Keropok Lekor BTB (Bukit Tok Beng) - Amek nombor dulu. Tekan butang tu ek

>> Wednesday, February 9, 2011

Keropok lekor adalah satu benda yang sangat common di Pantai Timur. Ibarat isi dengan kuku, bra dengan boobs (oh, utk negara barat tak suitable la 2nd tu..haha). Memang ada banyak tempat kat Terengganu tu kalau nak beli keropok lekor. Ate mungkin tepi jalan tu asal jalan je nampak le kalau kena tempatnya.


Keropok Lekor Losong popular gak dan rasanya memang ramai yang penah dengar, tapi aku tak penah beli sebab kuarga mertua aku kata tak sedap pun. Jadi aku ikut je la kan. Memang tak pernah rasa. Tapi, dekat area umah mertua aku tu memang ada satu tempat jual keropok lekor yang memang ngetop gile. Asal lalu je keta penuh tepi jalan macam orang pergi semayang Jumaat Haaa.

Tempat yang aku maksudkan ni nama dia lebih common dipanggil "Kopok Beratur". Tapi nama official kedai dia Keropok Lekor BTB. BTB stands for nama tempat tu Bukit Tok Beng. Dulu aku dok kenal dengan nama dia  Kopok Beratur jadi aku ingat BTB tu Beratur Tapi Berbaloi...ahahaha.

Memang ramai sokmo Keropok Lekor Bukit Tok Beng ni. Bila aku balik hari tu memang aku beli jugak la alang-alang kan sebab adik and kakak ipar aku memang nak beli pun. Sekali bila pergi sana yang lebih mengejutkan dari punya ramai umat tu ialah - Ada nombor giliran mcam pejabat pos tu!! Tu nampak nombor masa tu 1055. Korang tau nombor aku dapat baper? 1650!!! Ahhaha. 600 lagi weh.


Sambil tunggu dalam setengah jam makan jeli kelapa, cuma 4 nombor je bergerak. Memang balik dulu le beb. Then kakak ipar aku plak amek aleh tunggu. Dalam kul 6 ptg smpi kul 7 gak tunggu. Tapi tak dapat gak. Dia dah kutip nombor lagi awal skit 1411 ntah sapa punya. Nombor tu amek kul 12.30 tengahari dan kul 7 petang tu baru 1230. Ahhahaha. Pale otak betul weh!!



Lepas maghrib aku gi lagi try. Masa tu akak tu kata yang pegang nombor sume dah dapat. Akak ipar aku sejam kat situ takde plak dengar announcement tu. Tp last-last dapat gak la 150 hengget punya kopok leko. ada dalam peti ais tu. Beli utk adik tapi kena tggu wiken la nak pass. 

Memang sedap la kopok dia. Ko tengok tu kawasan operasi dia. Berperiuk2. Bakar pakai kayu api je. Huhu. Tapi memang dahsyat la. Beli kopok lekor pun amek nombor bebbbb~~~ Betul la orang kata. Kalau buat benda tu sungguh-sungguh. Jual kopok lekor pun leh jadi macam bank. Huhuhu~~~


10 comments:

Masy February 9, 2011 at 9:49 AM  

lagi dasat! matiklah nk tunggu wehhhhhhhhhh. order calling2 je xleh ke? huuuh

Nazz@Purple February 9, 2011 at 10:03 AM  

wah..tak sangka giler..sedap sgt2 ke..teringin nak rasa..tp jauh tu..

Mr PenyuBiru February 9, 2011 at 10:33 AM  

ooo..ni la kepok lekor yg diperkata-katakan tu. aku dgr citer,sampai ada customer yg bertumbuk pasal potong q. tu pasal lah diorang buat sistem nombor.

baru ni aku balik,tak beli pun sebab ramai giler org beratur kat mana² yg ade jual kopok lekor.malas aku nak beratur.

HEMY February 9, 2011 at 11:26 AM  

masy : yeee...mmg azab kan..nombor plak ada jenis durjana amek byk2

nazz@purple, amek kat bangi ni pn leh..hehehe

penyubiru : bertumbuk bagai..demm..mmg dasar sungguh..haish..

PnConfused February 9, 2011 at 11:33 AM  

huihh.. lagik sangap kalu tunggu cem nih..... huhuhuhu

syah shah February 9, 2011 at 11:42 AM  

mak oii... gila ding dong ah cenggitu... bank pun kalah ok??

Nem0 o0h Nem0 February 9, 2011 at 11:52 AM  

sedap sgt ke? yeah smpai dpt no,ne tggu smpai mlm..kalo sedap berbaloi la..hehe

cikceriacorner February 9, 2011 at 2:03 PM  

kopok lekor makan panas2 best..hehe

HEMY February 9, 2011 at 3:42 PM  

memang sedap gak la dari yg penah rasa sebelum2 ni

Erina Asmawani February 12, 2011 at 12:20 AM  

gila dahsayt kopok lekor ni..nak rasa..huhu..(de bawak g umah wafa nanti tak) :P

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP