Skip to main content

Nostalgia Cikgu Rohaidah - part 1


Masa aku masuk sekolah rendah - SRK Dr. Abd. Latiff Sabak Bernam, kakak aku bersekolah di sekolah yang sama, tahun 6. Guru kelas Kak Wa bernama Cikgu Rohaidah. Kak Wa selalu cerita kegarangan Cikgu Rohaidah ni. Bila aku masuk darjah 4, itulah kali pertama aku berhadapan secara official dengan beliau. Cikgu Rohaidah adalah guru kelas kami. Di situlah bermulanya kisah kami anak didik Cikgu Rohaidah.

Cikgu Ruhaidah memang terkenal dengan ketegasan dan kegarangan beliau. Beliau sangat menitik beratkan akademik. Suara nyaring high pitch beliau sangat digeruni. Cikgu Rohaidah mengajar kami bahasa inggeris dan matematik. Zaman tu, zaman pakai kapur. Cikgu tu sendiri yang kena tulis soalan satu-satu kat papan hitam sambil anak murid menyalin setiap satu. 

Cikgu Rohaidah akan membhagikan tiga papan hitam dengan melukis 2 garis lurus. Beliau akan start menulis soalan-soalan matematik dan bahasa inggeris dengan penuh tekun bertemankan debu-debu kapur. Setiap hari, Cikgu Rohaidah akan memberi 50 soalan matematik dan 50 soalan bahasa inggeris. 

Jadi kami murid beliau akan menyalin soalan yang dicatit pada papan hitam sepantas yang mungkin. Bila column pertama siap, column kedua plak beliau beralih utk menyambung soalan-soalan tadi. Jadi baru la column pertama boleh ditatap dengan sempurna oleh kami. Tapi budak dulu gigih, sanggup tertunduk-tunduk nak catit gak soalan walaupun column pertama tu belum penuh dan susah nak nampak dek dilindungi tubuh kecil molek Cikgu Rohaidah tadi.

Bila column ketiga siap, column pertama tadi akan dipadam oleh cikgu. Haa..sapa yang lembab sangat kena la salin dengan kawan-kawan. Macam tu lah rutin kami setiap kali masuk waktu Cikgu Rohaidah mengajar dan memberi latihan ulangkaji. Cikgu takde nak suruh kami beli buku ulangkaji kat luar macam yang budak sekarang rata-rata dinasihatkan. Memang dia yang salin balik.

Aku masih ingat sambil aku salin, aku akan terus jawab soalan-soalan tadi. Jadi bila habis je salin, selalunya memang aku dah siap dah jawab. Tu salah satu sebab aku tak pernah ada kerja rumah. Dok main je haa. Buku aku plak selalunya kawan-kawan nak pinjam nak wat semakan. Kadang aku bagi, kadang tak bagi. Kadang bila tak bagi, hilang dari dalam beg. Gila cuak ingatkan tertinggal kat rumah. Gila kau tertinggal buku kat umah, mampus berdiri kat luar le jawabnya. Tapi kang tetiba muncul balik dalam beg, memang sah-sah ada kawan curi2 amek nk semak jawapan. Hehehe.

Macam tu la slah satu kerenah yang jadi nostalgia masa aku di bawah bimbingan Cikgu Rohaidah ni. Buku latihan matematik dan bahasa inggeris setiap satunya ada 5 naskah. Jadi bila hantar buku 1 hari ini, esok sambung salin latihan kat buku 2 sementara buku 1 dihantar untuk ditanda. Punya la sistematik Cikgu Rohaidah ni.

Tiap-tiap pagi kami akan nampak cikgu Rohaidah dengan basikal chopper beliau warna biru handle jipang sambil payung disangkut pada handle belah kirinya. Cute je kecik dari jauh. Kalau ko tengah main ke apa ke tetiba nampak Cikgu Rohaidah mengayuh memasuki perkarangan sekolah, masing-masing akan berenti dan cakap "cikgu Rohaidah weh".

Hehehe. Mana la Cikgu Rohaidah sekarang...

Comments

Masy said…
kakak ipau aku sorg nama Rohaidah. hehehhhe
~mrs azmi~ said…
betul! dulu mana ada beli buku ulangkaji bagai ni.. sume dok salin dari papan hitam tu + abiskan latihan dalam buku teks..

klu math ok lagi..

ingat lagi nak salin nota alam & manusia! memang cramp tangan nak menyalin...
Syah Shah said…
menggamit memori betul... heheheheheh :D :D

aku dulu takdela sambil salin terus jawab, besa dah abes time skolah, sambil tunggu mak aku datang kul nam tu, settle kan laa... bila balik umah cuma tolong mak aku buat kerja-kerja rumah je laa... :D :D
HEMY said…
tu la..budak skang baru darjah 3 dah tusyen..mak aihhhh
Tina Rahman said…
raya thn lepas br jumpa cikgu rohaidah n anak dia..now dia dekat perak..lupela aritu dia ade ckp kat mana..tp dia ttp sama..ttp cute..
Anonymous said…
nk tny masa kakak u blajar tu tahun brapa????

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...

Pantai Seberang Takir. Pengalaman Pukat Tarik

Pantai Seberang Takir is just one infamous beach that has been 'tambak' to prevent big flood and the safety of the houses along it. My Atok in-law's house is one of those many houses. Everytime I paid a visit to my in-laws, Atok's house is a must. Sometimes we didn't really do anything particular and just sitting by the beach enjoying the breeze and the salty taste of the air. Nurin and her sisters and Haikal dipping in the water. (Can you guys feel the mood of this picture. What do you guys feel when you look at this photo. Plz help me by giving feedback as I want to step a level higher in photography by taking photos that inspire people..thanks) Right after the Yebbit with Nurin and plucking the mangoes, we went to the beach. I brought the kain pelekat, my short and my towel as I intended to have a dip. But at the end I just take photos and ate the keropok lekor. Berlari ke laut (running towards the sea). But that evening was a bit special. I had a nice fi...