Skip to main content

Tahun ni Hari Raya yg sangat meriah dan istimewa buat aku~~~ (so far)

Hai semua!!~~

3 hari sahaja lagi Ramadhan penuh barakah ini akan berlalu pergi meninggalkan kita. Sememangnya umat Muhamad sepatutnya berasa begitu sedih tatkala Raja Segala Bulan ini mahu melabuhkan tirainya. Tapi jujurnya bagi aku, aku begitu gembira untuk menyambut Hari Raya. Begitu gembira untuk makan dan minum seperti biasa. Haishhh~~~ Begitu ketara bukan insan yang begitu memanfaatkan Ramadhan dengan insan biasa seperti aku ini.


Yeee..memang gembira hati mahu beraya tahun ni. Terasa begitu istimewa hari raya tahun ini. Mana tidaknya, beraya dengan isteri tercinta. Dengan 2 famili yang punya cara berbeza, 2 negeri yang punya adat dan cara menyambut Hari Raya yang pastinya berbeza. Sangat-sangat istimewa. I'm really looking forward to celebrating this upcoming Hari Raya. Dan aku sangat berharap perjalanan aku ke kampung dilindungi Allah S.W.T. Aku tidak mahu coretan di blog ini sebelum aku pulang berhari raya adalah coretan terakhir yang kamu-kamu baca. Tidak mahu!!

Rasa sedih dan takut
Mahu menangis

Doakan yg baik-baik utk kita semua ye

Pastinya Hari Raya tahun ini ragamnya kekal sama di rumah ibu ayah aku. Dari kecil smpi sekarang sama sahaja. 

Girang hati
Pening
Meluat
Sedih

Rasa-rasa yang pasti menyelubungi diri tiap kalu mahu menyambut Hari Raya. Mahu mengolah setiap rasa itu mahu memakan masa. Tak mengapa, telan diam-diam jauh dalam sudut hati. Yang penting kita rasai kegembiraannya sahaja ya! Yang tidak berapa enak itu ketepikan buat sementara. Yaa!! Sememangnya aku rasa girang mahu menyambut raya.

Tahun ni Nyai tercinta belikan aku pelbagai rasa kasih sayang. Aku dibelikan Baju Melayu yg sedondon dengan baju kurung beliau, songkok hitam, kemeja belang mendatar warna oren, kemeja petak-petak maroon, seluar jeans Mustang, wallet B.U.M dan sumbangan merawat parut luka Daphne, kereta kami yang gagah.

Inilah belakang insan yang menggalas nama isteri kepada aku..=]

Wah!!~~ Indah bukan. Pastinya ada yg rasa cemburu di luar sana bukan? Haish!!! Jangan begitu. Rezeki orang lain-lain. Waktu bonus dahulu rezeki aku, disalurkan juga untuk bunga kebahagiaan antara kami. Beruntung sekali dan bersyukur punya isteriku yang begitu memahami yang bukan hanya meminta sahaja tapi tidak memberi. Indah

Senyum lebar
Hati Girang

Selamat Hari Raya semua!!

Comments

LaiLiE iZaNi said…
selamat hari raya hemy n wife...hati2 d jalan raya k...esk nk balik taiping gak ni...xsbrnyer!!!...
Unknown said…
wahhhhh... slmt ari raya utk korang!! :)
zella y said…
slmt hr raya...
hati2 memandu jauh k... ;)
HEMY said…
Hi semua!!!!

mekasih wish hari raya kat aku..semoga kita jumpa lagi lepas raya ye!!!
Mak Su said…
take care, jgn sedih2 :)
zonaku said…
rencam hidup.....





.
.
.
.
.
...



aku br perasan, full BM
HEMY said…
mak su...nape nak sedey??hehehe

zonaku, selama ni tak full ek? ekekeke
Jard The Great said…
hehehe.. raya pertama bersama isteri tercinta.. slamat hari raya hemy... moga selamat smpi ke kpg raya nnt
selamat hari raya bro~

hati2 pulang ke kg

dan selamat bergembira
HEMY said…
tak lama lagi ko pn dapat rasa la jard..hehehehe

GKSB : selamat hari raya ye~~~
wHoSeNa said…
selamat hr raye bro..doa byk2..selamat pulang n selamat sampai ke kg!!
HEMY said…
selamat hari raya juga whosena!!!!

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga