Penang Memuah Trip - Pulau Aman, Umah Zonaku, Nasi Kandar Line Clear

>> Thursday, June 23, 2011

Pagi hari kedua. Aku memang niat nak mandi pool pagi tu. Tapi takdela lepas subuh cam budak2 ni. Tapi kebiasaan aku yang tido pas subuh melawan lumrah kehidupan pagi aku. Jadinya kalau kome nk tau..aku 'pergi' pool tu smpi 4 kali. 

Yang dua kali tu aku tak ingat sangat. Tapi yang satu tu, Keri kejut ajak gi pool tu. So aku pn pergi. Bila turun pool tu siap ada lane macam olimpik tu haa..ramai orang. Siap pakai swimming cap apa bagai. Then aku pn berenang le...dengan seronoknya. Aku berenang kuak dada dengan indah sebelum sorang awek ni tegur aku.

"bang..abang takleh wat gaya bebas ke? Saya punya bapak leh wat gaya bebas bang..(sambil tunjuk bapak dia berenang gaya bebas)".

Bapak dia buncit tp memang terrer la berenang. Then aku cakap kat awek tu yg aku pun buleh berenang bebas. Maka aku pun terjun dan berenang gaya bebas..sangat laju smpi aku dah macam bot..terapung2 atas air instead of badan aku dlm air. 

"wow..bapak laju aku berenang!!!"

Tu last session ketiga aku ingat sebelum aku terbangun. Aku tgok luar keri baru masuk kolam. Aku dok tepuk2 pipi nak pastikan aku memang dah terjaga. Tukar suar aku pn turun..sejuk2 tu aku masih takut nak percaya aku di alam nyata dan bukan bermimpi lagi. Yelah kan, yang 3 sessi tu rupanya mimpi je. Tak ke ko sakit hati..?? Ahahaha!! Roh je berenang upanya. 

Bila aku start berenang kuak dada tu n tak laju...cam susah, akhirnya aku convinced yang memang alam nyata. Sebab alam nyata aku tak terrer sangat berenang. Ahahahahaah!!! Kul 9 baru naik atas siap2 dan kuar!!! Ke Pulau Aman!!!


Tinggal tunggu Cembam je nih. Ada byk aksi gambar ni. Tp kalau aku haplod satu lagi yg mana keri wat senaman rimau bangun pagi..takut Jard horny plak. Elok2 FB kena blok sebab gelak meroyan, ni kang berdengus2 horny tengok gambar ate bos dia ban pakai pc. Dah wat kerja ngn mesin taip kang. Jadi ni je la yg decent utk dipaparkan. Mwahahahaahahaha!!!!!

IMG_7826 

Haa..yang ni takpe. Haa..comel kan si keri ni? Rasa nak taji ngn tumit je tengok gambar ni...alalalaalla!!! Debish!!! Debish!!!

Amek AbeMayMay kat Petronas, kami bergerak ke Jeti nak ke Pulau Aman. Lalu jambatan Penang. Bella n Keri pes time lalu jambatan tu. Sampai2 je budak2 ni terus terjah gerai jual badge and souvenir. Nak semadikan kenangan Penang Trip Memuah ni dalam bentuk badge. Bot tkyah nak tunggu-tunggu sebab memang sll ada.


Top left : Depa tengah karang camne nak letak nama-nama kami semua dalam badge tu.
Top right : Beli air jagung, air tebu n jagung cup yang sangat sedap utk bekalan berjalan2 dalam Pulau Aman tu. 
Bottom left : gaya ninja kacak. 
Bottom right : on the way nak ke Pulau Aman.

aku

Mekasih pada keri utk gambar ni. Terserlah keperwiraan ku!!! 

IMG_7842


Inilah jetinya dengan Keri sebagai Tugu yang mengalu-alu kan kedatangan anda semua.


