Bila Natasha Hudson sudi jadi teman tiap weekend dan si isteri juga bersetuju..hmmm

Rambut yang panjang, bergulung ikal di hujung. Warnanya jingga kehitaman berliuk-liuk ditiup angin. Baju putih kain satin yang dikenakan begitu cocok buat tubuhnya yang langsing bak iklan "Blunis" gayanya. Dari jauh lagi sudah pasti tertarik hati yang memandang.

Dia menghampiri aku dan menguntum senyuman. Oh, manisnya. Matanya berkaca-kaca memandang aku dalam-dalam. Aku sahut tangannya dan berkata sesuatu namun aku lupa apa yang kututurkan. Kami berjalan dan aku memegang pinggang rampingnya.

"Isteri you camana?"
"Dengan you weekend je. Takpe la. Dengan wife I weekdays"
"Sukati dia je", gadis ditepi ku terus tersenyum manja
"Ok la kan"
"Ikut la"

Kami bagai merpati dua juta sejoli. Berjalan dengan riang sebelum aku terdengar suara wife aku memanggil ku di kejauhan.

"Bangun bangun...subuh~~~ Bangunnn~~~~"

........................

..................

............

Oh, mimpi rupanya. Cishh..Terus aku ceritakan pada bini aku. "tau tak orang mimpi...err..hehehe".

"Mimpi apa"
"Ada le"
"ceh..baik takyah cakap kalau taknak bagitau"
"Mimpi dengan Natasha Hudson"
"Hmphh..mimpi je laaaa~~~"

 
Credit to Pinography.hafizgiulio from google.

Ahahahaha. Haish. Dalam mimpi pun takpe la. Love you Natasha Hudson. Memuahhh!!~~~ Aku masih ingat saat pertemuan dan perkenalan kita. Kau berlari di tepian pantai sambi seorang pemuda cuba mengambil gambar mu. Kau dari dalam kaca televisyen, dan aku diluarnya. Begitula kisah kita bermula~~


P/S : tiada pinggan mangkuk, bantal kekabu mahupun muka yang masam terlibat dalam entri ini. Ahahahahaha!!!

Comments

Masy said…
natasha hudson plak? hahahah
syah shah said…
Ni mesti pasal ko layan cite tiramisu petang-petang tu kan? kan kan kan kan kannnnn??? Mueheheheheh :P :P
hemy said…
masy..nk wat camne dh dia datang pada aku..ekekek

syahshah : tu tania hudson la syahshah..tu adik dia...tp bole gk..cuma tak datang lagi pada aku..ehehe
zonaku said…
ooohhhh... bila tukar ni?????

seb bek cembam mmg logik akal fikirnya.....
Mak Su said…
waduh..... mimpi oh mimpi
cikceriacorner said…
hehehhehe...nasib baik xmimpi nenek kebayan...