Aku batman yang tak bersekolah tadika

Bersembang macam-macam seusai makan tengahari bersama rakan-rakan tadi seperti biasa diiringi ketawa berdekah-dekah dan perut yang keras seperti hari-hari lain kerna masing-masing punya kisah lucu yang disampaikan dikongsi bersama. Tersentuh pasal tadika. Aku terus teringat kisah kecil aku, antara kanak-kanak comel yang tak diberi kemewahan untuk bersekolah tadika.

Rumah aku terletak di belakang balai raya yang dijadikan tempat tadika kemas kawasan kampung aku. Memang setiap pagi, ketika aku baru sahaja selesai mandi dan menolong mak aku mandikan adik-adik aku yang lain, aku dapat dengar lagu negaraku kawan-kawan sebaya aku menyanyi kuat-kuat dari depan.

Tapi aku memang tak rasa pun nak bersekolah tadika masa tu. Sebab walaupun aku baru berumur 6 tahun di kala itu, aku sudah dapat membezakan kualiti pengajaran mak aku di rumah adalah jauh lebih berguna dari pelajaran yang budak-budak sebaya aku tu dapat dari tadika. Tapi memanglah tadika ni selalunya ibu bapa hantar anak dia untuk exposure pergaulan sebelum masuk sekolah rendah.

Tapi aku dan adik aku selalunya akan diletakkan di bawah penjagaan cikgu Fuziah dan Cikgu Noor (cikgu yang mengajar tadika) bilamana mak ayah dan adik kecik kami pergi ke pasar. Jadi aku dan adik bawah aku akan dapat rasa hidup di tadika. Kalau kena pada masa makan, kami pun duduk dalam bulatan sambil baca doa.  Aku akan bawa buku matematik kotak besar yang mak aku bekalkan untuk siapkan kerja rumah aku iaitu tulis huruf A,B,C sume tu untuk adik aku dan aku plak, aku buku khutub khannah yang dipinjam untuk dibaca.

Masa tu budak-budak tadika ni plak yang kagum kami dh boleh menulis dan membaca. Memang jadi ikon sekejap. Hahahaha!! Aku tak ingat plak yang masa tu aku sempat nk kenal nama-nama mereka. Sebab jarang-jarang la mak letakkan kami kat situ selain hal urgent.


Yang best ada sekali tu aku pakai baju t-shirt batman..belakang ada mantel warna biru. Aku pakai gi tadika bila mak aku tinggalkan aku kat situ. Sume budak tadika tu kagum beb..masing-masing berbisik "batman siut". Fuh..memang hebat la. Aku plak berani main papan gelungsur turun meniarap..pergh!!! Memang batman habesss!!!! Gile kentang la aku nye kebatmanan masa tu.

Tapi tu je la memori tadika aku. Ekekekeke. Aku tak sekolah tadika. Sorang pn adik beradik aku tak bersekolah tadika kecuali kakak aku. Tapi kami ok je. Tp trend skang bukan tadika..tp pusat asuhan sebab takde sapa nak jaga kan. Nak tak nak kena la anta. hehehehe!!

Haishhh..dah tua dah aku!!~~~

Comments

gua start tadika 5 tahun..

tapi gua lari panjat pagar ngan gigit tangan cikgu...

so lepas tu gua xpernah tadika..

nenek+mak sedara+bapak gua yg ajar membaca,menulis n mengira...

masa masuk darjah 1, dapat no 5 walaupun gua sorang ja yg xpernah tadika dlm kelas tu..


hahaha
en_me said…
nostalgia tewww.. ehehe
aku pernah lari dari sekolah~

masa tadika umur 5 tahun~

:))
Masy said…
aku tadika 2 tahun, umo 5 thn dah masuk tadika. tapi tu sbb kat umah xde org, mak apak keje le katakan.

gi tadika pun mcm ko ckp la, nk bercampur gaul dgn org, padahal umo 5 thn tu aku dah reti baca dah. boring kooo... dgr budak dok eja2 lagi. hahahahaha
syah shah said…
aku masuk tadika umur 4 tahun & 5 tahun... Umur 6 tahun aku pun masuk darjah satu sudah... :D :D
~mrs azmi~ said…
aku start skola tadika umo 3 tahun sebab mak aku keje... jadi sekolah setengah hari lepas tu tumpang umah jiran sementara tunggu mak aku balik
zella y said…
aku xsuka cikgu tadika aku..garang sungguh..pastu aku kena babab ngan mak aku sbb aku xnk gi tabika sbb cikgu punyer psl...

aku xprnah lupe dgn kegarangan cikgu sekolah tabika aku tu...

p/s: aku ni slalu dpt cikgu yg garang2... ;(