Skip to main content

Rasakan balik dendam kesumat akibat layanan abah dulu. Rasakan abah. Aku puas!!!

Suatu masa dahulu, motosikal adalah kenderaan paling hebat keluarga kami pernah ada. Aku masih ingat 3 moto abah masa aku kecik. Mula-mula Honda Cup 70cc yang bernombor plat BAF. Haaa..aku masih ingat bila abah takde pergi kebun nek beskal, aku dan kakak aku idupkan enjin dan pulas minyak dia...brooomm brooomm!!! Aku dok selalu perati abah masuk gear, terus praktikkan...TAP, tekan gear. Broommm!!!! Terus motor honda tadi melompat ke hadapan. Mujur tak kena pape. Biru dah muka kami masa tu. Sebaik abah tak tau.

Then abah tukar pada Yamaha biru 80cc. Plat AAW2102. Lama gak pakai motor tu. Siap pergi Teluk Intan moto tu. Agak impressive juge la keupayaan moto tu utk tahap kesihatan macam tu. Handle dia berat sebelah. Aku penah try nak blaja bawak masa abah takde. Masa tu masih sekolah rendah tak silap aku. Terus aku rodok pokok pisang.

Moto abah ketiga moto Yamaha 100cc. Warna itam. ABH1531. Moto ni yg banyak merantau. Pergi UPM lawat kakak aku, pergi umah sedara mara dan macam-macam tempat lagi. 

Masa tu, abah mmg hero la bagi aku. Leh bawak tempat jauh-jauh siap tau jalan lagi. Tak terpikir dek akal aku masa tu. Aku ingat lagi darjah 6 abah bawak aku nek motor tu gi Ipoh. Aku sepnjg jalan yang aku rasa begitu jauh tu sempat kuarkan kertas lukis bukit bukau yg sayup dari pandangan tu. Aku lukis terketar-ketar atas blkg abah.

Bila abah potong kereta dan berada di tengah-tengah jalan raya, aku paling cuak dan takut bila ada lori plak dari arah bertentangan. Masa tu kami kat tengah-tengah tersepit. Aku rasa tak la tersepit sangat, tapi utk budak macam aku di kala tu...memang pink gak la muka aku weh. Cuak gileeee!!!!

Tapi hari ni aku dpt balas dendam kat abah atas 'layanan' beliau. Aku amek abah dari S.Alam datang umah sebab keta adik aku tak cukup ruang. Nak ke Melaka. Aku gi amek moto FZ150 Wardina aku tu le. Aku mmg nk cepat smpi punya..panas weh (taknak ngaku mmg default bawak laju).

So abah masa dh rasa aku bawak laju tu dia peluk pinggang dah. Pastu bila smpi jalan utama memang aku cilok abeh. Lane 4 pergi lane 1, ke lane 2 masuk 4, lane 1 balik. Memang aku cilok mana yang ada. Masa tu aku dah rasa abah tukar tempat pegang. Dia pegang bahu aku. Sekali sekala bila aku weng tukar lane tu aku dapat rasa abah cekam bahu aku.

Tu belum aku brek betul2 belakang lori yg slow and tukar lane seraya mencilok dengan pantas lagi. Masa tu memang terasa abah cengkam bahu aku. Mwahahahaaha!!! Ooo..dulu aku kecik2 hero yeeee...Mwahahaha!! Rasakan abah!! Rasakan!!! Wardina aku tu plak sblum ni kalau bonceng leh gi 120 je max. Tapi pas tukar Shell Ultra ni, memang 140 pergi walaupun bonceng. Mwahahaha!!!! 

Jadi pagi tadi abah aku rasa la kecuakan masa aku kecik dulu. 140 membelah jalan dengan menyusur dari lane ke lane...Bila smpi destinasi tu abah senyap je..mwahahahaah!!!

Rasakan!! Ahahahaha

Comments

Mak Su said…
aiyokk... x baek ngusik abah.... babap kang
Syue Mustafa said…
Kesian your abah...
CAHAYA said…
hish. ape la balas2 dendam.
Unknown said…
ko sgt kejam....!!!!


kalo aku harus 8juta kali kena cubit!
bawak 100pun aku dah terketar2 kat blakang....

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...

Naik ke tak ni?? Layan Jue Aziz lagi baik

Mesti banyak blog akan tulis pasal minyak naik rega...aku malas la nak join...wat aku naik minyak pula...kutuk la camne pun..bukan leh ubah. Cuma yang aku pelik sangat, masa tengok berita 'Yang Berkuasa' itu bukan main sarcasticnya masa ditemuramah yang harga gula takkan naik "saya kata tak naik rega.tak naik la..apasal tak caya?? Haaa..tengok la esok naik ke haraga gula. Beli la banyak2..beli" Yang aku tak paham..padahal seminggu sebelum kenyataan beliau lagi aku tengok kat Giant dah naik Rm1.65 sekiogram. Apa ke benda kenyataan "Yang Berkuasa" ni? BUkan ke tu pun dah naik 15 sen? Aku tak tengok sangat berita..tp aku beli memang rega macam tu. Ingatkn memang dah naik rega. Tp seminggu lepas tu dengar kenyataan "Yang Berkuasa" ni..haisshhh..tak paham aku. Tunggu je la kat akhirat nanti soal jawabnya. Eh, tercakap gak pasal naik rega. Baik aku layan gambar JueAziz...kalau aku leh tukar tempat kejap ngan Ako kan best..hehehe..D.E.M..hot mu Jue...