Skip to main content

Resort Itu

IMG_7008a

"Bila masa pulak ko ada amek tuala untuk akak Ziana ke sapa ni? Wat citer je ek. Tak caya lah. Saje wat kasi orang takut"
"Ler..kan aku suh tunggu kejap masa pas amek gambar tu. Ko siap pegang kamera aku. Tapi aku kuar2 je lepas dapat tau pasal Kak Ziana nye story ko dh jauh gerak sorang-sorang nak balik blok"
"Eh..agak-agak la. Aku jalan ngan ko ye balik bilik"
"Bila plak..aku catch up dengan ko depan lif"
"Eh..depan lif tu la ko ada tinggal aku kejap kata nak meludah kat longkang. Pastu ko datang balik aku tanya nape ludah jauh-jauh. Then ko macam blurrrr....errr.."
"Haa..haaa..bila masa plak aku ludah? Aku ingat memang ko saja nk jalan sorang"
"Abes tu sapa yang jalan ngan aku...alaaaa..apa semua ni"

...........................................................................................
....................................................................
.........................................



Berikut adalah sedikit petikan dialog yang mencemaskan dalam telemovie keluaran sK-Ri production yang bakal ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia awal April ini - RESORT ITU. Antara barisan-barisan pelakon terkenal adalah seperti Ziana Zain yang memegang watak Kak Ziana itu sendiri.

"Saya rasa mudah la nak bawak watak Kak Ziana ni. Nama pun sama je kan. Mula-mula tu memang cuak sangat la. Tapi sebab watak anak tu pn memang anak saya, dia secara otomatik macam kawan saya la nak kasi ilang takut sepanjang penggambaran tu", komen Kak Ziana berkenaan watak beliau dalam Telemovie RESORT ITU.

RESORT ITU yang merupakan hasil kreatif pertama pengarah muda kacak, HEMY menggunakan 7D HD video untuk membuktikan tahap kualiti sesuatu artwork itu bukan hanya bergantung kepada kamera mahal malah dengan cara yang betul ia dapat memberi impak setanding dengan filem-filem hollywood.

Apabila ditanya tentang idea Telemovie Seram RESORT ITU, ini komen beliau;

"Masa saya karang entri ni saya main taip je untuk ceritakan trip Fraser Hill bersempena Anniversary kami baru-baru ni. Tetiba datang idea untuk kisah RESORT ITU ni. Memang takde berenti menaip pun saya terus je karang cerita, takde nak stop kejap minum ke apa. Jadi idea tu datang terus je secara spontan. Pasal bunuh diri ikat muka dengan tuala tu pun memang secara langsung datang dalam kepala sekaligus berharmoni dengan motif Kak Ziana meminta hero kita tuala spare"

Apabila ditanya pula tentang kesan Telemovie ini kepada pihak pengurusan Silverpark Resort Fraser ini, ketua pengarah resort ini memberitahu yang mereka cool je malah berterima kasih kepada pengarah RESORT ITU kerana secara tidak langsung memberikan nafas baru pada kadar penyewa resort mereka.

"Sejak berita Telemovie terbaru RESORT ITU ni mula keluar di media, memang jumlah penyewa kami bertambah  4 kali ganda daripada biasa. Bilik-bilik yang memang kami rasa angker pn kami sewakan ketika peak hour dek kerana kekurangan bilik. Tapi mujur lah takde yang tersampuk ke apa ye"

Wawancara kami diakhiri dengan pesanan dari ketua pengarah Silverpark Fraser Resort tadi;

"Secara terus terang saya akui memang kami ada kisah seram yang benar-bernar berlaku. Tapi benda-benda camni bukan main hentam je untuk dialami oleh sesiapa saja. Insan yang terpilih dan 'bertuah' je akan mengalami perkara-perkara sebegini"


"Marilah menetap di resort kami. Mana tahu anda insan yang 'bertuah' tu?"


-senyum-

Comments

Aima Othman said…
abis tu..kak ziana tu ade ke tak neh???????
❀aRaBeLLa❀ said…
si hemy ni kalo betul dia reka story ni aku doakan la dia jumpe satu hari nanti dengan "kak ziana" tuh...
Erina Asmawani said…
alaaaaa..ni bebetul ke memain nih??? huhuhuhu..saje je tau..
HEMY said…
aima, hanya mereka yg pernah berjumpa dengan beliau saja yg tahu hingga kini

bella, doa utk keburukan tak diterima tuhan..ingat tu

erina, anda tafsirkan sendiri
Masy said…
betul la kot. eh ntah la. haihhhhh merosakkan plan aku je laaa hahahahahah
Aima Othman said…
kak baby...nnt pi sane bwk tuala lebih..mana tau ade org mintak tuala pastu terus je kasik ek.hihihi
zonaku said…
khianat tul la ko ni anul....



cer citer bebetul.....
HEMY said…
@zonaku, aku dh citer detail dh tu haa...berentri-entri kawe citer...ekekeke

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga