Hong Kong Trip episod 1 (baca cam Upin Ipin nye intonasi)

>> Tuesday, November 30, 2010

Aku bertolak ke KLIA dari S.Alam pagi tu tersalah kira masa. Aku kira masa tu mmg sampai 2 jam sebelum, tp kalau drive terus dr S.Alam. Tapi aku lupa plan nak naik ERL sbb nak park kat Putrajaya je. Then detour jumpa member aku yang ada Octopus card so leh pulangkan utk dia.

Tapi akhirnya sampai sejam awal gak daripada masa kena masuk gate. Cuma nye kan...aku tak tau gate tu yang mana. Rupanya yang mmg nak masuk kapal terbang tu haaa. Aku mati-mati ingat gate yang masuk lepas cek imegresen tu. So sekali lagi salah bajet siap makan dulu, 10 minit lagi baru gerak. Ahaha..dengan nak naik bas lagi sebab auto-train tengah maintenance. Masa smpi kat gate mmg final call dah. Ahahaha. Tapi Alhamdulillah sempat naik gak.

Dalam flight aku layan citer Despicable me. Dapat duduk tepi tingkap. Aku nk semayang memang tak sempat sebab departure time 1.20 petang. Diorang offer makanan tapi aku tak tanya plak halal ke tak, and assume tak halal...so aku makan buah2an dan roti dia je.


Kami sampai dalam pukul 7 petang. Sana memang ibarat 8 malam dah la. Masuk2 je, ada pegawai tu terus panggil Cembam. Cembam ngan muka merah2, idung merah2. Cembam demam 2 hari sebelum nk bertolak. Dh pulun pil, tapi tak kebah. Masuk plak aircond pa sume. So sudahnya belum pape lagi Cembam dh dapat souvenir yakni penutup mulut tu. Kena cek ngan pegawai kesihatan. Depa sarankan jumpa doktor. Dalam seplo minit je detour.



Lepas amek bagasi dan melepasi sorang nyonya kastam yang wat muka suspek tengok beg aku, kami cari travel agency Royal Plaza sebab pakej termasuk bas pergi balik dari airport. Dapat sticker huruf K kat dada Cembam tu, kami naik bas dia lepas tunggu dalam 20 minit.




On the way, aku dapat tengok punya la tinggi2 apartment depa. Rapat-rapat pulak tu. Dah tu tepi2 laut dia. Tengok ar gambar atas tu. Tak ke sekali byk apartment depa.


Sampai kat hotel lepas sejam perjalanan. Hotel2 lain pn termasuk dalamservis shatel bas ni. Tu yang lama sikit tu nak sampai. So, gambar kat atas ni decoration kat lobi hotel kami. Masa check-in staff tu kata sume dah byar, tapi nk kredit kad utk deposit kot-kot aku guna caj2 servis lain. Kalau cek out tak pakai pape nanti dia revert balik. Then staf tu kata kami dapat apgred percuma bilik kami tu. 2 kali apgred. Fuiyoooo~~


Ni la rupa bilik kami. Tapi tak bawak laptop pun. Meja opis tu wat makan megi je malam tu. Rehat2 dulu malam tu, qada' 8 rakaat zuhur ngan asar, pastu jamak plak maghrib dan isyak. Mandi berendam air panas kat tab dia...fuhhh~~~ benda aku paling suka dok hotel air panas dia la. Hehehehe. 

Cembam memang rasa sejuk gile la sebab dia demam. So malam tu pas makan kami tidor dulu dengan niat sepanjang hari utk ke Disneyland esoknya. Hehehehe.

8 comments:

niesz November 30, 2010 at 3:43 PM  

da lame giler niesz x g bercuti..mau2!

Jard The Great November 30, 2010 at 4:54 PM  

hehehe.. bestnya da smpi hongkong. jeles!!!!

zonaku November 30, 2010 at 5:32 PM  

bestnya.....

sian cembam. sakit telinga x sepanjang dlm flight tu?

arianna adrizal November 30, 2010 at 7:55 PM  

rs cam nk menangis kejelesan aku tgk n baca cite ko ni.. wuarghhh~

Masy December 1, 2010 at 10:07 AM  

hampir tersungkur di dalam laut akibat kejelesan melampau. hahahah

zella y December 1, 2010 at 1:45 PM  

bestnyer ko gi holiday!! bw r ole2 utk aku hahahah

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP