Aikido Shudokan, Judo dan Kotaro Makaritoru

 
Sekarang ni kat Opis sambil menunggu respond klien atau ada masa lapang, aku baca manga online Kotaro Makaritoru. Komik dia ada jual kat Malaysia ni dengan nama Pakar Judo. Jenuh gak aku cuba cari, tapi akhirnya jumpa kat tenet ni. Layan gak manga ni. Pasal martial art. Tentang Karate dan Judo.

Bila baca komik ni rasa nak join je mana2 kelab karate atau Judo or at least sambung Aikido aku yang dah lama tak gi. Yuran dia seratus lebey gak dh skang. Jadi aku masa tu mmg allocation duit terbatas. Skang ni pn sama. Cuma malam skarang ni aku lebih pada main tenis. Tu yang tak sambung2 aikido tu. Kawan yang masuk sama aku dulu n still istiqamah dah dapat black belt haa..ahahaha!!


Ni salah satu gerakan Judo. Persamaan Judo n Aikido ni, dua2 ada jurus yang disable lawan dan mencampak lawan. And dua-dua akan ajar kita cara nk handle diri kalau dihempas atau jatuh dengan cara neutral kan impak dengan tangan. Nampak tak orang yang nak dihempas tu tangan kanan dia dah ready nak tap lantai? Sebenarnya bila kita tap tu, tangan tu la cushion utk neutralkan impact.


Yang ni gerakan aikido cuma yang ni tangan dia tak kuar lagi time snap. Tapi korang leh nampak la tangan kiri tu dah sedia nak dijadikan cushion upon impact. Dulu cikgu Aikido aku kata anak murid dia kena ragut dari blkg. Kena sentap handbag tu mmg terangkat dua2 kaki jatuh kepala and belakang ke jalan tar. Tapi budak tu ok sebab dia apply aikido cushioning tu. 

Kiranya mmg boleh diaplikasikan di dunia nyata lah. Oh..blaja martial art bukan nak bergaduh dan nak menang. Kita nak pertahankan diri smpi satu tahap yg kita boleh lari je. Tu je.

Haisshhh~~~ Darah martial aku dalam diri ni tengah meluap-luap..ekekekekke!!!

Comments

zonaku said…
setakat ni, seni aku mempertahankan diri ialah seni langkah seribu.


yang paling basic la punya seni tu.
HEMY said…
masalahnya sblum nk wat langkah seribu tu kena create peluang tu...and itu la harapnya gunanya martial art ni
PnConfused said…
hooo....

td aku dgr talk pasal fire prevention, terus smgt nak beli smoke detector...

erm.. de kena mengena tak dgn citer ko nih???
hana devushka said…
penah blajar aikido tyme matrik dulu..ps2 tinggal trus..coz kat uni xde aikido..huhu~
Masy said…
komen pnConfused menunjukkan beliau mmg kompius orgnye hahaahaha

aku xde teknik.. guna adrenalin je huhuhu. apepon moga tak jadi pape laa kat aku... huhuhuhhu
HEMY said…
mmg la..kita harap je la takde yg berniat jahat kat kita ekkk
syah shah said…
aku follow komik ni dah lama gila dulu masa ayah aku masih keje kat Indonesia, balik je Malaysia, terus stop... sebab susah nak carik... haha~ :P
Anonymous said…
boleh bgtau x link?:)