Fraser Hill part 2. Kabus yang menderu bagai diseru..

>> Friday, March 18, 2011

Yah, sambung Fraser Hill nye citer. Lepas dh layan amek gambar kat umah yang ditinggal, hampa tanpa dapat amek gambar entiti lain dalam gambar aku, aku terus tengok map dan redah cabang jalan yang lain. Aku tengok Air Terjun Jeriau (bukan seriau ye) nye signboard 4km je lagi. So kami gi je la walaupun mulanya tak plan ke situ sbb abang guard tu kata agak jauh gak. Tp dh takde tmpt sangat pn kan.

IMG_6943a

Ni la entrance air terjun tu. Jalan nak ke sini tiap selekoh kena hon tau. Nk bgtu org depan kita bergerak arah depa. Tp kalau org depan kita plak bebal lam-alif tak hon balik, sudhnya kat selekoh masing2 break le..Jauh gak jln nk ke tempat mandi dia. Aku jumpa satu kapel ni jalan kuar, tanya dia jauh lagi tak. Depa jawab tempat mandi tu jauh lagi..ujung. So kami terus benti lepak kat pndok dia, amek gambar sana sini, then balik. Hahaha. Buleh? Malas ah nak jalan jauh.

IMG_6950a

Ni antara pemandangan bangunan-bangunan lama yg korang leh jumpa byk kat sini. Aku pn tak tau kena tinggal atau mmg tak maintain. Rasa nak beli je then renovate jadi umah sendiri. Ok? Kitorang lalu balik jalan yg kena hon tiap kali lalu selekoh tu utk balik ke pusat bandar dan terus cuba cabang jalan lain yang ada dalam map.

Tempat seterusnya, The Paddock Fraser Hill. Tempat naik kuda dan tempat memanah. Aku datang dh lewat upanya. Pakcik tu nk tutup kaunter dah. 10 anak panah 8 inggit. Tapi bila aku kata kat pakcik tu yang aku nak main, dia kata lambat dah. Nak kutip anak panah lagi. Tapi kalau muka suci, kacak dan bersinar...pakcik tu bagi gak main. Dia bagi 3 anak panah, free je. Just main je. Yiehuuu...Ni kali pertama pegang panah.

panah

Sblum datang fraser aku dh try2 tangan tu kasi lurus masa pegang bow tu. Rupanya walaupun aku rasa dh lurus, tetap bengkok tangan kiri pegang bow tu. Jadi masa lepaskan anak panah tu..PIAPPPPPP!!!! tali bow tu rembat lengan kiri aku. SAKITTT siottt!!! Anak panah tu ntah ke mana ntah..ilang ditelan zaman. Aku pandang Cembam yg tgh amek gambar sambil wat muka "sakit doh".Tp memang aku dh luruskan abeh tangan kiri aku.

Anak panah kedua wa try, ku luruskan lagi tangan kiri, hati cuak gile..aim..aimmm...then. PIAPPPPPP!!!!. yeah sekali lagi itu tali bow sudah rembat wa punya lengan. SAKITTTT sialll!!! Sakit dia tu macam zaman aku kecik-kecik kena rembat blkg dengan getah paip tu..ada bunyi WUSSHHH sblum LEPAAAAPPPP!! kat blkg. Haaa...

Time anak panah ketiga la baru abang tu kuar kata tangan kiri aku tu mmg bengkok. SO instead of kena luruskan, aku kena bengkok kan ke luar tangan kiri aku tu. Dan hasilnya cam gambar kat atas. Leh berlakon Merong Setiawangsa dah tu. Haa.. N baru la kena target kali ni. So ok lah, men 3 kali. Free je kan. Lepas kata thanks kat abang tu dan membiarkan beliau cari anak panah yg ditelan zaman tu, aku pn blah dari situ.

Kat The Paddock ni sebenarnya tempat ko nek kuda. Tapi sebab wa dh penah naik binatang lagi besar dari kuda yakni gajah..malas ah nk try. Cembam kompem takleh naik. Kang tak pasai2 je. Penat aku menguda beliau je kang. Ahahahaha!!

IMG_6995

Habis ke situ kami bergambar area town dia. Tapi gambar tu aku sambung la entri lain. Lepas lepak town kejap kami pulang ke bilik kami. Masa balik tu kabus dah mula bergerak menutupi ruang. Ko tengok gambar atas ni, panorama gak la dari balkoni aku nye bilik tu. Dok tengok kabus tu menutupi segenap ruang. Dah Macam time si Taji ketua Lanun Garuda tengah seru tu haaa...

IMG_7017

Bilik aku A1-6-3. Bilik depan aku tu petang aku smpi takde orang. Bila nak malam baru ada nmpk makcik sorang tu dengan anak pompuan dia dlm umur 6 tahun cmtu la. Memang la takde orang, time aku cek-in kompem sume tgh jalan2 kan. Apa daaa...

Masa Cembam mandi, aku kuar sat tengok2 view dari tingkap belah lain, nampak la jiran depan umanh ni, budak tu dok bawak patung mainan yg zaman kita dulu tu haa..alaa.yg mata leh cabut sume tu. Bapak ngeri kalau wat citer hantu patung tu masa aku kecik. Tapi patung budak ni cantik lagi la. Budak tu cm monyok je. Mak dia mcm kat dlam rumah. Aku tanya la "awat nye dok luar sorang2?". Pas lama dak tu diam dia jawab la, "ayah tak ikut. Keje. Tapi mak nak gi sini gak. Kita nak dok umah je". alahai...kiut je. Dengan ada lagi skit pelat dia.