Lepas smpi kami round2, tengok peta pulau tu, kedai yang ada. Then ada sekolah gak kat situ. Tp malas la nk aplod gambar yang tu. Then kami terus cari Restoran Mee Udang - Restoran Terapung Pulau Aman yang mahsyur dan satu2nya yang ada kat situ. Huhu. Memang utk makan tengahari terus lah kira. Aku masuk lmbt skit sebab amek gambar bawah ni haa..resort kat disediakan kat sini kot nak bermalam kat sini.

c9

Amek gambar kat dinding sekolah je la..Hehehe.

IMG_7860a

Sampai2 Erina tengah wat muka chucky sebab bengkek ngan pakcik tu. Hehehe. Takpe la. Jadi pengajaran camne nak layan customer so ABC Fradoo akan jadi lebih hebat lepas ni.

c7

Top left : Cembam makan jagung cup yang kami beli. Terpejam2 kesedapan  haa dia layan sementara tunggu mee udang. Aku ngn Erina amek special. RM10 rega. Yang besa RM6. AKu mulanya taknak order air sebab ada tebu n jagung, sekali dh tak best sangat..tengok plak teh ais org len cam best, order terus teh ais.

us

Thanks to err..Erina rasanya yang amek gambar ni. Makan punya makan dan akhirnya kami blah utk bagi orang lain yang dok tertunggu-tunggu meja kosong. Sekali rupanya AbeMayMay belanje. Hoyeah!!! Aku ngn Erina plg untung. Give me 5 Erina kata!!! Mekasih abeMayMay, semoga mudah jodoh dengan Montok yeee...Ahahahahahaha!!!!

IMG_7894

Kami meninggalkan Pulau Aman lepas kenyang mee udang. Kat sini aku try payung aku terbalik kena angin, sekali dengan Jard pn polo skali. Ahahahaha!!! Tp kami kena duduk2 dulu sebab badge tak siap lagi masa tu. Sempat la urut kaki Cembam yg dah mula sembab, tambah plak berjalan byk. Tapi takpe bagus utk kandungan. Hehehe.

Smbil tunggu ni Jard ada suap masy makan apa ntah tak ingat. Terus kuar perumpamaan kat Jard. "Amboi Jard, beruk di hutan disusukan..." tak sempat aku nak sambung Masy dh tahan mulut nak tersembur. Aku ngan Masy ni kalau berlawak cepat je masing2 paham. Lepas dapat telan Masy balas "nak kata aku beruk la tu!!!" Ahahahaha!!

Kat sini gak aku belajar pasal Babi berkelajuan tinggi. Ntah camne leh smpi part tu. Upanya Masy cakap Babi berkolagen tinggi. Aku plak siap bagi contoh. "Babi berkelajuan tinggi? jenis leh potong teksi la ni?" Ahahahahaha!!! Zonaku lagi kelaut..tak ingat apa dia dengar. AbeMayMay kena blah dulu sebab ada benda nak buat. 
Lepas pada tu kami naik feri utk ke umah Zona. Lagi cepat naik jambatan, tapi masing2 nak rasa naik feri. Bella n Keri sekali lagi dapat pengalaman pertama dalam idup depa naik feri. Aku tak kuar van pn masa atas feri tu. Bella n Jard pn tak kuar. Sapa lagi tak kuar tak ingat. Aku tido je dlm ekon van tu. Ye le..aku drebar..kena tido la time2 chance camni. Depa bila2 masa leh nap kejap. Ate kang aku tertido dreba udah mati semua. Ahahahaha!!! 

Smpi umah zona aku terus petik je rambutan yg ada terjurai2 tu. Gerem aku. Masuk kenal2 ngn kuarga zona, terus blasah rambutan n durian. Banyak aku makan. Masalahnya pastu nk terkentut2 la beb!!!!

IMG_7900

Ni le umah zonaku yang ada pokok rambutan yang mmg best kalau ada kat umah aku je sendiri. Durian pun ada. Memang best ah!!! Free je makan. Tak jadi ke Balik Pulau. Tak berapa nk yakin pn bawak van tu ke Balik Pulau. Dengan breknya yang jahanam kena pijak kuat2..ahahahaha!!!

IMG_7905

Ntah camne plan nk makan nasi kandar malam tu dipercepatkan. Sebab dah dalam laluan kata Zonaku Nasi Kandar Line Clear tu. Tp sempat U-turn tgok Muzium Perang ni haa.. Mahal plak nak masuk. Ate tak jadi. Bergambor aje leeee. Hehehehe.


Ni dia Nasi Kandar Line Clear. Abang ipar aku citer line clear dapat nama sebab lorong tu dulu terbiar, jadi port orang beromen. Sorang jaga luar usha line kasi clear. Tu yg dapat nama tu. Tapi lain2 la plak citer. Ada aku kesah???

IMG_7915

Haa... tu dia. Masa ni aku kat blkg keri sbgai saksi Keri mintak kepak tak dapat. Masalahnya memang maca tu bagi part dada yang berkepak. Haa...mintak kepak nak dada kata perumpamaan. Tu pn mau emo si keri ni. Ngan sesama sedara pn nak emo. Ahahahahahaha!!!!!

IMG_7917

Aku makan beriyani. Sambil makan kat sini ada pemuzik jalanan main seruling dan gitar. Best gak suara dia. Memang syok je layan sambil makan. Abeh makan masing2 bagi duit kat abang ni. Rezeki dia betul lah. Huhuhu!!!

Lepas makan kat LC Nasi Kandar ni,  bergegas pulang ke resort nak berenang. Pool tutup kul 7. Tapi sampai2 aku tak terjun pool sebab kakak ipar aku mai. Tu yang dapat citer asal usul LC tu. Aku tgok dari atas je kegirangan Jard berenang dan Keri yang menurunkan ilmu terjun pool pada Jard. Aku dapat tgok Jard terjun. Tak teruk sangat la. Ceplup gak la bunyi. Yang memang out betul tu jenis bunyi KEPPPAAARRRRR!!! dada landing dulu. Pedih siol. Kalau si Masy yang wat lompat camtu, mau tau2 boobs dia dah tersangkut atas kepala orang lain!!!! Ahahahahahahahahaha!!!!!

Lepas isyak, kami kuar makan lagi. Tapi ringan2. Mekasih pada zonaku dan yang lain2 kerna cuba mencari laksa sebab Cembam teringin plak nak makan. Tapi takde rezeki, laksa tak jual plak malam2 tempat kami pergi tu. Sambil tunggu Mooney Pakhrudin kata nak mai. Aku kenal gak si Mooney ni. Tp pestime jumpa. Kecik slim je orang nya. Tapi berderai hati ku mendengar dua berita malam tu.

Pes pasal Rizman, aduhh....pedeh melihat badge tu. Then citer Mooney pn tak lama lagi naik pelamin. Abeh potential candidate aku. Ahahahahaha!!!!! Sembang2 mcm kenal setahun dua dah. Sepol laki si Ezzati pn nice. Jenis pandai bersembang. Orang sabah juga upanya. Sama la kita orang sabak bahhhh!!!! 

Sebelum Mooney nk blah, kami sempat bergambar kenangan. Ntah bila lagi leh jumpa. Tapi memang fun habis dapat jumpa sekali sekala camni. Aku terharu juga sebab Kawan2 blog yang aku mula hargai dengan gelaran memuah tu akhirnya jadi satu geng yang kepala masing2 dh macam kawan sejati n leh gelak2, kutuk2, kena kutuk..memang best lah korang!!!

IMG_7925

memuah

Last batch tinggal gambar Hard Rock Hotel je. Mak oih kul 3.19 pagi sudah!!!! kalau ada typo kira nasib la. Aku nak habiskan entri je ni haa sambil cuba ingat balik idea sebenar masa tengah rilek pk pagi tadi. Ni dah pagi lain haaaa~~~~

17 comments:

Erina Asmawani June 23, 2011 at 7:51 AM  

kompem ko kena maki ngan Bella & Kak Masy pasni. Hahahahaha.

