Skip to main content

Tasik Kenyir - Air Terjun Saok

Mood kala ini : Tak kira..wa nak apdet gak blog ni ari ni!!!! Ekekeke

Aku tengah prepare entri bergambar weekend lepas yang aku habiskan dengan berjalan sekitar Terengganu. Yelah, memang dah dekat setahun aku kawin dengan Cembam dan berulang alik ke Ganu. Tapi tak pernah lagi cuti panjang yang mmg untuk leisure. Selalunya just 2 hari, atau ada kenduri kawin dan lain-lain. Tapi weekend lepas memang untuk tentatif sendiri.

Aku sempat pergi Masjid Terapung Kuala Ibai dan Tasik Kenyir. Heee..Memang tengah menyediakan gambar-gambar untuk santapan korang lah kira. Hari ni aku tepek dulu gambar aku ke Tasik Kenyir. Tak lengkap pun sebab gambar kat Pulau Herba tak aplod lagi..tapi tu entri lain la.

Kami ke sana lalu jalan yang aku pn tak tau nama dia. Lepas 30 minit camtu sampai la kami kat simpang masuk Tasik Kenyir. Perghh..jalan dia azab. Lopak besar-besar. Memang pelan-pelan je bawak kat situ. Sampai-sampai je ada abang bot yang bertanya dan menawarkan servis. Cek punya cek rega kami sepakat nak amek pakej RM150 untuk 2 pulau. Pulau Herba dan Air Terjun Saok.

Punggah barang-barang makanan yang patut, kami pun naik le bot menyusuri Tasik Kenyir. Destinasi pertama Pulau Herba, tapi tu aku skip dulu gambar takde. Kat Pulau Herba, bot akan tunggu 20 minit. Kat Air Terjun Saok punye pulau plak sejam dia tunggu. Jadi campur perjalanan dalam 2 jam la untuk RM150 tu. Dia kira harga satu bot. Kalau sorang pn rega tu le. Kalau korang nk lepak lama kat satu-satu pulau tu, memang bot tu balik dulu kena caj lagi la.

IMG_6236

Ni le rupa Jeti Tasik Kenyir.

IMG_6237

Antara penumpang yang hadir. Along dan Haqqi ada di belakang aku masa ni. Tak masuk gambar plak.

Air Terjun Saok Tasik Kenyir

Haaa..ni la pulai Air Terjun Saok tu. Air tasik ni kehijauan je. Orang kata kalau hijau maksudnya dalam. Ntah le. 

Air Terjun Saok Tasik Kenyir

Cembam sempat berposing kat pintu masuk Air Terjun Saok ni. Hehehe

Air Terjun Saok Tasik Kenyir

Ni le rupa air terjun dia. Menakutkan skit nak ke tengah-tengah ke apa. Sebab ke kiri lagi tu memang terus air yang terjun ke bawah. Berbatu-batu kat sini. Nak manjat ke atas tu malas. Memang port kat sini je le kami.

Air Terjun Saok Tasik Kenyir

Amacam..best kan...sapa2 yg ada DSLR, cara nak wat air tu nampak camni adalah dengan kurangkan kelajuan shutter speed anda. Jadi la efek cam kapas ni.

Air Terjun Saok Tasik Kenyir

Along dan Haqqi. Ni macam post-wedding honeymoon ni. Cuma kami wat sibuk la. Ekekeke. Mekasih banyak-banyak-banyak Along sebab belanja naik bot yee. Moga murah rezeki untuk belanje kami lagi. Ekekekeke.

Aku sebelum pergi memang dah sedia singlet dan seluar 3 suku sebab berharap dapat mandi air terjun. So, memang tak tunggu dah. Sejam je pn botman tunggu kan. Aku dan Haiqal je la yang berendam dah kami je bawak baju spare.

Air Terjun Saok Tasik Kenyir

Haaa..best kan..cara beb!!! Tips utk gambar dia atas plak, lajukan shutter speed korang. Sebenarnya nak wat efek kapas cam gambar atas tadi. Tapi sebab Cembam tak besa, gambar tak sharp focus due to the slow shutter speed tu. Jadi aku lajukan shutter speed dapat la gambar camni. Nice job Cembam yeee

Air Terjun Saok Tasik Kenyir

Puas berendam, makan bekalan yang dibawa dan amek gambar. Aku terjumap plak sorang puteri bunian ni tengah rendam-rendam kaki. Baru balik Disneyland kot Puteri bunian ni sebab baju Disney. Akakakakkaa!!!

Air Terjun Saok Tasik Kenyir

Then tetiba datang plak puteri-puteri bunian yang lain ditemani goblin sekor kat depan tu. Ahahahahaha!!!

Hmm..memang best. tapi kalau dapat lepak lagi lama..lagi lah best kot. Leh explore apa ada kat atas nu. Tapi air memang laju. Tu aku lepak tepi2 je tu.

Comments

Syah Shah said…
kalau aku sejam tu adalah tak cukup okeh untuk berendam... paling kurang dua tiga jam... hohohohoh :P :P
Mak Su said…
ada pulau herba jugak kat situ? kat penang ada taman herba kan..... bestnyer! syahdu! dpt amek gamba santek2 pulak tu.... :)
Ann said…
cntik betul tasik air warna hijau tu.......kalo aku, mau berjam duk situ tgk keindahan alam..
Erina Asmawani said…
tasik hijau tu cantikkkkk sgt!
suka tgk gambar air terjun kapas tu weh
Masy said…
aku dah smpi tasik kenyir tu, tp x smpi ke taman herba. ah takmo ingt dah T____T

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga