Hikayat sang nyamuk dan kereta bergerak perlahan di LPT

>> Tuesday, February 8, 2011


Dedaun hijau pokok jambu air itu adalah syurga kediaman koloni sejenis nyamuk. Gulungan-gulungan pucuk daun muda itulah tempat tinggal sebuah keluarga nyamuk yang hidup penuh gagah tanpa regret untuk bertahun-tahun lamanya. Beratus ekor anak-anak yang dari kecil ke besar gagah berani berjuang menghisap darah dari makhluk lain terutamanya manusia yang sudah mula peka untuk menjahanamkan petempatan setinggan mereka di tadahan-tadahan air yang dulunya syurga mereka. 

Cipon adalah abang sulung pada adik-adik keluarga nyamuk tersebut. Sebagai nyamuk jantan yang dari azalinya menghisap madu-madu bunga, Cipon seringkali bermuram durja. Bila terbang, bunyi irama getaran sayap Cipon pastinya mendedangkan lagu-lagu sedih seperti Gerimis mengundang dan Jangan kau ucap selama tinggal. Adik-adik betina Cipon berpeluang untuk berjihad menghisap darah dan melangsungkan generasi keluarga mereka. Tapi Cipon hanya meneruskan hidup menghisap madu. Memang itulah suratan takdir bagi nyamuk jantan. Takde life ibarat kata orang putih.

Dek keboringan hidup Cipon, kadang-kadang ada juga dia cuba buat benda ekstrem. Bungee Jumping, sky gliding. Tapi sebab memang spesis leh terbang. Nak adrenaline rush apa nya stakat bungee jumping ngan sky gliding tu. 

Suatu hari Cipon terlihat sebuah kereta yang tuannya sang manusia terlupa untuk menutup tingkap. Cipon terasa begitu tertarik dengan kereta. Selalu sangat Cipon tengok menatang nama kereta yang boleh memuatkan 4-5 manusia dan boleh pulak bergerak laju. Penah juga Cipon cuba nak race dengan kereta, sudahnya baru stat je dah tertinggal 4 tiang. Makan debu je Cipon.

Cipon pun memberitahu pada kawan-kawan dan adik-adik jantannya yang lain. Mereka memang selalu lepak ngan Cipon menghisap madu bersama-sama.

"weh jom la malam ni kita lepak dalam keta tu. Aku teringin gak nak tau ABS dengan Airbag tu rupa camne. Selalu gak tengok dalam iklan beb"

"Wah..cara tu abang Cipon, Tanti nak ikut gak boleh. Lepak kat kusyen dia dengan perut penuh darah ni, naymuk kata nanti anak keluar bulu kaki dia blonde bang. Boleh ye bang?"

Maka sekonyong-konyong dalam 20-30 ekor nyamuk pun mengikut jejak Cipon untuk bermalam dalam kereta yang terbuka tingkapnya tadi. Mereka bukan main ralit lagi main dalam ruang kereta tu. Depa main jadi-jadi sepanjang malam dan bila dinihari hampir menjengah barulah mereka tidur. Nyamuk ni memang biasanya ligat waktu malam dan lewat petang.


----------------------------------------------------------------------


Waktu pagi 4-5-7 ekor kawan-kawan Cipon merayap keluar dari celah-celah enjin dan mana-mana saja la yang mereka pilih untuk jadikan tempat tidur di segenap pelosok kereta tadi. Cipon masih tak puas tido dan terus je tido dan tido.

Bila waktu hampir senja baru Cipon rasa lapar dan mahu keluar untuk mencari madu santapan. Bila Cipon tengok tempat tido dah banyak kawan-kawan dan adik dia takde. Jadi Cipon pun terbang keluar. Tapi kat ruang udara tu takde sekor nyamuk pun yang dia nampak. Puas Cipon memanggil-manggil tapi takde sapa yang menyahut. Lepas penat pusing-pusing tak jumpa bunga, Cipon pun lepak rehat.

Dari jauh dia ternampak adik dia tengah terbang berlegar-legar.

"Didi!!! Baru nampak suntik idung panjang ko. Ko ke mana dari taaaaa...". Belum sempat Cipon menghabiskan ayat dia dua tapak tangan gergasi mengkelempapkan Si Didi tadi. PAP!!!!. Depan mata Cipon, Didi kena penyet dengan jari manusia tadi.

"Banyak balik nyamuk. Rasa dah mampus banyak dah tadi"

Jahanam manusia!!!! Bentak hati Cipon. Dia cuba mengetit dua orang manusia tadi. Tapi Cipon tak berapa mampu sebab idung jarum nya tidak cukup kuat untuk menembusi liang-liang kulit manusia-manusia tadi. Bila dia ketit, tak lepas.

"adeh gatal..nyamuk lagi"

Sebesar-besar tapak tangan cuba untuk menghempap Cipon, tapi Cipon melompat dari spot tadi dan terbang. Kemudian dua tapak tangan plak cuba mengepit Cipon. Cipon mengelak gracefully dengan hebat. Irama sayap Cipon sekarang mula mendedangkan lagu "jahatnya kamu". Manusia tadi tak putus asa. Dicuba pulak menangkap Cipon dengan menangkap Cipon dalam genggaman. Tapi Cipon dengan mudah mengelak.

"Baru kau tau manusia. Ingat senang nak bunuh kaaaa.."

PAAAPPPP!!!!. Belum sempat habis takbur dan riak Cipon terbunuh di tengah-tengah dua tapak tangan manusia tadi.

"Hmm..ni yang last kot. Hehehe". Manusia tadi puas hati. Ditenyeh-tenyeh sampai lumat si Cipon dengan jarinya. "Haishh...ko la ni tutup pintu tak check tingkap. Satu keje plak nak tepuk-tepuk nyamuk ni haaa"


"Ahahaha..ok la tu. Ada benda nak buat sambil tersangkut kat jam LPT smpi KL ni"

Cipon died in vain. Baru dia ingat pesan mak dia. Kereta tu manusia punya. Jangan nak mengada-ngada. Wisdom of the story, benda bukan hak kita jangan ngada-ngada nak ejaz gak yeee..

5 comments:

PnConfused February 8, 2011 at 11:08 AM  

jem wehhh...


aku nk blk penang ahad tuh... teringat nostalgia blk n p KL bila time raya2

bardboo February 8, 2011 at 11:10 AM  

dgn itu tamatlah riwayat idup cipon..hehe...ciannyer..

Jom Lawat Blog Bardboo

syah shah February 8, 2011 at 12:25 PM  

tak buleh blahhh lepak atas kusyen nanti anak kuar bulu kaki blonde... Muahahahahahahah gelak guling-guling aku

Mak Su February 8, 2011 at 1:32 PM  

adoi, kelakau ler cerpen hemy ni ;)

Masy February 8, 2011 at 2:50 PM  

sian cipon. nama je dah mcm ah-pon(dan).. haihhh hahahha

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP