Skip to main content

Ilmu berenang zaman ini?

Kita semua tahu, well aku assume korang tau la sebab memang patut tahu..yang ilmu berenang adalah salah satu ilmu kemahiran yang dituntut oleh islam. Berenang, menunggang kuda dan memanah. Tiga ilmu ini sepatutnya jadi asas kemahiran yang patut ada pada semua umat islam kita. 

Tapi aku? Atau senang cerita, kita semua ada ke tiga2 ilmu ni. Memanah tu takyah cerita la. Payah benor nak belajar. Tempat nak belajar pun satu hal. Nak main yang disediakan oleh pihak tertentu pun agak mahal. 

Menunggang kuda? Lagi le payah. Dah jadi sukan untuk orang kaya je skang. Leh dapat rasa menunggang satu round 5 ringgit kat Pantai dekat-dekat Telaga Daing tu je la. Hahahaha. So memang le tak harap dah weh nak menunggang kuda. Kena tunggang yang kena masuk singgit tu je la siap ada lagu. Ekekekeke.

Jadi yang tinggal dan patut boleh dimahiri oleh kita - berenang. Tapi..masih lagi tapi..korang tau berenang? Ahahahaa..haram la weh. seploh orang kalu tanya mungkin sorang akan kata, "boleh..reti. tapi tak tentu la leh idup ke tak kalau tercampak masuk sungai ke laut ke". Tapi memang betul kan? Susah sangat la nak jumpa orang tahu berenang.

Faktor bandar takyah la bagi. Sebab orang dok tepi laut pun tak tentu reti berenang. Wife aku adik beradik tak reti berenang. Tinggal la ayah mertua aku yang reti. Orang dulu-dulu. Tapi mungkin faktor dari kecik mak ayah tak kasi main or berenang jauh-jauh ke kan. Jadi memang tak berani nak cuba. Lagipun laut sekali ko cuba..kot hanyut. Mati tu bukan cuba je..memang mati terus. 

Tapi irony kan? Kita tengok sekolah orang kulit putih, macam amerika sana tu, boleh kata kokurikulum wajib mereka. Mereka ada swimming pool untuk setiap sekolah yang mana ada masa pendidikan jasmani diorang untuk belajar berenang. Kita kat sini takde. Tapi kalau takde sekali pun, kalau setiap daerah ada kolam renang umum dan ada jadual kokurikulum untuk semua sekolah-sekolah ni ajar anak murid diorang berenang tak ke bagus. 

Ok la kalau kata ramai sangat..susah (besa la manusia, lagi2 melayu suka bagi alasan), apa kata ada kokurikulum yang bagi option kalau mereka2 ni nak belajar berenang. But still tiap satu daerah tu biar la ada satu kan. Bukan ke lagi bagus daripada nak buat menara 100 tingkat yang takde kepentingan.

Aku boleh berenang. Tapi tak mahir. Kalu tengah jalan-jalan nampak korang terkapai2 nak lemas tu..maafla..aku leh jerit mintak tolong je atau hulur kayu. Daripada aku try masuk selamatkan ko dan mati sekali, ibarat bunuh diri..ko reda je la mati lemas sorang2 ye..Ahahahaha. Itu pun aku blajar sendiri kat kolam umah kampung lama aku dulu. Start dengan kelapa tua sebagai pelampung, gaya menyelam, pelan-pelan kayuh tangan dan sessi-sessi sendiri berenang kat swimming pool bukit jali 5 hengget satu sessi.

Ada aku tengok keluarga yang ada inisiatif hantar anak-anak diorang blaja berenang. Tapi of course la kena byar duit poket sendiri. Yang aku cuba sampaikan, kalau diselaraskan kan ke bagus.

Hmm..Hmmm...kan?

Comments

Teman lelaki aku sekrang ini akan kata...

"kalau awak lemas, saya tak terjun tau? sebab saya tak pandai berenang. Saya minta tolong orang lain."

Aku akan jawab pada dia begini.

"saya boleh berenang untuk selamatkan diri sebab ada pergi kursus berenang. kalau awak lemas dengan saya sama2, saya tak boleh bawa awak sebab saya tak pergi kursus menyelamat"

ha ha ha


P/S ; aku belajar berenang free sebab aku jurulatih Koko~

:)
zonaku said…
hhhmmmm... baiklah.. akan aku trskan niat nk belajar berenang

br2 ni berkobar2, tp semangat dah kureng sket..


tq sebab kasik reason untuk aku teruskan niat belajar berenang
Masy said…
aku masih mencari keberanian nk masukkan kepala dlm air tanpa rasa fobia. pastu br leh blajau berenang.

masa aku skolah rendah dulu, mmg kitorang sekelas dah nk daftar dah blajau berenang (dlm kem askar dia ajau free je x silap aku masa tu or byr murah). tp cikgu aku yg islamik giler tu x bg hok pompuan2 ni pegi, auratttt katanya. oit aku baru darjah 3 laaaaaaa T_______T
Syah Shah said…
mind you, belajar berenang dalam pool tak sama macam berenang dalam sungai atau laut sebab arus dan tekanan dalam air yang berbeza... kat pool tadak arus...

macam aku, berenang dalam pool memang lancar je, macam pro... cuba pegi laut atau sungai, harammmmmm tak bergerak-gerak pun rasanya... penat mengayuh jaa... hahahahahah :P :P :P
zella y said…
aku ngaku...aku xtahu berenang!! sob...sob...
aku reti berenang.tp tak kuat sgtla bila lelama dok floating.tetiba ja aku rasa nk buat aktiviti ni balik
HEMY said…
zara : bestnya dapat blajar free

zonaku : teruskan zona..tak rugi..dituntut lagi

masy : ler...rendam je kepala kat sinki tu haa..takkan la tak ilang fobia

syahshah : yep..mmg lain..tp kalau kat pool kita tau kita mampu berenang patah balik 5-6 kali..insyaAllah leh survive kot kat sungai

zellay : aku tgok pn tau ko tak reti berenang..ahaha

mooney : hahaha..aku tak tau floating wehhh
zonaku said…
kalau masy rendam dalam lubang jamban camana?????? kan lagi banyak air
Masy said…
ada plk yg kena celur kepala dlm lubang jamban ni kaanggggggggggggg hahaha
HEMY said…
betul gak..dia tak berair sangat...masukkan dulu kepala..then flush..haa..bagus idea

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...

Pantai Seberang Takir. Pengalaman Pukat Tarik

Pantai Seberang Takir is just one infamous beach that has been 'tambak' to prevent big flood and the safety of the houses along it. My Atok in-law's house is one of those many houses. Everytime I paid a visit to my in-laws, Atok's house is a must. Sometimes we didn't really do anything particular and just sitting by the beach enjoying the breeze and the salty taste of the air. Nurin and her sisters and Haikal dipping in the water. (Can you guys feel the mood of this picture. What do you guys feel when you look at this photo. Plz help me by giving feedback as I want to step a level higher in photography by taking photos that inspire people..thanks) Right after the Yebbit with Nurin and plucking the mangoes, we went to the beach. I brought the kain pelekat, my short and my towel as I intended to have a dip. But at the end I just take photos and ate the keropok lekor. Berlari ke laut (running towards the sea). But that evening was a bit special. I had a nice fi...