Skip to main content

Hari Bapa - Abahku Hero saya smpi bila-bila

Aku dapat my very first wish of 'Selamat Hari Bapa' dari Wafa masa kat airport tengah tunggu gate nak buka. Owh..malu siot sebab belum bapa sangat pun lagi. Tapi thanx ek. My very first one tu.


Abah aku nama panggilan di kampung Hashim, orang panggil Acim. Tapi entah camana ilang pulak surat beranak dia, dia gi amek surat beranak adik dia nama Yusof. Jadi lah nama abah Md Yusof. Orang dulu2 kan main rembat je sijil lahir kalau dah desperate. Akak dan abang abah aku lagi haru. Recently cek kad pengenalan lahir tahun sama!!! Dah tu pulak yang kakak tu lahir lagi lambat dari adik dia. Bapak ah camne leh jadi camtu..hahaha!!

Abah dilahirkan dengan pendengaran yg kekurangan. Masa aku kecik abah selalu cerita camne zaman kanak-kanak dan remaja beliau. Dia cerita masa sekolah rendah dulu, siap ada cikgu bercakap kat telinga dia guna buku yang digulung jadi hailer. Cikgu ke sapa la..tapi dia kena macam tu la. Dia kata dia nangis bila diperlakukan camtu.

4

Memori  rumah lama kami. Tikar biru tu sangat nostalgik dan smpi skang termimpi2. Langsir tu berlubang bila adik aku main mercun lebah yang terbang pusing tu

Dia gak selalu bertahajud dekat masjid awal2 pagi bila terjaga dari tidur. Naik basikal mengayuh ke masjid utk beribadah sambil mengenangkan nasib dia. Biasalah manusia lumrahnya bila dihimpit kesusahan pasti akan mendapatkan DIA. Tapi lagi baik dari kita dapatkan benda lain seperti arak ke apa utk hilangkan keresahan kan?

Abah kawin dengan mak aku sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan abah dengan isteri pertama, Kakak aku yang aku tak pernah rasa tiri sekarang ni ada kat Ausie tu lah. Mereka bercerai atas sebab tertentu. Then lepas setahun mak lahirkan aku.

famili 28 tahun dulu

Rumah lama kami. Tinggal tangga merah ni je bahagian depan. Anjung rumah ni dibukak dan diambik oleh ayah tiri abah. Tangga ni takleh cabut tinggal situ je. Jadi tempat kami bermain dan letak kasut sekolah yang dah berkapur.

Abah sangat garang orang nya. Benda kecik pn kena la kau!! Waktu aku kecik, aku ingat moto Honda Cup 70 milik abah yang kami gunakan untuk ke sana ke mari. Abah kerja kebun. Koko dan kelapa ketika itu. Semua tu menjadikan aku someone yang pernah rasa sume benda. Aku penah rasa koko yang putih gebu dan manis tu, aku pernah rasa pengalaman menebas dan membersihkan tanah dengan hanya menggunakan parang. Aku pernah rasa pengalaman main kejar2 atas kelapa-kelapa yang dilonggok oleh abah menanti untuk dikopek dan disisik. Aku pernah rasa pengalaman menyisik kelapa jadikan dia putih, rendam dan dijual esoknya.

Aku juga pernah rasa memikul kelapa2, koko2 yang hendak dijual. Ikat di belakang basikal dengan getah dan mengayuhnya hingga ke Kedai Ah Seng si pemborong. Aku masih ingat cara abah menjahit guni-guni beras berisi kelapa putih tu. Abah akan susun 3 guni atas belakang motonya, ikat dengan getah yang dipotong untuk dijual. Lepas pada tu dapat la aku dam ular utk main ngan adik beradik aku. Kalau dadu hilang, mak akan buatkan yang baru gunakan kentang.

family

Rumah skang. Pokok2 kelapa ni abah tebang sendiri dengan kapak yang berkeruping dan kalau orang lain tengok, tebang pokok keladi pn tak lepas.

Abah kalau marah memang naik tangan. Pelempang tu sampai tahap berpusing 360 darjah woh. Tapi tiap kali abah marah tampar pukul aku, aku akan ingat satu benda yang akan buat aku lupakan semua tu. Nak tau apa?