Eleh, bergaya sakan ngan payung ninja, tapi terbaik gak.Cam harem je bila teringat masa tu.Haha

Semua orang hepy2 je menikmati LC, keri sorang emo x puas ati ngan mamak tu. Sambil makan asek nak bebel je. Hahahaa.Kesian. Kesian. Mmg #dasarputnam

Pesal pic yg aku snap tu ko nampak gelap? bukan ko same cerah ngan Cembam ke?? Tipu tau.Saje je nak adik beradik ngan Keri jugak.Hoho

Erina Asmawani June 23, 2011 at 7:55 AM  

bukan tebaik tp terbalik.typo

Masy June 23, 2011 at 8:57 AM  

motip nama bella tinggal B je kt pic? hahahahaha

hoi sakit perot aku gelak. mujur xde org sgt kt opis arinie hahahaahahhaahah

ececeech kutuk aku x hagak!

❀aRaBeLLa❀ June 23, 2011 at 9:03 AM  

demmm nape kat nama aku ade B je..aku tau lah ko teringin nak panggil aku B kan..tapi jgn lah nak menunjuk sgt..ROFL..

dgn ini aku menyatakan sekali lagi aku dah pernah naik feri cuma 1st time naik jambatan pulau pinang..huhu

zonaku June 23, 2011 at 9:35 AM  

nanti sambung baca........

kang gelak kang, ada kena marah ngan bos ni

k.e.r.i. June 23, 2011 at 9:44 AM  

pembetulan.
aku pernah naik Jambatan Pulau Pinang sebelum ni.
naik feri je fertaim. hahaha.

kalau sedara dengan Line Clear, mesti lah aku mintak free. HAHAHAHA

Masy June 23, 2011 at 10:18 AM  

FERTAIM pun boleeeee

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr June 23, 2011 at 11:29 AM  

hahaha....

teruja beb baca....

rasa macam p sama walaupun hakikatnya tak p..

zonaku June 23, 2011 at 11:53 AM  

ok la tu, keri jakun ngan feri, bella ngan jambatan.. kira saling melengkapi la kannnn...........

durian tu korang mkn x byk pun... tapi dah itu jer yang ada.. kira rezeki la, aku cuak gak kot2 xder durian, nak naik balik pulau aku kureng yakin..

aku ingatkan babi BERKUALITI tinggi, tapi pelik sebab masy kata leh letak kat pipi. pe kes kualiti babi di check ngan letak kat pipi????

zonaku June 23, 2011 at 12:16 PM  

pembetulan..
SHELL bukan PETRONAS.


kat situ xder petronas pun

cik selamah kundang June 23, 2011 at 2:13 PM  

baru nak jual saham hemy dah tulis dah nak naik pelamin.hahaha.

btw,nice knowing semua.rasa mcm dah lama kenal ;p

HEMY June 23, 2011 at 2:29 PM  

mooney, kalau jual aku beli je saham tu..ahahahaha

GKSB, lenkali aku roger kau, leh join ah..hehehe

Jard The Great June 23, 2011 at 6:02 PM  

adakah kau nak kata dada aku rata? Haaaaaaaaaaaaaahhhhhhhh????????

aim-a June 23, 2011 at 10:05 PM  

adeh adeh adeh. aku gelak kuat2 baca entry ko neh.nasib baik kat umah.

keri tu mmg emo.hahahhhaha :P

HEMY June 24, 2011 at 12:52 AM  

taklah..aku cuma cakap dada masy lebih bahaya wat terjun landing dada wahai jard...

aku tak tau rata ke tak dada ko..cer tunjuk cer tunjuk

saza June 24, 2011 at 11:01 AM  

haaaaaaaa...kat cni rupanya gambarku yg jelas :) ..eh eh ko org sabah rupanya..asal ko x cakap sabah ehh ngan laki aku??hehe..

p/s: papepun nice knowing u all w'pon singkat sangat masa jmpa tu :) ..lenkali datang penang contact2 la...

-zati

saza June 24, 2011 at 11:02 AM  

nak amik gambo yerk tempek kt fb.. :)

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP