Skip to main content

Dosa dan kasih seorang abang

Sambil aku dok layan Oh Yeah yang aku copy dari kawan aku ni, aku belek-belek gambar-gambar yang aku penah amek tapi tak penah pos. Then aku terstumble satu gambar yang aku amek ni. Moment nye cantek dan sungguh comel. Langsung terus aku teringat kisah waktu aku seorang abang yang ganas, pemarah dan suka pukul adik-adik dia dulu.

Dulu aku memang bengis kat adik-adik. Yelah, diorang tu mengada-ngada. Kalau mak aku dan abah aku keluar ke pekan suruh jaga adik kat umah, balik tu mesti nangis punye lah adik aku. Ada je la yang nangis. Kecoh betol. Sume nak report!! Ada la banyak-banyak benda aku buat kat adik aku bila dikenang balik tersenyum sendiri..tapi dalam pada yang sama rasa sebak juge la wat camtu.

1) Lepas tengok satu citer kat tv pasal hero yang pecahkan gelas dengan hanya memandang, aku terus amek satu cawan dan letakkan atas tong biskut meri. Aku tenung je tajam mimic hero tadi. Tiba-tiba adik aku yang laki tu pergi usik cawan aku tu. Aku terus lempang beliau!! Muka dia terkujat juge la. =[

2) Mak aku ajar wat panah guna buluh sebagai busur dan lidi sebagai anak panah nye. Mak aku dh cakap, jangan biar mak nyesal lak ajar korang ni. Aku yang terlalu kreatip ni pergi ikat jarum depan anak panah lidi aku.  Tengah adik aku mandi, aku panah dia. Melekat kat lengan. Then aku pegi kat dia yang tengah nak nangis sambil kata sori dan mintak jangan bagitau mak.

3) Aku main sorok-sorok dengan adik. Then bila turn aku carik dia, aku nampak dia sorok bawah tilam. Ada ke sorok bawah tilam..kompem la nampak. So aku wat-wat tak nampak sambil aku pijak-pijak dia dan panggil nama dia "mana la nurul ni ye...nurul..ohhhh nurul". Lemas nak mati gak la adik aku. Pastu mak aku marah kat aku, masa tu adik aku dah nangis2. Mak suh mintak maaf..aku salam adik aku cakap maaf..adik terus peluk aku sambil nangis. Then mak cakap "Haaa..adik punya la sayang ko"


Macam-macam lagi sebenarnya. Tapi ye lah..diorang ni kalau aku tak bengis mengada-ngada (alasan). Bila aku dah besar, dok sekolah menengah..aku dah tak bengis. Tapi masa tu aku nampak adik-adik aku besar kepala. Tapi takdela wat mende yang tak elok pun. Tapi melawan la apa sume. See..baik biarkan ketakutan untuk keamanan kadang-kadang...ahahahahaha!!!

Lepas masuk matrik lagi la rasa hargai keluarga dan adik-adik tu lebih tinggi. Dan aku mula jadi lebih pada rakan untuk diorang. Aku melawak dan ceriakan hidup kami sebagai adik beradik. Aku tau adik-adik aku mesti muntah nak ngaku. Tapi deep inside their heart..diorang tau abang diorang antara yang best dalam dunia ni.

Uhuk uhuk..touching plak malam-malam ni. Zassss~~~

kasih abang pada adik

Comments

AkuBukanLelaki said…
betol2..tang aku xleh lupa..aku gaduh tarik2 rambut ngan akak aku mase skola rendah..perghhh
Masy said…
nomo 3 itu sedih ok. ko ni kejam betul laaaaaaa. tp aku penah tgk sendiri anak buah aku camtu, abgnye menangis marah2 siap tolak lg adik dia. yg adiknye dgn muka memujuk terus pegang tgn abg, xde plk nk pukul abg dia blik ke. tacinggggggg siot
KTS said…
tajuk entri ni lebih seseuai : DOSA SEORANG ABANG


hahaha... ko kijam. tapi aku tetap suka ko


:P
k.e.r.i. said…
patut lah besau-besau perangai ko keji semacam je bro.

HAHA
Unknown said…
gila kentang kejammm....



dlu2 aku gaduh siap nak tonyoh iron panas kat adik aku... hohohoho...
Kniedaz said…
dulu kecik2 kalau gaduh je main tarik2 rambut..kalau ngan adik lelaki yg sorang tu ganas sket siap baling2 barang..skang ni kami kamceng giler...usia mendewasakan kita kan
Hemy D. KindEmperor said…
@mendtak ijau ; ooo..tarik rambut dak pompuan je buat..ekekeke

Masy. mmg tacing wehhh..tu yg ingat smpi skang

KTS, abang dah berubah KTS.percaya lahhh

k.e.r.i, aku keji semacam je..ko byk macam beb...ahahahaha

pn confused, ko acah je kan? sptutnya buat je terus..baru ko pn wat entri camni
kuzaidi said…
time gaduh la meriah. lepas tu baik balik. lepas tu gaduh balik.ehe
Syah Shah said…
aku gaduh ngan adik aku yang loyer tu je, dengan yang lain takde pun bergaduh, baik aje... dengan yang loyer tu je kejap kang gaduh, kejap kang kamceng gila...

Sampai ke besar ni pun masih cemitu... heheheheheh :P :P
cikceriacorner said…
busuk2 mana pon darah daging kite..:)
touya said…
aku ngan adik aku cintakan keamanan , jadi kami main masak-masak .
anwar hp said…
macam ku kenal aje pelakon2 dlm gambar tu.. adik beradik lain mak lain bapak ker?

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga