Pada suatu masa dahulu, unggas hidup damai dan berpoligami dengan aman dan damai. Meraka hidup dengan penuh makmur dan berkawan sesama mereka. Anak helang akan keluar terbang-terbang dengan anak pipit tanpa mengira darjat. Mereka pergi library, shopping complex atau tepi pantai dengan riang gembira.
Di suatu sudut, 2 ekor rakan, merak dan gagak sedang bersembang sesama mereka di beranda mewah merak yang baru saja beliau anyam dengan ranting-ranting dan daun-daun kering maple import yang baru sahaja dibeli oleh beliau di kedai "Wak Wak Deco".
Gagak : pergh...kellaaassss la beranda baru ko ni. Warna warni.
Merak : Tau takpe. Penat aku kumpul duit nak beli daun-daun import ni. Kena order sebulan advance plak tu. Abeh duit simpanan aku taw.
Gagak : Ko mmg kawan aku yg kelasss~~
Merak : Tu la..kalau la bulu-bulu aku sendiri berwarna warni, tak ke ko rasa vogue gakkkk~~~
Gagak : Yelah..mesti aku lebih cun dan memuah cik merak.
Pada kala itu, Merak dan gagak berbulu putih bersih. Mereka sangat inginkan bulu yang berwarna warni dan seringkali berangan-angan untuk mempunyai bulu seindah itu.
Suatu hari mereka berdua berterbang-terbang seperti biasa di sekitar hutan mereka. Tapi kali ini gagak mengajak si Merak untuk berterbang jauh sedikit sebab dah boring dengan suasana hutan yang mereka.
Gagak : Jom la jauh skit beb. Kita kuar hutan skit. Aku dah banyak kali dengar kawan-kawan lain macam si helang tu kata pernah jumpa manusia. Kita try la. Jangan dekat-dekat. Kita usha dari jauh je Rak.
Merak : Boleh je. Tapi ko kena la tunggu aku. Aku bukan leh terbang jauh-jauh macam ko Gak.
Maka mereka pun terbang perlahan-lahan ikut pace si Merak yang tak berapa handal nak terbang. Dah..ekor meleret-leret berat, camna nak terbang jauh. Sampai dekat satu dusun, mereka terjumpa satu pondok manusia. Ditenung oleh mereka berdua dari jauh. Diperhatikan sahaja gelagat manusia tu. Si manusia sebenarnya sedang mengecat kereta sorong miliknya. Seusai kereta sorong itu dicat, dia akan mengecat pula pondok dan pagar sekitarnya. Dari pagi hingga ke petang mengundang senja Si Merak dan Si Gagak khusyuk melihat telatah Si Manusia itu tadi.
Merak : Gak, ko dapat rasa tak apa aku rasa?
Gagak : Dapat...gatal kan. Nyamuk banyak
Merak : Bukan tu la Gak..adehhh (seraya menepuk paruh). Ko tak perasan ke kalau warna ajaib tu boleh mewarnai benda-benda tu semua, kenapa tidak kita
Gagak : Eh, ye lah....baru aku perasan. Benda-benda tu sume tak berwarna sebelum ni kan. Terus cantik manusia tu buat dengan warna ajaib tu!!! Arrgghh..aku tak percaya!!! Aku nak pengsan!! Ark!!! Ark!!
Merak : Weh gagak!! Abeh yang ko dok tengok ngan aku dari pagi smpi ke senja ni tadi apa? Bukan warna ajaib tu ke?
Gagak : Oh, ko memang dah lama notice ke/ Aku dok tengok manusia tu dan compare ngan aku. Lain benar pizikal dia ngan kita ye...
Merak : Aduuu~~~ lembabnya ko gagak. Sudahla..benci taw nak layan ko. Apa kata kita guna warna ajaib tu untuk warnai diri kita Gak?? Amacam??
Gagak : Wah~~~ cara tu. Bila kita nak buat?
Merak : tunggula manusia tu pulang.
Mereka pun menunggu sehingga manusia tu bersiap-siap mahu pulang. Dikunci pintu pondok tadi dan terus berlalu dari situ.
Merak : Alaaa..beliau kunci la pulak pondok.
Gagak : Kita tengok kot ada tempat yang kita leh selit ke masuk
Merak : Ayuhh
Si Merak dan Gagak pun usha line yang membolehkan mereka masuk ke dalam pondok tersebut. Pusing punya pusing, mereka jumpa satu lubang pada dinding pondok tadi. Tak cukup besar, maka mereka pun membesarkan lubang tersebut dengan paruh mereka dan berjaya masuk ke dalam.
Tanpa membuang masa, Si Merak dan Si Gagak terus membelek tin-tin cat yang dipanggil warna ajaib tu dengan penuh girang gembira dan kekaguman.
Merak : Kita jangan buang masa la Gak. Jom kita cantikkan diri kita.
Gagak : Ok. Tapi sapa nak warna sapa dulu?
Merak : Ko warnakan la aku dulu..boleh la..please please. Lagipun last hari tu aku dah kasi ko rasmi beranda baru aku..boleh laaa..
Gagak : Ok la, OK la..camne ko nak aku warna ni?
Merak : Aku akan pilih kaler dan bentuk yang ko nak warna taw. Ko ikut je guide aku. Boleh? Ko kan tangan seni.
Gagak : Tengok burung la beb~~ Okeh. Tu ada cermin. Kalau ada yang tak kena ko bagitau ye
Maka Si Gagak pun mula mewarnakan merak dengan warna yang merak pilih. Setiap inci bulu merak diwarnakan dengan teliti. Segala bentuk yang merak nak dituruti.
Gagak : Adeh..lenguh paruh beb warna ko. Bulu banyak sangat..apa ko tak bercukur ke.
Merak : Kang aku tampo ko kang Gagak. Kalau aku cukur bulu jatuh la saham aku.
Gagak : Ekekeke..bergurau pun tak boleh
Gagak meneruskan kerjanya sehingga selesai. Bila merak tengok dirinya sendiri dari dalam cermin, Merak begitu kagum dengan warna dan hasil pelepah gagak. Tak berenti-berenti Si Merak memuji dirinya sendiri.
Gagak : Weh merak..bernanah telinga aku dengar ko dok puji diri sendiri. Turn aku plak ni. Haaa..cepat la
Merak : Ekekeke..sori Gak, aku teruja..OK OK. Ko nak warna camne?
Gagak : Aku nak base sume body aku itam. Baru ganas. Then ko guna warna-warna utk wat stripe, flame apa sume tu. Corak tu wat la ala-ala tatoo tu. Ko tau tak ni?
Merak : Halooo..ni merak ok. Orait. Ni aku dh sedia warna itam (Merak bersedia sambil masih membelek-belek bulu beliau)
Gagak kini kehitaman. Bila Gagak melihat cermin, dia mula tersenyum melihat warna bulu yang dulu putih sekarang hitam berkilat. Dalam hati beliau "Alaaa..cam buruk plak. Tapi kalau tambah kaler lain ni mesti cunn". Gagak meminta Merak mewarnakan paruhnya warna oren. Tetapi baru sahaja Merak ingin mencapai tin warna oren, pintu pondok tadi dibuka dari luar.
"Jahanam cat aku!!! Celake ko burung!!!", jerkah Si Manusia terkejut melihat keadaan pondoknya yang kucar kacir dengan tompokan warna di sana sini.
Rupa-rupanya, kerja mewarnai merak sahaja sudah menelan masa sehingga dinihari tanpa disedari oleh Si Gagak dan Si Merak. Meraka berdua berterbangan lari keluar dari pondok itu menghala ke hutan semula.
Gagak : Jahanam kau Merak!!!! Jahanam!!! Sebab kan bulu kau yang banyak, aku tak sempat nak warnakan bulu aku yang lain!!!
Merak : Maap la Gagak, aku pun tak perasan dah pagi.
Gagak : Skang warna hitam dah sekujur badan aku. Ni semua kerana kau!!!
Sedang mereka bertengkar, burung-burung lain tertarik dengan riuh rendah suara mereka. Pada masa itu seluruh hutan kagum dengan warna baru bulu si Merak. Si Merak dengan bangga mengembangkan ekornya tanpa menghiraukan perasaan Si Gagak.
Gagak pula ditertawakan oleh penghuni rimba yang lain. "Macam burung minyak!!!! Ni pasni mesti stat nak rogol burung dara yang lain!!Wahaahahahaha!!!". Macam-macam perlian yang Gagak terima. Gagak tidak dapat menahan marah lalu terbang dari situ.
"Mulai sekarang kita putus kawan Merak!!!!! Kau memang jahanam!!! Aku benci kau!!!!" lalu terbang pergi dari hutan dan menetap di pinggir bandar.
Begitulah ceritanya bagaimana Merak dan Gagak mendapat warna. Korang pernah dengar tak cerita ni. Aku amek dari buku cerita yang aku pinjam dari khutub khanah masa kecik-kecik dulu.
Comments
beb.. tang part 'ko tak bercukur ker?'
tu pocket nampak macam macam dah hahahah
so basically kalau nak tulung member,
sila berpada pada n pikir tentang diri sendiri sama :D
ini mcm karangan backing merak je ni. hehe
.
.
muahahaha... merak tak bercukur eh :P