Cembam tak jadi balik kampung. Dia lawat makcik dia tadi, makcik dia nasihat tkyah travel first trimester ni. Biladia bgtu aku pesanan makcik dia, aku tambah lauk je la kata tkyah balik. Hehehe. Cuma dia bosan la cuti sekolah dok umah sorang-sorang
Alkisah balik dari Fraser Hill, aku singgah dulu Mines layan movie Merong Mahawangsa ni haa. Hajat mula-mula nak gi amek 4 tiket free utk TGV nye movies yang nuffnang kasi aku sempena birthday month aku. Tapi cari jalan tak jumpa, sudahnya aku terus menghala balik je lah.
Untuk membuat review yg honest, kita kena masuk dengan expectation yg tak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan industri perfileman kita ye. Bukan la nak kata review orang lain yg sblum ni korang jumpa tak honest, tp review aku ni neutral lebih. hehe.
First - Dia nye warna, contrast dan suasana filem tu mmg best. Senang citer jauh lebih nice daripada movie-movie macam Sifu dan Tongga yang macam drama je bagi aku. Yang ni ko rasa la yang ko actually tengok wayang.
Second - Props dia, kostum dan cara KRU memenuhkan layar waktu adegan perang tu nampak memang ramailah. Takdela macam adegan lawan-lawan citer Lang Buana tu. Haaa.. Skill lawan dia pun cun. Cara libas parang, macam mana parang tu tembus perut orang..memang dah mula nampak real. Darah-darah memancut tu pun real.
Tapi.... ada certain adegan yg main view dia Merong tengah bertempur, belakang tu nampak la pelakon tambahan berlakon lawan pedang gak. Bagi aku, kena titik beratkan gak. Yg blkg tu main acu-acu parang macam budak darjah 3 main pedang-pedang je dah haa.
Third - Aku ada baca blog minah ni yg kata time Merong lawan dengan tangan berantai dia tetiba nampak ada scene tak pakai, yg ni aku belek sungguh-sungguh..takde. Sumenya OK. Pelik gak kalau KRU leh miss detail obvious camni.
Tapi...aku tak paham masa scene Merong tinggal sorang-sorang, panjat tower kayu tu. Masa tu ramai lanun ada kat bawah yang tumbangkan tower tu. Tapi pas tower tu tumbang, masing-masing dah terbaring samada mati atau pengsan. Aik?? bukannya kena hempap tower KLCC daa..camne yang ramai-ramai dok tarik Merong turun tadi leh bergelimpangan gak pn wa tatau...
Fourth - masa Taji, ketua Lanun tu turun padang dalam pertempuran, selamba je dia bunuh 2 wira geng Merong. Well, as expected la kan yg paling terrer dan kebal. Tapi masa Merong dh bunuh Kemawas tu, dia macam biol jap bajet perang dah habis. Orang kat panggung tu dok ramai2 "oi..tak habis lagi la..oiii tak habis lagi la..Taji ada lai". Pastu Taji yang tetiba hilang terus dari scene pertempuran sudah ada blkg merong seraya menikam beliau. Aiyak..baru nak muncul balik daaa...Takkan la time perang tak amek detail ketua dia katne.
Tapi disebabkan movie ni digarap daripada sejarah sebenar, aku assume dan sangka baik mmg sejarah kata Merong berkorban dengan ketua lanun tu lah. Dan mungkin sejarah sendiri tak tau camne Ketua lanun tu leh tetiba buat Merong sebagai tebusan and KRU taknak pandai-pandai wat cerita detail camne leh berlaku sebab orang melayu ni pandai kondem je kot, kang kena kutuk plak pandai-pandai wat citer. Tapi mmg kompius la part yang tu.
Dari segi aksi, memang dah nice utk sebuah filem tempatan. Way nicer than movie-movie pertempuran sebelum ni. Cuma harapan aku part pak pacak-pak pacak pn kena amek berat la. Scene lanun tu kepanasan terpaksa lompat masuk laut pn tak real. Nampak la pak-pak pacak tu lambungkan sendiri badan depa.
Kalu korang nak tengok, dialu-alukan. Support KRU yg habiskan 8 juta utk cuba bagi detail yang kita nak selama ni. Memang dh detail, tapi of course ada yang masih perlu diperbaiki. Tahniah wat KRU kerana berani untuk cuba dan aku yang memang jarang gile tgok filem melayu kat wayang, support dan tengok movie korang.
Syabas!!!!
Comments
ohoh.. tahniah for both of you... it will be a long yet a very super nice journey..... enjoy it okehhhhh!
aku kena chicken pox?? ohoh.. tp still esok nk ajay EnC pi tgk wayangggg.. kih3
nnti aku nk tgk. sebab hasilan KRU biasanya lain sket dr tipikal malaysia
congrats utk ko and cembam!! ;)
longgar.... tp ok sgt klu compare2 mcm ko ckp tu.
.
.
klu aku gi tgk pun sbb nak tgk abg stephen rahman
hiksssss
zonaku, ye eh dia ckp camtu..bukan aku tau pn
zellay, thanks. gi la tgok kalau ada masa..takde tkyah ah..ahaha
masy, haah..ada la longgar sini skit sana skit..tp masih worth the money le
KTS, bek ko tgok aku je bukak baju..ahahha
bella, ko mmg jiwa romance2..wa tau...wa tau
p/s: ada gaks mintak keja ngan kru, tp tak dapat respon, mgkn timing tak seswai, time ngantar resume tu adalah time dorang bizi ngan merong kot, tapi tak pe lah, maksu pun dah hepi sekarang. all the best to kru :)