Bila kami adik beradik tertido di luar sebab tengok TV ke apa, abah lah yang akan angkat kami sorang-sorang masuk ke dalam kelambu. (Kami tido dalam kelambu sebab banyak nyamuk dulu). Tiap kali aku marah, aku akan ingat saat tu. Di kala aku taip ni pn aku masih rasa terharu, berlinang air mata bila ingat. Feeling abah angkat tiap malam, masukkan kelambu tu saat yang paling istimewa buat aku dan abah aku.

Bila abah marah selalunya kami akan 'dipulaukan'. Abah takkan bercakap pn dengan kami smpi la hari dia reda. Abah jeling je. Bila abah dah mula bercakap walaupun sepatah dengan ko, maknanya abah dah ok. Bila abah ngamuk dengan mangsa kebiasaannya iaitu aku (kadang ngamuk sebb lambat buka pintu umah je), mak akan suruh aku pergi tolong abah di kebun.

Abah akan kata "tak payah..aku sorang je". Tapi aku akan tetap folo. Aku himpun kelapa-kelapa yang abah kait. Abah ajar aku camne nak lontar kelapa tu dengan jauh gunakan tangan dan parang. Abah akan tetap diamkan aku. Aku berehat minum air di kebun dengan jarak 10M dari abah. Tapi selalunya di akhir aktiviti berkebun tu abah akan bercakap2 semula dengan aku.

Abah banyak perangai yang tak disenangi. Keras kepala, suka bersangka buruk dan macam-macam lagi. Kadang kami fikir sebab tu Allah tak bagi pendengaran sempurna pada abah. Sebab takut abah hentam sume. Antara cara kami lepaskan marah, bila abah tengah marah kami akan 'menjawab'. Kalau korang, dalam hati, kami lepaskan terus. Tapi volume nya yang tak akan didengari abah. Kalau dah terlebih lepas perasaan, baru mak akan tegur "tu abah korang".

Abah lah hero aku. Waktu kecik abah sangat kuat dimata aku. Segala benda abah buat sorang. Guni2 yang dipikul tu sangat berat, tapi abah larat. Abah boleh kait kelapa yang tingginya hampi 20M dengan galah yang berayun2. Abah boleh tebang pokok kelapa hanya dengan kapak smpi bersih tanah tu. Abah tebang pokok koko pakai parang panjang je. Abah kata ada cara dan aku masih ingat cara yang abah ajar tu pada aku.

Abah nyelop sawit sorang2 je kadang. Bila aku terasa malas nak tolong, dan aku ingatkan abah susahnya sorang2 tu, aku gagahkan diri gak buat. Abah suka nak cepat, sampaikan yang berkerja degan abah jadi fedap dan tknak kerja dah dengan abah.

Abah penah keja drebar kat KL, berlantaikan simen je tido kat bilik kecik dia dengan kaki yang terpaksa dibengkokkan. Abah kirim duit kat mak. Tapi bukan cukup sangat. RM700 je sebulan. Kami selalu risau camne abah di KL dengan dia yang tak boleh mendengar. Tapi alhamdulillah ok je. Abah selalu sangat nak jalan naik moto pergi ke tempat kerja lamanya. Pemikiran abah naif. Dia selalu rasa kawan2, saudara2 tu teman baik dia walaupun kadang atau selalunya diorang tak pernah rasa begitu dengan abah. Bagi abah kalau dah namanya saudara, boleh tido rumah dia bila2 masa kalau berkunjung. Kita ni la yang malu sebab tak biasa apa sume.

Perangai tu aku warisi. Sume kawan aku, aku treat as my best friends. Aku tak kisah kawan aku treat aku camne. Ex GF aku siap penah kata kawan lagi penting dari dia bila aku suka kuar dengan kawan. Kadang terasa juga bila kawan tu macam abaikan kita. Tapi aku tau bukan semua berfikiran cam aku kan.

Abah. Saya banyak buat dosa dengan abah. Marah abah time abah tak dengar. Perli abah dan macam-macam lagi. Kadang saya benci abah, tapi saya tau saya banyak belajar erti kehidupan dari abah. Abah hero saya sampai bila-bila.

Saya sayang abah, dan abah takkan pernah tahu betapa saya sayang abah. Terima kasih abah sebab besarkan saya dengan susah payah.

Selamat Hari Bapa.


Aku tak sempat nak buat entri ni sebab dahulukan pasal trip ke Penang tu. Takpelah dah belated pun

Comments

Syah Shah said…
nicely written bro... terasa syahdunya baca tetengah malam gini... :D
zonaku said…
hhmmm.....

ko ada abah lagi.. ada peluang nk berbakti pd dia. ayah aku dah xder, sorang pun kami adikberadik x sempat nk balas jasa. even nk belikan walau sepinggan nasik untuk ayah. dia pergi saat kami masih dalam zaman belajar.

aku juga sgt hargai kawan. kawan x blh ditukar ganti sesuka hati, kekasih blh bertukar ganti, tapi bukan kawan.

tq sbb jadi kawan aku. harap dpt bkawan ngan cembam juga
Anonymous said…
aku pun pernah makan koko. hehe


nice entry.

patutlah ko mudah mesra dengan ramai org. aku sebenarnya jeles sebab x pandai nak berkawan dengan ramai org ni. hehe
HEMY said…
thanks syahshah

zonaku, tu lah..tu yg kadang bila malas atau letih kugagahkan juga

sedapkan koko rozami..?hehehe. hee..tu sume people skill. tak pandai berkawan takpe. jangan sombong sudah
Erina Asmawani said…
alaaa..sedihla T__T
aku sbenarnya pun nak buat enrty pasal hari bapa ni, tp lom smpat taip aku dah sebak..iskk..

Selamat hari bapa hemy ;)
HEMY said…
Thanks Erina..
Bapa kau hero Fradooo
Ceiler Mun said…
nice story... menitis air mata baca kisah ni.. :(


bapalah hero kita semua.. selamat hari bapa buat ayah awak dan semua bapa2 :)



^^
suha said…
sedih bace
ayah cik suha pon garang tp mcm awk ckp,tetap ade bnda yg leh kita kenang bila dia grg

ayh cik suha la yg akan korek taik tinge anak, ayah cik suha la yg akan suapkan ubat kalo kami demam, ayah cik suha la yg akan masak megi kalo kami nak..

serius nk nangis




(^_^)
HEMY said…
thanks bella bell

cik suha, tiap ayah pasti ada masanya dia mmg sayang kan kita..tak kisah la mungkin bila kita umur 16 ke dia tinggalkan kita sebab pmpuan lain, tp mesti ada moment yg dia tunjukkan sayang tu kat kita
Masy said…
aku cuma mampu senyum :)

thn dpn dah bole sambut hari bapak dah nunul! yeayyy
KTS said…
abah ko macam superman la. sangat kuat.

anaknya macamana?

eheeem :D
HEMY said…
hehe..betul tu masy..

KTS, anaknya gagah
anwar said…
terharu siot, wat aku teringat arwah bapa aku.. al fatihah utk arwah bapa aku..

p/s: aku kawan baik kau.. tapi kau tak pernah ucapkn terimakasih kat aku sbb jadi pembaca setia blog kau.. hahahhaa (cabutzzz)

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...

Pantai Seberang Takir. Pengalaman Pukat Tarik

Pantai Seberang Takir is just one infamous beach that has been 'tambak' to prevent big flood and the safety of the houses along it. My Atok in-law's house is one of those many houses. Everytime I paid a visit to my in-laws, Atok's house is a must. Sometimes we didn't really do anything particular and just sitting by the beach enjoying the breeze and the salty taste of the air. Nurin and her sisters and Haikal dipping in the water. (Can you guys feel the mood of this picture. What do you guys feel when you look at this photo. Plz help me by giving feedback as I want to step a level higher in photography by taking photos that inspire people..thanks) Right after the Yebbit with Nurin and plucking the mangoes, we went to the beach. I brought the kain pelekat, my short and my towel as I intended to have a dip. But at the end I just take photos and ate the keropok lekor. Berlari ke laut (running towards the sea). But that evening was a bit special. I had a nice fi...