Skip to main content

Nostalgia Cikgu Rohaidah - part 2

Aku jadi pengawas waktu aku sekolah rendah sejak dari darjah tiga. Baju hijau muda, seluar dan tali leher bergetah adalah pakaian aku 5 hari seminggu selama bertahun-tahun di sekolah rendah. Pada waktu perhimpunan tiap Hari Isnin, aku adalah antara pengawas yang ditugaskan untuk memakai blazer warna maroon dan berdiri di hadapan barisan murind-murid yang lain. Pernah sekali kami dah terlambat, abang-abang pengawas yang lain tak pakai pun blazer seperti biasa, tapi aku dan kawan aku tetap akur dan mengenakan blazer seperti Hari Isnin yang lain. Sudahnya lepas perhimpunan kami berdua je yang tak kena lecture kaw-kaw dengan Cikgu Rohaidah.

Sewaktu aku ditugaskan sebagai pengawas doa yakni yang tukang baca doa setiap kali perhimpunan, aku dan ketua pengawas (bukan aku ketua pengawas) akan berdiri di tingkat satu memandang ke bawah. Macam biasa memang sangat la bising bila semua murid-murid dok bersembang sesama sendiri. Biasanya ketua pengawas akan bagi arahan "tangan angkat, tangan jatuh, sedang diri, jaga sedia". Then aku akan baca doa. Selalunya memang susah nak kasi sume diam untuk baca doa dan aku akan terus je baca sampai semua murid akan aminkan bacaan doa. Masa tu je senyap sume.

Tapi, bila CIkgu Rohaidah sudah naik tingkat satu, sume akan senyap gileeeee. Kalau ada yang kentut perlahan pun kompem kantoi. Kadang dah lama senyap tu kan, aku pun baca la doa..sekali Cikgu Rohaidah pusing tengok aku sambil jerit seraya menuding jari pada aku "Jangan baca doa!!!!" Mwahahaha. Terus aku lepak je diam sampai Cikgu Rohaidah benarkan aku baca doa.

Bila waktu PJ awal pagi waktu pertama tu, habis je masa..memang kami pakat lari lintang pukang la balik ke kelas tukar baju sume kalau kelas berikutnya kelas cikgu rohaidah. Memang masing-masing bersiap sepantas kilat. Kalau lambat je, masuk tu Cikgu Rohaidah dah siap catat soalan latihan untuk hari tu kat papan hitam. Masa ni memang rasa lagi best jadi kawan yang takleh gi PJ sebab sakit.

Pernah sekali nak dijadikan cerita, aku mewakili sekolah untuk pertandingan musabaqah selaku wakil qari untuk acara tilawah al-qur'an. Selalunya event ni akan amek masa sampai pukul 2 lebih macam tu. Jadi tahun-tahun lain memang ustaz akan terus hantar balik rumah la. Jadi hari tu aku cakap kat abah tak payah ambik/tunggu aku balik sekolah sebab ustaz terus hantar. Sekali event tu abih dalam kul 11.30 camtu je sebab ramai Qari yang tak datang. Oh, aku dapat johan dan terpilih untuk terus wakil daerah. 

Aku cakap kat ustaz anta balik umah (memang lalu umah aku jalan nak ke sekolah yang host musabaqah tu) tapi Ustaz cakap awal lagi, kena balik ke sekolah. Demm!! Sampai kat sekolah masa Cikgu Rohaidah, dah ada soalan-soalan kat papan hitam kena salin. Tapi masa tu Cikgu Rohaidah mesyuarat. Adik aku balik setengah jam awal dari aku, jadi abah amek adik aku la hari tu. Selalunya dia amek adik lambat sebab sekali dengan aku.

Masa tu aku budak, takleh pikir panjang. Aku cuma pikir, "ah..kena balik skang ni. Kalau tak kena balik jalan kaki". Then aku cakap kat kawan aku, "aku tak kira balik lagi sini la ek. Takyah buat la latihan ni" dan terus dapatkan abah untuk balik sama.

Petang tu aku gi sekolah rendah agama (selangor mmg ada sekolah pagi dan petang), korang panggil sekolah fardhu ain. Sekali aku dapat pesan dari Cikgu Rohaidah daaa. Kawan aku bagi aku buku latihan aku. "Cikgu Rohaidah kem salam. Ko kena buat gak latihan tadi". Aku memang dah cuak gileeee. Mujur kawan aku bawak buku dia, jadi aku boleh salin soalan-soalan.

Pagi esoknya aku kena panggil pergi depan kelas. Kena marah beb. Menangis gua. Cikgu Rohaidah siap bagi tisu lagi. Dia marah saiko je bukan tengking.

"Hmm..satu sekolah kecoh, kena buat report kehilangan seorang pelajar pulak. Suka-suka hati kau je nak balik macam tu ye. Kamu ingat sekolah ni tempat apa..bla bla bla"

Memang wa nangis syahdu pelan macam tu. Air mata mengalir beb. Habis satu kelas, baru aku duduk balik. Pergh~~~~ Memang ingat sampai skang punyeeee~~~


Manalah Cikgu Rohaidah skang

Comments

zonaku said…
riki la ngan PPD.. apa lagi.. x pun upload kat FB .... mesti ada sorang dua y tau mana dia skrg ni
Faaein Himura said…
cikgu mana yang tak risau tetiba anak murid dia hilang gitu aje kan..

apa2 pun satu kenangan yg mmg takkan dilupakan tu.. huhuhu..
Hanizan said…
syahdu... aku pun ada pengalaman lebih kurang mcm nie...
Masy said…
jap bygkan ko nanges~
cikceriacorner said…
cari kat FB..tanye kat kengkawan lain
KTS said…
lelaki menangis adalah sangat macho

.
.

ya. sila kembang hidung

hihihi
HEMY said…
tanya PPD je blum..yg lain dah buat..nnt la try zonaku

mmg takleh lupa faeein

hanizan, wah..tak sangka ko smpi sini. cerita la ko pny plak

hero jepun nangis tau masy..tak caya tanya KTS and betul..mmg macho..comel gitu kalau kami nangis

ceria corner, aku dh tnya kat FB, kawan2 lain pn ada cari...tak jupe
Erina Asmawani said…
hee..seronok pulak aku baca kisah cikgu rohaida ko ni..teringat2 zaman belaja dulu. Sama cam cikgu aku dulu, aku gigih salin laju2 sebab nanti yang line 1st dia padam.

Haha..part kena suruh diam masa baca doa tu kelaka ;p

Aku pun pernah kena marah ngan sorang cikgu ni, cikgu Asiah namaya, gara2 dia ingat aku yang bagi hadiah kat cikgu lelaki ni. Padahal bukan aku (T_T). Kene tengking depan kelas sampai aku nangis sedu sedan. Esoknya dia tau, bukan aku..huhu..sadisss!
Erina Asmawani said…
haa..lupe plak..cikgu rohaida tu marah ko sebab dia sayangkan ko tu. Kan? Kan?

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga