Perihal raya ke-6. Yee~~ Masih lagi berbaju melayu segak. Warna kuning diraja, baju melayu yang kakak tersayang aku buatkan untuk kami sempena hari perkahwinan bersejarah beliau. Dan masih sedondon op course. Hee..memang kebetulan yang menarik. Masa Cembam beli baju-baju raya tu, dia tak pikir pun nak sedondon nak match ngan baju2 mana. Aku lagi malas nak pikir. Baju coklat tu je yang dipikir. Tapi time raya kebetulan ada plak yang matching skit baju-baju aku. Memang bak kata pepatah "suami kacak pelbagai warna, tetap matching walau kemana" (sambil wat gaya karam singh)
Tradisi diteruskan. Photoshoot dulu sebelum bertolak ke Ipoh. Hari tu memang nak ke Ipoh ziarah abang abah aku. Dia tak miss pun kenduri kami, jadi time ni la nak kunjung balas. Kalau nak ikutkan, jauh juge..satu rumah je plak tu. Tapi takpe. Nama pun raya. So mula-mula gaya skema dulu ye.
Kendian baru la gaya bebas. Masa ni sekali lagi abah envy keintiman kami yg baru kahwin ni. Dipeluk mak ntah nak wat gaya apa sampai mak kata "nak buat apa nye ni bah~~~". SO last-last camtu gayanya. Eekekekeke.
Dan maka kami bertolak la ke Ipoh lalu jalan Ulu Dedap dan Bota (teringat drama org bota order piza). Sebelum pergi lagi dah call wak tu kata nak mai. On the way pun bila call dia ada jawab dan tanya dh sampai mana. Mati-mati la ingat dia tunggu kat umah dah.
Lepas dah lost sekejap dek kerana pedoman karut si abah ni yang membuatkan aku ignore je arah dia tunjuk lepas tu seraya menurut papan tanda jalan..akhirnya kami sampai. Tapi wak takde umah. Ada anak bongsu beliau je. Kami pun duduk-duduk dulu.
Duduk sudah, baring sudah, biskut dah abeh, kacang tinggal serdak...pun tak sampai umah lagi. Maka kami call wak kata nak kuar makan dulu, nanti dah siap kalau wak sempat balik..memang rezeki lah jumpa. Tapi abes makan pun anak dia tak call kata ayah dia dh balik. Maka pas makan luar, kami pun balik le umah.
Hajat di hati abah nak jumpa abang beliau berstatus Datuk tak kesampaian. Dia pose Datuk je dapat aku rakam . Hehehehe. Stoking Polo ok. Ahahahaha~~. Jadi hari tu memang betul-betul 'berjalan' le orang kata. Haaa. Sebab satu umah tu je. Jalan sungguh~~~~. Kalau ganu sebut, jalang sungguh.
Comments
aku mmg suka tgk free pose famili ko...
aku takde gambar dgn family tahun ni~
;(
dah raya ke-6..segan plak nk pakai sampin jard
zara : ish2..nape plak
anwar, tak pasan plakkk
ko nk srh aku kawen ngan adik ko ker??????
kalo aku nak pi jenjauh cemitu memang tak lalu laa nak pakai baju kurung... rimas... huhu~~
p/s: baru nampak ketinggian cembam ;)