Pastu aku dengar pintu bilik dia dibuka, mak dia masih bertudung panggil dia masuk. "Shikin, masuk..dok luar sorang-sorang kacau orang buat pe?". Akak tadi senyum je kat aku. 


"Honeymoon ke?"
"eh..takdelah..anniversary"
"wah..bape tahun?"
"baru setahun"
"bestnya..enjoy la.dah tua lama kawin cam akak ni la..cuti sorang2. Sebaik ada anak"
"Hehe..lumrah la tu kak. Akak makan malam kat mana ni? Kami nk ke foodcourt depan tu haa"
"oh..akak makan sendiri masak ni haa..Wat bekal. Lagipun akak lama kat sini. Eh, leh mintak tolong tak dik. Esok pagi kalau adik gi sarapan tolong mintak kan towel satu utk akak"
"Boleh ke mintak on behalf?"
"Boleh..kaunter tu kenal akak. Akak memang selalu ke sini. Bagi je nombor bilik ni, kata Akak Ziana. Sebab dulu suami kakak keja sini outstation. Akak folo je amek hotel ni. Kadang penuh baru amek bilik or bangunan lain"
"Ok la"
"Mekasih ye"

Hehehe..mmg orang kata muka baik ni orang senang nak caya mintak tolong kan? Ekekeke. So aku masuk balik bilik dengan plan malam tu plak nak amek gambar low-light. Saje nk try. ada nampak bangku kat selekoh jalan tu ke tempat kami tu haa. Cam best je amek gambar kat situ.

So, next entry~~~

14 comments:

❀aRaBeLLa❀ March 18, 2011 at 12:14 PM  

Fraser hill ni sebab kabusnye tebal then awan mendung2 tu yg kekadang nampak scary..aku ingat lagi masa aku kat sana aku tak leh tido sebab dok terbayangkan cik Ponti..ni sebab terbaca macam-macma citer la sebelum gi sana..huhuu

Masy March 18, 2011 at 12:41 PM  

tetibe mcm serem je tmpt ni, haruslah aku pi sana bawak yasin huhuhuh

Erina Asmawani March 18, 2011 at 12:42 PM  

cam menankutkan je nak g honeymoon kat sana..huhu..


2-3 words ko dalam ni xley blah ar..hahaha

HEMY March 18, 2011 at 2:43 PM  

bella..ko bygkan pontianak watpe..hahaha..aku ok je kat sana..takde plak so far rasa serem2

masy, baik ko gantung kat leher je yassin tu macam badge pelawat..ahaha

erina, ok je hanimun sini..sejuk2 gitu..tkde nk peluh2 lak hanimun bjalan panas2

syah shah March 18, 2011 at 3:11 PM  

kalau cenggitu gaya kan, kalo aku ajak incik Firdaus pegi, kompom tak sampai sehari dia dah ajak aku turun pi tempat lain... alangkan pi cameron pun dia tensen, inikan pulak pegi Fraser's Hill... Tapi kalo ajak pi Kenyir mungkin buleh... Pasal buleh MANCING... Haha~

p/s : Ko layan dak photography ustaz Azhar? gila cantek terbaek wa cakap luuu~~~

HEMY March 18, 2011 at 4:29 PM  

ada gak browse gambar2 dia..tu sume gambar dia or digital mukmin tu geng2 dia nye gambar gak..

byk masa ustaz nk ceramah lagi, nk edit lagi..huhu

LORD ZARA 札拉 March 18, 2011 at 4:36 PM  

hehehe.

aku pun nak pura2 ada anniversary la gini~

syah shah March 18, 2011 at 4:38 PM  

kalo gitu ko tengok kat facebook dia aa... itu kompom dia punya gambo... :D

kalao dah minat, mesti boleh cari masa... cam ko jugak laa kannn... :D

Ku Tak Sempurna March 18, 2011 at 4:52 PM  

bila ko nak bawak aku gi sana plak??
dah lama aku teringin nak gi fraser hill. angan2 nak honeymoon kat sana sbb mcm tak ramai org. tapi tak gak kawin2 lagi. simpan je la niat tu

:D

Mak Su March 18, 2011 at 7:32 PM  

sian kat akak tu ek

nanti mintak towel utk maksu ya, towel maksu dah koyak, hahaha

cikceriacorner March 19, 2011 at 2:01 AM  

jalan sana berliku2..

penin kepala..rase nak muntah pon ada..

tapi bile da sampai sana..memang cantik..heheh

HEMY March 19, 2011 at 2:37 AM  

lord zara..nk aku pura2 kan kapel ko pn leh

syahshah: haah..mmg ustaz tu nye artwork..wowww

KTS: jom la gi skali..leh 3some..ahahaha

mak su : hehehe..sy amek kan skali ngn akak tu punya

cikceriacorner : haah..aku yg drive pn rasa penin

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr March 20, 2011 at 1:45 PM  

pewwiiitttt......

cun tempat ni...

macam tempat berhantu hahaha...

xpenah sampai lg sini

aim-a March 21, 2011 at 5:29 AM  

disebabkan aku baca entry selepas ni....aku sgt seram ngan akak ziana tu..........huhuhuhu

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP