Bila makan tengahari bersama rakan-rakan opis yang memang sekepala tapi tak sama job pay ni, memang macam-macam cerita yang kuar. Semalam kami bertukar-tukar cerita kala kami masih di alam study. Yes, alam paling best dalam hidup seorang manusia biasa. Tapi tak tahu la kalau ada yang lebih sukakan cerita dua alam Dr Romzey kan. No comment le jawabnya.
Salah satu cerita yang aku share bersama rakan adalah satu subjek Bahasa Melayu Moden, yakni subjek Universiti yang aku ambil masa aku study dulu. Nama lecturer yang mengajar aku masa tu adalah Ipin Said (baca : Aripin). Ipin Said merupakan penulis lagu Walinong Layang Sari yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza. Yeee..glemer kah? Lagu yang rhythm nye sama je smpi ke abih lagu itu adalah hasil nukilan beliau. Tu beliau yg bgtu, kalau beliau tipu aku pn tipu sume orang lah.
Nak dipendekkan cerita, kami ditugaskan utk buat satu assignment yang carry marknya 20 markah tak silap. Maka Ipin Said pun menjelaskan kpd kami hatta arakian tentang tugasan kami;
"Sila pilih dari tajuk-tajuk ni, dan buat satu ala-ala pamplet informasi sebaik mungkin ye;
1. Ipin Said seorang penyair
2. Ipin Said seorang penglipur lara
3. Ipin Said seorang penyanyi dan penulis lirik
4. Ipin Said seorang Wira gagah perkasa
Buat dalam lingkungan 20 muka surat, kulit dia biar berwarna apa sume. Kreativiti anda akan dinilai.
Sekian"
Yeee..begitulah lebih kurang tugasan kami dan aku terus paling pada kawan aku seraya berkata "D.E.M, kita buat tugasan pasal dia? Siap wat buku? Senang je ni..kita puji kaw2 je". Ipin Said juga menambah "Saya punya bilik awak boleh datang bila2 masa untuk buat sesi temuramah ke, apa ke supaya boleh dimuatkan dalam buku anda tu ye".
Maka kami pn buatlah dengan bersungguh-sungguh. Segala jenis ayat pujian yang mampu kami pikirkan sambil menelan pil tahan muntah. Dari sekecil-kecil pujian hinggalah yang melangit. Kami siapkan, amek gambar apa sume letak dalam tu dan print cantik-cantik. Kami bawa ke dewan kuliah untuk diserahkan.
Ketika di dewan kuliah, ada yang tak sempat nak hantar sebab tak print lagi apa semua kan. Maka berkatalah Ipin Said, "Korang yang nak hantar assignment, pastikan serahkan pada tangan saya ye. Bila saya ada kat bilik. Jangan selit bawah pintu ke apa ye. Sebab kalau orang nampak takut diorang ambik plak. Sebab benda tu memang orang nak"
Dan berakhirlah hidup aku sem itu dengan mendapat A selepas menjawab final test berbekalkan carry mark yang hebat. Fuhhh~~~~~ sungguh mencabar perut kelas itu.
Comments
senyuuummmm memanjang
kak masy, dorg bkn cam kite. assignment leh kena curik tu. tukau nama je.
kts, ko UPM gak ke??
maklumlah terer... pengecualian semua paper bahasa..
er.. bm n bi jer la.... lelain tetap hancusssss
lagu yg siti nyanyi tu bestt! even aku tak paham sepatah haram lirik dia ;p