sejukkkkk..kompem dunia nyata lah ni. Aku siap2 amek helmet, windbreaker dan gi keje. Masih lagi ujan skit2 terpaksa berenti bawah jejantas pakai baju ujan. Haishhh..pakai baju ujan gak akhirnya.

Sampai kat opis aku bgtu TL aku tak jadi gi..esok aku kata. Nak balik tadi baru aku citer perjuangan aku. Siyes wallahi..wa tak buat2 citer ni Man...betul man..aku berjuang nak gi keje!!! tapi, balasan yg kita dapat..increment skit gile~~~~~ bonus 3%? sedeyyyyy

Comments

Masy said…
mak aaihhhhh mcm nk rak perjuangannye tu laa adoinye pon!
Syah Shah said…
ttu diaa... aku pun kalau jadi mimpi dalam mimpi cenggitu tak penah la pulak sampai berkali kali kali kali cenggitu... ni spesies tido tak baca doa le nih... hahahahah :P :P :P
Erina Asmawani said…
Ok penah gak jugak rasa tapi takdelah sampai berkali2 cam ko ni..

aku contoh cam nak terkucil,dalam mimpi siap dah pergi toilet nak terkucil..tapi sedar2 lg sipi2 je nak terkucil dalam suar. Hahahah.

Jambak tu pae?
Anonymous said…
increment skit gila? bonus 3%? biar betul???.. sabar je la..
HEMY said…
mmg hebat perjuangan aku weh..

ko tak nampak aku baca doa siap dalam mimpi tu syahshah?tp kena sounddddd
zonaku said…
seb bek ko x kencing kan..... jenuh la satu rumah bau hancing karang...


kadang2 mmg sgt susah kan nk keluar dr mimpi. sila bertabah!
HEMY said…
yg kencing tu masa kecik sll le..ahahaha
KTS said…
soalan aku:

apa yg ko buat malam tadi smpi susah benar nak bangun??



err.. ok. takyah jawab

:P
Syah Shah said…
itu doa dalam mimpi... ini aku cakap doa sebelum tido... kan lain tu... hahahahah :P :P
Anonymous said…
kalau pengalaman ko ni jadi idea movie... blh siap satu citer... tp kena tambah macm2 ah

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga