Usai je kami bersembahyang jamak taqdim untuk maghrib dan isyak, kami keluar untuk ke foodcourt yg kami singgah tengahari tadi. Sebelum ke foodcourt kami nak amek gambar kerusi tepi jalan bawah lampu tu. Nampak cam nice je. Aku teringin nak amek gambar low light kat situ. So lepas park keta 20m dari bench tu sebab kat selekoh kan, baca ayat kursi in case, kami pn amek gambar.
Nak ke korang berenti kalau tengah malam awek camni tahan kereta?? Huhuhuhu~~~
Kami amek kat dua tempat. Kalau ada setting lampu utk lighting muka tu lagi jelas mungkin lagi nice kot. Hehehe. Tapi takpe la. Kita guna alasan nak amek mood la utk gambar ni. Bila dh siap nak masuk keta Cembam spot satu katak yang memang besar. Cam arnab besarnya
"Eiii..katak..tu tengok tu.."
"Mana?"
"Tu..."
"Jangan tegur..ekeke. Jom"
"Taknak masuk ikut pintu sana"
Cembam masuk ikut pintu driver sebab taknak lalu bahu jalan sebab katak tu kat longkang belah penumpang. Ekeekeke. Makan malam makan western aku. Alang2 dah mahal kan. Standard skit rega. Sempat layan Single Jepun lawan China wanita. Bapak ah Jepun tu kena kejar shuttle tu. Terkangkang-kangkang. Sempat gak tgok kejap regu lelaki kita. Syok tu sorak, tapi balik bilik pas abes makan.
Pagi kami breakfast kat resort tu sebab dapat complimentary breakfast kan. Besak ah. Tapi dh smpi tempat tu kupon tertinggal plak. Aku berlari2 kacak la gi amek balik kat bilik. On the way turun balik tu teringat tuala kakak bilik depan aku tu pesan. Aku malas nak ketuk dulu bilik dia, amek terus la. Kang Cembam tertunggu plak kat kafe tu.
Breakfast makan mee, nasi goreng ada, kentang apa ntah tu ada. Aku layan kopi dia la..Ok la. Cembam layan habih. Tak caya tengok tu. Haa..sedap sangakkkkk kata beliau. Ekekeke.
Ni la lobi utama reception Silverpark Resort nih. Haa..ada gameroom kat sini. Pakai token. Kat blok aku ada gak. Tapi tutup je haa..takde sapa yang nak layan gameroom ke apa ntah.
Then sebab malas nak bawak tripod, kita letak je la kamera tu kat mana2 yang kukuh seraya bertawakal yang ia tak akan jatuh ke bawah gaung ke apa kan. Tapi komposisi gambar tetap menarik op coz~~~ Ekeekeke. Ni lepas dh sarapan sume nak naik bilik balik.
Bila nak naik bilik balik, baru teringat kat akak tu. So suh Cembam tunggu sat le. Plan kami nak lepak2 dulu untuk tunggu jam genap seterusnya. Masa tu kul 9.50 camtu. Jam genap seterusnya kira 12.00-12.40 tengahari le. Sampai kat receptionist aku mintak la towel untuk akak tu kat receptionist tu.
"Dik.. (skang aku tak panggil kakak. Pompuan sensitip plak panggil akak kan). Nak mintak kan towel la untuk Akak Ziana bilik depan saya tu"
"Bilik depan? Abang bilik nombor baper?"
"A1-6-2"
"A1-6-2, depan dia emmmm...ok. A1-6-1. Jap ek", sambil adik tu cek kat komputer beliau dengan gaya busy dan episyen.
"Eh...bilik depan abang kan? Memang satu je kan bilik sebab bahagian hujung kan bang?"
"Haah..takleh amek kan untuk orang ke. Kata dia sebut nama je. Saya try tolong je la. Akak Ziana"
"Errrr....jap ek". Adik tadi cam tak reti nk wat keptusan la plak. Dia gi dpatkan senior dia kat bilik belakang. Seminit gak le tunggu. Pastu senior dia mai.
"Emm..abang. Memang nak amekkan tuala akak tu ke? Bila dia mintak ek? Kami dah bagi semua dah rasanya"
"Entah..dia ada mintak takpe la bagi je la..sian dia ngan anak dia sorang"
Staf tu pandang aku gaya nak refuse je. Bukan besar sangat pn permintaan. Aku tolong je. Bagi je la kan. Kalu kena bayar, ko caj je la..
"Emm..camni bang. Sebenarnya bilik tu takde penyewa pun bang"
la~ la~ la la la la la la la~~~ la~~~ what the hell (ikut gaya lagu Avril ye)
"Lama dah bilik tu kami tak open and tak sewakan pada sapa-sapa. Kami taknak abang mintak dah tadi. Tapi abang cam sungguh-sungguh nak tolong. Saya kena bagitau la"
"Hee..lawak seram la plak ye. Silap wing kot"
"Betul bang. Akak Ziana tadi abang cakap kan?"
"Haah"
"Errrr...". Muka adik tu dah lain macam. "Sebenarnya memang dulu Akak Ziana ni regular customer kami bang. Suami dia dulu tengok projek area sini. Tapi....tapi...dia dah meninggal bang. Dalam bilik tu la. Dia bunuh anak dia, then dia bunuh diri dalam tab mandi tu. Lemas. Muka dia, dia ikat ngan tuala. Memang sebelum dia mati, dia ada mintak kat kami tuala spare"
..............................................................
......................................
......................................
....................
Comments
ko biar betul ada twilight zone series kat situ!!?
heheh.. takut jgak woooo...
mahu tak tido aku kalau kena cenggitu nyer penangan kak ziana :D
heheheh
anyway..
gambo twilight tu kalau ko kasi subject kebelakang sikit pun lawa...
pasal tak der lighting langsung kat muka subject.
nak kata silhouette pun tak jgak kan..
huhuhuhuhuhuhu (T_T) meremang roma aku. Serius ke weh?? mase "dia" mintak tolong ko amik kan tuala tu ko xde rase apa2 ke kat dia?
huhuhuhuhuhuhu..mommy..seram nya
kisah benar ker sekadar rekaan ni????????
ko x snap eh pic anak dia? ko kan suka snap pic budak
p/s-ade satu lagi bangku yang betul-betul kat tepi jalan yang kat pic cemban tahan kete tu aku ade amik gambar kat situ..nampak seram lak bile tgk gambor tu..awuuuu..
@erina, aku tak rasa pape pn..rasa cinta ke apa takde
@arabella : haah la..ko ckp baru prasan..aku ada amek gambar kat situ..aku tak upload..patut cam missing satu gambar..huhu
gilalah! ko tak rase macam nak cek out time tu jugak ke??
keri : aleee..skit je apa de hal
@bella : mmg ada rasa nak dapt entiti len dlm gambar masa amek malam tu...tp takde plak..ahahaha...
Tempat tu ok je, cuma jg mulut, jgn sebut2 hantu ke apa ke..jgn bayangkan pon..kalau takot pi ngan kwn2 or family! btw tempat tu mmg cantik, sunyi, relax! best! cuma hotel dia tak stylo ikot peredaran zaman..tp still ok laaa..dalam hidup sy da 3x naik sana! mmg tmpt feveret! hehehe! malam2 lepak dpn shahzan inn, menara jam..amik gambar..kadang kabus..kadang tak...cuaca mudah berubah..sesiapa yg suka jungke trekking boley pi sana n explore, makesure bgtau phk bkuasa dlu sblum jungle trekking. Ada je kes sesat x jumpa jln la, sejuk..mcm2
utk sapa2 yg perlukan ketenangan, Bukit Fraser tempat paling sesuai!hijau, nyaman, sunyi...tenang minda!